SK Sultan Ismail 2 "Guru Berkualiti Murid Cemerlang Ibu bapa Hebat”

SK Sultan Ismail 2 "Guru Berkualiti Murid Cemerlang Ibu bapa Hebat” Melaporkan segala aktiviti SK Sultan Ismail 2

21/7/2026 - KARNIVAL PENDIDIKAN KERJAYA MURID (SUKSES 5.0) 📍Tempat : ADTEC JTM KOTA BHARU📍Peserta : 38 org murid & 5 org...
21/07/2026

21/7/2026 - KARNIVAL PENDIDIKAN KERJAYA MURID (SUKSES 5.0)

📍Tempat : ADTEC JTM KOTA BHARU
📍Peserta : 38 org murid & 5 org guru

Hari ini peserta didedahkan dengan pelbagai perkara menarik. Mereka dibawa melawat bengkel, tapak pameran, mengenali Universiti Awam dan Swasta, sekolah khusus serta kawalan. Aktiviti-aktiviti menarik juga disediakan.

Terima Kasih Ekspres Perdana kerana menaja pengangkutan bas percuma untuk anak-anak SKSI2.
Terima kasih KPM dan JPN kerana menyediakan satu platform setempat bagi peserta mendapatkan maklumat.



28/05/2026
📌CUTI SEKOLAH PERTENGAHAN TAHUN 2026📚Warga SKSI2 mengucapkan selamat bercuti kepada semua murid, ibu bapa dan warga seko...
23/05/2026

📌CUTI SEKOLAH PERTENGAHAN TAHUN 2026📚

Warga SKSI2 mengucapkan selamat bercuti kepada semua murid, ibu bapa dan warga sekolah. 🌸

Gunakan masa cuti dengan perkara yang bermanfaat 💡
📖 Membaca buku dan merekod dalam sistem Ains Nilam 👉🏻 https://ains.moe.gov.my/login?returnUrl=/
👨‍👩‍👧‍👦 Meluangkan masa bersama keluarga
⚽ Kekal aktif dan sihat
✨ Sentiasa menjaga disiplin diri

Semoga semua murid dapat berehat, bergembira dan kembali ke sekolah dengan semangat yang lebih cemerlang! 💙💛💜




🖍️ 21 Mei 2026 - Sambutan Hari Guru Peringkat SekolahMajlis Sambutan Hari Guru SK Sultan Ismail 2 telah berlangsung deng...
21/05/2026

🖍️ 21 Mei 2026 - Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah

Majlis Sambutan Hari Guru SK Sultan Ismail 2 telah berlangsung dengan penuh warna-warni dan kemeriahan bertemakan “Sehati Sejiwa, Spektrum Warna”. 🌈

Pelbagai aktiviti menarik, persembahan kreatif serta semangat kebersamaan warga sekolah telah menyerikan sambutan pada tahun ini. Terima kasih kepada semua guru yang sentiasa mencurahkan ilmu, membimbing dengan penuh dedikasi dan menjadi inspirasi buat anak-anak didik.

“Guru Berkualiti, Murid Cemerlang, Ibu Bapa Hebat” terus menjadi pegangan dalam melahirkan generasi yang gemilang.

Selamat Hari Guru kepada semua pendidik! ❤️





03/05/2026

Majlis Peluncuran Kempen 3K Smart School: WOW Sekolahku! 🌟Alhamdulillah, pada hari ini telah berlangsung dengan jayanya ...
03/05/2026

Majlis Peluncuran Kempen 3K Smart School: WOW Sekolahku! 🌟

Alhamdulillah, pada hari ini telah berlangsung dengan jayanya Majlis Peluncuran Kempen 3K (Kebersihan, Kesihatan dan Keselamatan) di SK Sultan Ismail 2, bertempat di Dewan Sultan Ismail 2.

Majlis ini telah disempurnakan oleh Pn. Rosliza Bt Ahmad, Guru Besar SK Sultan Ismail 2 sebagai simbolik permulaan kepada pelaksanaan amalan 3K dalam kalangan warga sekolah.

Kempen ini bertujuan meningkatkan kesedaran tentang kepentingan menjaga kebersihan, kesihatan serta keselamatan demi mewujudkan persekitaran sekolah yang kondusif, ceria dan selamat untuk semua.

Semoga usaha ini terus menjadi amalan berterusan dalam kehidupan seharian warga sekolah. 💜




Selamat Bersara, Ustaz… Pergimu Dirindui, Jasamu AbadiHari ini, suasana di SK Sultan Ismail 2 terasa sedikit berbeza… bu...
16/04/2026

Selamat Bersara, Ustaz… Pergimu Dirindui, Jasamu Abadi

Hari ini, suasana di SK Sultan Ismail 2 terasa sedikit berbeza… bukan sekadar sebuah majlis, tetapi sebuah perpisahan yang penuh makna.
Dengan hati yang berat, kami mengucapkan selamat bersara kepada insan yang amat kami kasihi, Ustaz Ab. Rahim bin Hussein.

Bertahun-tahun lamanya Ustaz mencurahkan ilmu, membimbing dengan penuh sabar, dan mendidik dengan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi. Setiap teguran, setiap nasihat, setiap senyuman—semuanya menjadi kenangan yang akan terus hidup dalam hati warga sekolah ini.

Sesungguhnya, kehilangan seorang guru seperti Ustaz bukanlah satu kehilangan biasa… tetapi kehilangan sebutir permata yang sukar dicari ganti.

Doa kami mengiringi setiap langkah Ustaz selepas ini. Semoga dikurniakan kesihatan yang berpanjangan, ketenangan jiwa, dan kebahagiaan bersama keluarga tercinta.

Terima kasih atas segalanya, Ustaz. Jasamu tidak akan pernah dilupakan… dan namamu akan sentiasa kami kenang.

https://youtu.be/UTIu-8kB3vA?si=JXZHomgaYXe2dOZq

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan BatinDi kesempatan ini, kami warga sekolah ingin mengucapkan Selamat Hari Ra...
20/03/2026

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir dan Batin

Di kesempatan ini, kami warga sekolah ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua. Semoga Syawal kali ini disambut dengan penuh kegembiraan, kesyukuran dan kasih sayang bersama insan tersayang.

Hati-hati di jalan raya dan semoga selamat sampai ke destinasi ❤️

كل عام و أنتم بخير

Saksikan Persembahan Medley Lagu Raya 2026 daripada warga SK Sultan Ismail 2 yang terdiri daripada guru-guru, guru KAFA dan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP)....

Majlis Penutup Program Ihya’ Ramadan 1447H Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Majlis Penutup Program Ihya’ ...
19/03/2026

Majlis Penutup Program Ihya’ Ramadan 1447H

Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Majlis Penutup Program Ihya’ Ramadan pada:

📅 17 Mac 2026 (Selasa)
🕥 10.45 pagi
📍 Dewan Sultan Ismail 2

Program ini menjadi penutup kepada pelbagai aktiviti sepanjang bulan Ramadan yang penuh keberkatan. Semoga segala amalan, usaha dan penglibatan warga sekolah diberkati serta memberi impak yang berpanjangan dalam membentuk sahsiah dan jati diri murid.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah menjayakan program ini, sama ada secara langsung mahupun tidak langsung.

Semoga semangat Ramadan terus mekar dalam jiwa kita semua.




Address

Jalan Long Yunus
Kota Bharu
15200

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00

Telephone

+6097483269

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SK Sultan Ismail 2 "Guru Berkualiti Murid Cemerlang Ibu bapa Hebat” posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to SK Sultan Ismail 2 "Guru Berkualiti Murid Cemerlang Ibu bapa Hebat”:

Shortcuts

Share