15/08/2012
Ihya' Ramadhan at SKKC
Sempena kedatangan Ramadhan al-Mubarak ini, marilah kita meriahkan dengan aktiviti-aktiviti menarik yang telah disediakan oleh kami.
15/08/2012
15/08/2012
Ok x ole-ole tadi? Special order dari PC tu. Terimalah ia sebagai tanda ukhuwwah kita di SKKC. Sesuai dengan warna-warni kuih talam yang mencorakkan suasana dan identiti kita.
Saya mewakili semua krew Ihya' Ramadhan mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua warga SKKC terutamanya guru2 yang turut all out sepanjang program ini. S**a duka dalam Ihya' pastinya terukir indah di setiap sanubari kita. Hanya sekadar itu yang mampu kami persembahkan untuk kalian. Andai ada nista dan noda, kami dahulukan dengan Istighfar. Cedok yang jernih, simbah yang kelodak.
10/08/2012
Program ini mengumpulkan seramai 29 orang anak yatim atau miskin shopping raya.
Meriah sungguh Sambutan Nuzul al-Quran tadi. Part paling best ialah time diumum juara Imam Muda Junior. Tahniah IMJ Amirul di atas kejayaan itu. Semoga ia menjadi inspirasi kpd adik utk lebih berjaya. Kami dah buka jalan untuk anda jd terpulang kpd anda untuk pergi lbh jauh atau sebaliknya. Harapan kami, jadilah Ikon kepada semua murid SKKC sebaiknya!
Kami membuka peluang kepada sesiapa yang sudi untuk menaja sekotak kurma untuk diberi bersama Tajaan Iftar nanti. Kami perlukan 9 kotak yg dianggarkan bjumlah rm90. Selain itu, boleh menaja 9 biji tembikai yg dianggarkan RM50. Jika ada yang sudi, sila PM kami deh.
Kami sebenarnya ada 'ole-ole' istimewa untuk semua warga SKKC. Insyaallah kita akan agihkan kpd semua orang di SKKC. Cuma kami akan rahsiakan sehingga hari penutup nanti. Sama2 kita doa akan menjadi kenyataan!
Untuk makluman semua, bagi Tajaan Iftar kita ubah sedikit format dari kebiasaan iaitu mulai hari ini kita akan bagi kepada keluarga terpilih lauk mentah iaitu sekilo daging fresh dan seekor ayam. Kami berpandangan ianya akan mampu untuk menjadi hidangan keluarga tersebut untuk sekurang2nya dua hari (iftar dan sahur). Tembikai sebiji juga ada dalam perancangan kami. Besarnya 'nilai' sumbangan tuan2/puan2/murid2 kpd mereka....
Kepada adik2 seramai 22 org yg terpilih ke Program Shopping @ Mydin, bersuka rialah kalian di Mydin nanti. Pilihlah apa yang kalian inginkan untuk Hari Lebaran. Moga2 dapat menjadi pengubat hati kalian. Senyuman dan keceriaan kalian membuatkan hati kami mekar gembira.
Hari ini kita dapat sumbangan individu daripada dua orang cikgu. 1 bersetuju untuk sponsor duit raya bagi 20 org murid miskin/yatim yg telah kita pilih td. Sorang lagi cikgu bagi duit tunai untuk tabung Ihya' yang berjumlah RM1**.**. Syukran jazilan buat anda berdua. Kami doakan keberkatan dan keampuanan dariNya diatas kemurahan hati anda.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Website
Address
Kota Bharu
16150