Kolej Teknologi Darulnaim

Kolej Teknologi Darulnaim Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Kolej Teknologi Darulnaim, Campus Building, Kolej Teknologi Darulnaim, Lot Pt 341-351, Bangunan MARA, Seksyen 12, Kota Bharu.

✅ 7 PROGRAM DIPLOMA

1️⃣ Diploma Pengurusan Perniagaan
2️⃣ Diploma Rekabentuk Multimedia
3️⃣ Diploma Shariah
4️⃣ Diploma Al-Quran As Sunnah
5️⃣ Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak
6️⃣ Diploma Pengurusan Teknologi (UTM)
7️⃣ Diploma Sains Komputer (UTM)

🎉 MINGGU SILATURRAHIM (MASIR) SESI 1 2026/2027🎉Alhamdulillah, Program Minggu Silaturrahim (MASIR)telah berjaya dilaksana...
28/07/2026

🎉 MINGGU SILATURRAHIM (MASIR) SESI 1 2026/2027🎉

Alhamdulillah, Program Minggu Silaturrahim (MASIR)
telah berjaya dilaksanakan pada 21 hingga 23 Julai 2026 dengan penyertaan pelajar baharu Sesi 1 2026/2027

Sepanjang program berlangsung, para pelajar telah mengikuti pelbagai aktiviti yang bertujuan membina ukhuwah, memperkenalkan persekitaran kampus serta membantu mereka menyesuaikan diri dengan kehidupan sebagai mahasiswa.

Semoga segala ilmu, pengalaman dan kenangan yang diperoleh menjadi permulaan yang baik dalam menempuh perjalanan akademik. Selamat maju jaya kepada semua pelajar baharu!

🌟 JOM SERTAI KURSUS CAREGIVER & NURSING HOME! 🌟Peluang keemasan untuk anda yang ingin menceburi bidang penjagaan kesihat...
22/07/2026

🌟 JOM SERTAI KURSUS CAREGIVER & NURSING HOME! 🌟

Peluang keemasan untuk anda yang ingin menceburi bidang penjagaan kesihatan dengan latihan yang praktikal dan bimbingan daripada tenaga pengajar berpengalaman.

📚 Kursus Caregiver & Nursing Home di Kelantan
📅 Tarikh: 28, 29 & 30 Ogos 2026
📍 Lokasi: Kolej Teknologi Darulnaim, Kota Bharu, Kelantan

✅ Deposit hanya RM200
✅ Sijil penyertaan
✅ Peluang meningkatkan kemahiran & kerjaya dalam bidang penjagaan warga emas dan pesakit

✨”Ilmu & Kasih, Membina Kerjaya Bermakna”

Untuk makmukat lanjut sila hubungi⬇️

☎️Pn Tasha : https://wa.me/60149462088

☎️Cik Husna : https://wa.me/60109285216

‼️Tempat adalah terhad! Daftar sekarang sebelum penuh.

🌿 AYOK? (Are You Okay?) 🌿Seminar Pengurusan StresDalam kesibukan menjalani kehidupan sebagai pelajar, adakalanya kita te...
08/07/2026

🌿 AYOK? (Are You Okay?) 🌿
Seminar Pengurusan Stres

Dalam kesibukan menjalani kehidupan sebagai pelajar, adakalanya kita terlupa untuk bertanya kepada diri sendiri... "Are You Okay?" 💙

Justeru, Kolej Teknologi Darulnaim dengan kerjasama Klinik Hayat 24 Jam Cherang menjemput Semua Staf dan Pelajar Semester 1 KTD untuk menyertai Seminar Pengurusan Stres “AYOK? (Are You Okay?)".

🗓 Tarikh: 8 Julai 2026 (Rabu)
🕝 Masa: 2.30 Petang
📍 Tempat: Dewan Utama, Kolej Teknologi Darulnaim
🎙 Penceramah: Dr. Muhammad Nuzul Alimi Bin Mohd Daud
(Klinik Hayat 24 Jam Cherang)

Melalui seminar ini, para peserta akan didedahkan dengan cara:
🧠 Memahami tekanan (Understand)
💛 Mengurus emosi dengan baik (Manage)
🌱 Memulihkan kesejahteraan diri (Reset)
😊 Meningkatkan kualiti hidup (Thrive)

🌿 🏃🏻‍♂️PROGRAM RIADAH KELUARGA BERSAMA BIRO REKREASI HALUAN KELANTAN🏃🏻‍♂️🌿Alhamdulillah, Pelajar Semester 1 Kolej Teknol...
03/07/2026

🌿 🏃🏻‍♂️PROGRAM RIADAH KELUARGA BERSAMA BIRO REKREASI HALUAN KELANTAN🏃🏻‍♂️🌿

Alhamdulillah, Pelajar Semester 1 Kolej Teknologi Darulnaim (KTD) telah menyertai Program Riadah Keluarga bersama Biro Rekreasi HALUAN Kelantan yang berlangsung di Taman Tengku Anis.

Program ini bertujuan menggalakkan gaya hidup sihat, di samping mengeratkan ukhuwah dan semangat kebersamaan dalam kalangan peserta.

Terima kasih kepada Biro Rekreasi HALUAN Kelantan atas penganjuran program yang bermanfaat ini. Semoga jalinan kerjasama ini terus berkekalan dan memberi manfaat kepada semua.


𝐊𝐓𝐃 𝐃𝐀𝐍 𝐅𝐀𝐊𝐔𝐋𝐓𝐈 𝐒𝐀𝐈𝐍𝐒 𝐃𝐀𝐓𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐌𝐏𝐔𝐓𝐄𝐑𝐀𝐍 𝐔𝐌𝐊 𝐓𝐄𝐑𝐎𝐊𝐀 𝐏𝐄𝐋𝐔𝐀𝐍𝐆 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐒𝐓𝐑𝐀𝐓𝐄𝐆𝐈𝐊𝟭 𝗝𝗨𝗟𝗔𝗜 𝟮𝟬𝟮𝟲 – Kolej Teknologi Darulnaim...
02/07/2026

𝐊𝐓𝐃 𝐃𝐀𝐍 𝐅𝐀𝐊𝐔𝐋𝐓𝐈 𝐒𝐀𝐈𝐍𝐒 𝐃𝐀𝐓𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐌𝐏𝐔𝐓𝐄𝐑𝐀𝐍 𝐔𝐌𝐊 𝐓𝐄𝐑𝐎𝐊𝐀 𝐏𝐄𝐋𝐔𝐀𝐍𝐆 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐒𝐓𝐑𝐀𝐓𝐄𝐆𝐈𝐊

𝟭 𝗝𝗨𝗟𝗔𝗜 𝟮𝟬𝟮𝟲 – Kolej Teknologi Darulnaim (KTD), teroka peluang jaringan kerjasama akademik melalui satu sesi pertemuan bersama Fakulti Sains Data dan Komputeran, Universiti Malaysia Kelantan (UMK). Delegasi UMK diwakili oleh Dr. Fakhitah Binti Ridzuan (Ketua Jabatan Fakulti Sains Data dan Komputeran) dan Prof. Madya Ts. Dr. Hasyiya Karimah Binti Adli.

Pertemuan ini bertujuan membincangkan beberapa inisiatif kerjasama strategik yang berpotensi memberi manfaat kepada pelajar KTD, termasuk perkongsian kepakaran, pembangunan akademik, pelaksanaan program bersama serta pendedahan kepada perkembangan teknologi dan keperluan industri semasa.

Selain itu, kedua-dua pihak turut bertukar pandangan mengenai cadangan pembangunan program diploma baharu dalam bidang Kecerdasan Buatan (Artificial Intelligence – AI). Inisiatif ini dilihat sejajar dengan perkembangan pesat teknologi digital serta keperluan industri terhadap tenaga kerja yang mempunyai kemahiran dalam bidang kecerdasan buatan.

Pertemuan ini mencerminkan komitmen KTD dan UMK dalam memperkukuh hubungan strategik antara institusi pendidikan tinggi serta membuka lebih banyak ruang kolaborasi yang mampu meningkatkan kualiti pendidikan dan kebolehpasaran graduan.

KTD merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak Fakulti Sains Data dan Komputeran, UMK atas kesudian dan kerjasama sepanjang sesi pertemuan ini. Semoga jalinan kerjasama ini menjadi pemangkin kepada pelaksanaan pelbagai inisiatif berimpak tinggi yang memberi manfaat kepada kedua-dua institusi, khususnya dalam melahirkan graduan yang kompeten, inovatif dan bersedia menghadapi cabaran dunia teknologi masa hadapan.

"Ayah...Ibu.. saya tak berjaya UPU." 😔Mungkin itu ayat yang bermain di fikiran anda sekarang.Rasa kecewa itu normal. Bil...
28/06/2026

"Ayah...Ibu.. saya tak berjaya UPU." 😔

Mungkin itu ayat yang bermain di fikiran anda sekarang.

Rasa kecewa itu normal. Bila harapan tidak menjadi kenyataan, pasti timbul persoalan tentang langkah seterusnya dan masa depan yang ingin dibina.

Tetapi ingat, gagal UPU bukan bermaksud impian anda terhenti di sini.

✨ Masih ada peluang untuk menyambung pengajian.
✨ Masih ada peluang untuk membina kerjaya.
✨ Masih ada peluang untuk mencipta masa depan yang gemilang.

📚 Bersama Kolej Teknologi Darulnaim, anda masih boleh melangkah ke hadapan dan membuka lembaran baharu.

📲 Pengambilan Julai Sesi 1 2026/2027 kini dibuka. Mohon sekarang!

Adik-adik lepasan SPM, keputusan UPU tak seperti diharapkan? 😔Jangan risau. Dengan 3 kepujian SPM, anda masih layak meny...
28/06/2026

Adik-adik lepasan SPM, keputusan UPU tak seperti diharapkan? 😔

Jangan risau. Dengan 3 kepujian SPM, anda masih layak menyambung program diploma.

📚 Pengambilan Julai Sesi 1 2026/2027 kini dibuka.

📲 Mohon sekarang di Kolej Teknologi Darulnaim dan teruskan langkah menuju masa depan yang lebih cerah. 🌟

📈 FINANCIAL FREEDOM STARTS TODAY!💰✨Pengurusan kewangan yang baik adalah kunci kepada kehidupan yang lebih teratur dan ma...
24/06/2026

📈 FINANCIAL FREEDOM STARTS TODAY!💰✨

Pengurusan kewangan yang baik adalah kunci kepada kehidupan yang lebih teratur dan masa depan yang lebih terjamin. Jangan lepaskan peluang untuk menyertai sesi perkongsian yang penuh dengan ilmu dan tips praktikal mengenai pengurusan kewangan peribadi.

📅 Tarikh :23 Jun 2026 (Selasa)
🕑 Masa :2.00 Petang – 4.00 Petang
📍Tempat : Dewan Utama KTD

🎙️ Bersama :
Pn. Normaznizam Binti Nawi
Penyelaras Unit Pengurusan

🌟 Apa yang dipelajari
✅ Kesedaran kewangan dan pengurusan wang yang bijak
✅ Teknik belanjawan yang berkesan
✅ Kepentingan tabungan dan pelaburan
✅ Strategi mengurus dan mengelakkan hutang

Mulakan langkah pertama ke arah kebebasan kewangan. Urus duit dengan bijak, capai impian tanpa beban dan bina masa depan yang lebih bermakna.

"Ambil kawalan kewangan anda hari ini, bina masa depan bebas dan bermakna."

💚💛

Address

Kolej Teknologi Darulnaim, Lot Pt 341-351, Bangunan MARA, Seksyen 12
Kota Bharu
15400

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6097747200

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kolej Teknologi Darulnaim posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Kolej Teknologi Darulnaim:

Shortcuts

Share