29/01/2021
Join us tonight for a keynote speech by Damaso Reyes of The News Literacy Project. What is media and information literacy and why is this a crucial skill for all young people to master in this digital age?
š FB Live: https://fb.watch/3jSttTlTs7/
š Youtube Live: https://www.youtube.com/watch?v=ZiOgs2itN1U
Damaso speaks a bit of Bahasa Indonesia too. Join us tonight at 9pm and feel free to post your questions and comments too. See you!
š SPEAKER'S BIO:
Damaso Reyes is a media and information literacy expert and independent journalist and photographer with over 20 years of experience, with assignments taking him to countries Rwanda, Cuba, Indonesia, Tanzania and throughout the United States and Europe.
His work has been published by The New York Times, The Associated Press, The Wall Street Journal, The San Francisco Chronicle, The Miami Herald, Der Spiegel and Time Asia.
In addition to being a 2008 Fulbright Specialist, Damaso is the recipient of several fellowships and awards including an Arthur F. Burns Fellowship and a 2015 Holbrooke Fellowship from the International Center for Journalists.
14/01/2021
Insya Allah... peluang yang diberi, kita usahakan sebaik mungkin. Untuk manfaat kepada semua.
12/01/2021
I'll try my best to make it easy to understand... but I will make it difficult for you to do... so you can learn and test your limit... so you can discover your talent.
I know you are the best at what you love to do, I always have trust in you.
Just find the right people to hang out with, the right mentor to guide you. Solat jangan tinggal.
Do what you love and never give up.
Semester dah nak habis... All the best.
(Pantun 2 kerat)
22/08/2020
Short trip keluarga Hjh Rahmah. Ni je yg ada, sbb yg lain tak dpt nak turut serta. Sbb kita plan last minit kan. Insya Allah next trip blh plan lebih awal.
Baru la kita tau, KB ni kalau cuti sekolah punya la ramai org... Hotel fully booked, kedai makan semua beratur panjang. Hari Jumaat kedai b*k tutup, payah nak cari kedai makan tengah hari. Haha...
Pengalaman menarik bercuti di Kota Bharu... kena bijak merancang. Rupanya banyak juga benda menarik di Kelantan ni, yg buat ramai nak ke sini.
22/08/2020
Mmg dari awal nak ke KB sebab nak tengok masjid ni. Tak tau kenapa. Maybe... Sbb rasa masjid ni unik agaknya...
Senibina dari kayu, ukiran dan hiasan masjid yang ada ciri klasik dan Islamik dengan kelasnya yg tersendiri. Tak terlalu mewah, tapi tak p**a terasa sederhana. Pili air utk ambil wudhuk pun dari tembaga. Masjid ni di kelilingi sungai (paya agaknya), dengan gazebo ringkas di tepi sungai. Cukup selesa dan tenang untuk melabuhkan punggung berehat seketika.
Girang rasa hati dapat singgah di sini untuk solat jamak takdim Zohor dan Asar. Insya Allah lain kali kalau ke KB pasti ke sini lagi.
@ Masjid Ar-rahman, Pulau Gajah
21/07/2020
Thank you Sunway College
Thank you Mdm
It is a good experience, wish you and your students a wonderful journey ahead.
I do hope everyone had a good time with me, and gained some useful information for their future career.
Looking forward for more exciting collaborations between Sunway College and UiTM Melaka.
18/06/2020
Hari ni saya ke Klinik Kesihatan Peringgit.. Bawa mak utk pemeriksaan berkala dia. Tapi bukan tu cerita kita hari ni. Gambar pun tak ada kaitan dengan cerita.
Tapi hari ni kita nampak betapa bersungguh dan bersusah payah petugas kesihatan utk jalankan tanggungjawab harian dia.
Sedih rasa hati bila kita saksikan sendiri, orang Malaysia, warga negara Malaysia bawa kad temujanji klinik Malaysia dan IC Malaysia... TETAPI... tak mampu berbahasa Melayu. Tak mau la kita cakap bangsa apa, nanti dituduh rasis. Tapi kakak oiii dah berapa lama hidup di Malaysia? Kenapa tak boleh berbahasa Melayu?
Mungkin kita tak dikurniakan kesabaran level petugas kesihatan. Berkali-kali dia tanya baik2, "Hari ni awak batuk2 keluar darah ke?" Tadi dia cakap dia batuk keluar darah, tapi bila orang tanya hari ni ke? Semalam ke? Kemudian dia cakap bahasa selain Bahasa Melayu. Kita yang mendengar ni pun blur... tapi lepas 5min soalan tu masih berulang kali ditanya di paraphase berkali2 ke ayat yg lebih mudah dan masih tak dpt jawapan. Kita yg mendengar ni pun naik darah. Tapi sbb bukan hak kita utk bersuara dan kita pun tak fasih berbahasa lain selain Melayu dan Inggeris, maka kita diamkan aja la.
Syukur ada pesakit lain yang boleh cakap bahasa pesakit tu dan tolong terjemahkan.
Kita kat tepi tu dalam hati dah berubah menjadi Diva AA. Segala P segala B segala L bertali arus dalam hati ni... Tapi sbb sebelah ada mak dan kita dididik utk tak melafazkan segala itu dengan mudah. Disebalik face mask ni terkumat kamit mulut kita.
Hoiiiii... kita orang Malaysia, Bahasa Kebangsaan kita bahasa Melayu, kenapa kau tak boleh cakap Melayu dan menyusahkan orang keliling kau? Dan ada p**a bangsa kau yang berani nak persoalkan hak Melayu dan perlekehkan Raja-raja Melayu? Ada juga yg berani suruh tutup sekolah2 tahfiz bila ada org suarakan utk tutup sekolah2 SRJK.
Saya bukan rasis tapi saya patriotik. Saya sayang negara saya, saya sayang Bahasa Melayu saya.
Kawan2 bukan Melayu saya, tolonglah explain kpd saya kenapa benda2 mcm ni boleh berlaku. Walau korang pelat cakap Melayu at least kita faham each other dan boleh berborak mesra.
17/06/2020
Sesiapa yg berminat boleh apply... tahun ni online je la... tak dpt ke Turkey.
CALL FOR APPLICATIONS āONLINE MEDIA TRAININGā | ICYF
The Islamic Cooperation Youth Forum (ICYF) proudly announces its flagship programme āOnline Media Trainingā to equip young people by developing contents-stories in a powerful way for being the voice of their communities. OBJECTIVES Empowering youth participation in media; Identifying the possibl...
29/05/2020
Saya ada cadangan untuk membolehkan umat Islam solat berjemaah di masjid atau surau.
Apa kata kita bangunkan 1 sistem untuk seating (saf) arrangement dalam masjid. Pelan saf tu dah siapkan dalam dewan solat, label elok-elok. Kemudian masukkan dalam sistem ni.
Sesiapa nak pergi solat di masjid, check dulu availability seat (slot dalam saf). Then book terus. Sebab skg dah nak kena jaga jarakkan? So 1 baris saf tu tak ramai orang.
Kalau masjid yang kita pilih tu dah penuh, boleh pilih masjid atau surau lain.
B*k peluang blh rebut dari sistem simple ni.
Ada sesiapa nak collab bangunkan apps ni?
Nanti kita share more info.
19/05/2020
When your boss call for an online meeting and you just wearing souvinir t-shirt from Sabah. Hope the shawl can do the tricks. Haha... End up nobody turn on their camera (except Kak Ilya), and I totally understand why. Haha...
But the light is good, why not take a ?
I lose 4kg already but someone say "Sama je muka kau". Terus terasa . But, I am (ugly but pleasant to look at).
17/05/2020
Sibuk mengucapkan terima kasih dan mendoakan para pelajar saya semalam, hingga saya terlupa mengucapkan terima kasih kepada guru-guru saya.
Saya bukan orang hebat, cuma insan biasa malah tak punya apa. Tetapi saya bersyukur sepanjang hidup meniti usia ke 40 ini, saya telah temui ramai insan-insan hebat yang selalu memberi inspirasi pada diri saya.
Terima kasih kepada guru tadika KEMAS Pantai Peringgit yang mengenalkan aku pada ABC, 123 dan Alif Ba Ta. Asas aku mengenal dan menyebarkan ilmu hingga saat ini.
Terima kasih para ustaz di Surau Pantai Peringgit dan Masjid al Azim yang banyak bersabar mengajar ku membaca al Quran.
Terima kasih pada guru Sekolah Kebangsaan Peringgit dan Sekolah Agama Peringgit yang tanpa lelah membentuk akhlak dan asas moral ku.
Terima kasih guru SMK Munshi Abdullah, SMKA Sultan Muhammad dan Sekolah Menengah Sains Muar yang penuh dedikasi menunjukkan aku arah hidup ku, memimpin zaman remaja ku yang penuh warna warni.
Terima kasih kepada semua pensyarah di UTM KL (Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat), MMU (FOM & FCM), serta UiTM (FKPM) yang memberi aku pelbagai ilmu dan motivasi untuk terus maju.
Terima kasih juga para majikan ku di Southern Hospital Melaka, Astro AWANI, Celcom, dan UiTM yang mengajar aku solok belok hidup di dunia korporat, malah ada yang terus membimbing ku untuk kekal positif meniti usia.
Anda semua adalah inspirasi ku.
Anda semua adalah insan hebat yg membentuk minda positif ku.
Setiap kata yg ku sampai sampaikan pada anak murid ku adalah himpunan kata-kata mu dulu.
Setiap pengalaman bersama mu, aku hadiahkan kembali kepada murid-muridku.
Moga hadiah dari kamu dulu menjadi manfaat buat para pelajar ku dan terus hidup menjadi manfaat pada makhluk yang lain.
Saat aku menulis ini, terlintas di memori ku, wajah-wajah guru dan mentor ku yang tersenyum memandang ku. Yang telah pergi mengadap ilahi, aku sedekahkan al-Fatihah buat diri mu.
Terima kasih rakan-rakan dan para pelajar ku juga. Cuma sedikit yang aku beri malah lebih yang aku terima dari semua. Pengalaman bersama kamu juga guru buat aku.
Moga Allah balas kebaikan buat semua.
Selamat Hari Guru.