SMUA Sullamiah Bunut Payong - laman rasmi

SMUA Sullamiah Bunut Payong - laman rasmi Laman Fb Rasmi SMUA Sullamiah, Bunut Payong

KHAMIS | 13 OGOS 2026Bersempena Program Qudwah Ceria 2026, pihak sekolah telah menjemput wakil daripada Yayasan Islam Ke...
14/08/2026

KHAMIS | 13 OGOS 2026

Bersempena Program Qudwah Ceria 2026, pihak sekolah telah menjemput wakil daripada Yayasan Islam Kelantan (YIK) bagi melaksanakan penilaian dan pemarkahan Anugerah Bilik Guru Terpaling Ceria & Qudwah.

Program ini bertujuan membudayakan persekitaran bilik guru yang bersih, kemas, ceria dan kondusif serta menjadi qudwah kepada seluruh warga sekolah.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada wakil Yayasan Islam Kelantan atas kesudian hadir dan melaksanakan sesi penilaian.

RABU | 22 JULAI 2026 | 07 SAFAR 1448Alhamdulillah, telah berlangsung Program Gotong-Royong Perdana yang melibatkan warga...
23/07/2026

RABU | 22 JULAI 2026 | 07 SAFAR 1448

Alhamdulillah, telah berlangsung Program Gotong-Royong Perdana yang melibatkan warga sekolah dalam usaha menceriakan dan membersihkan persekitaran sekolah.

Program ini bertujuan untuk memupuk semangat kerjasama, tanggungjawab serta meningkatkan kesedaran tentang kepentingan menjaga kebersihan dan keceriaan kawasan sekolah agar sentiasa berada dalam keadaan yang kondusif.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua guru, kakitangan serta para pelajar yang telah memberikan kerjasama dan komitmen sepanjang program berlangsung.

AHAD | 19 JULAI 2026Pihak sekolah telah mengadakan ziarah ke kediaman pelajar, Muhammad Faqih bin Khalid, bagi menzahirk...
19/07/2026

AHAD | 19 JULAI 2026

Pihak sekolah telah mengadakan ziarah ke kediaman pelajar, Muhammad Faqih bin Khalid, bagi menzahirkan rasa simpati dan menyampaikan ucapan takziah atas pemergian ayahanda beliau.

Dalam kesempatan tersebut, pihak sekolah turut menyampaikan sumbangan hasil kutipan derma daripada seluruh warga sekolah sebagai tanda keprihatinan dan sokongan kepada keluarga Allahyarham.

Semoga Allah SWT mengampunkan segala dosa Allahyarham, melapangkan kuburnya, mengurniakan rahmat serta menempatkannya dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang beriman.

Takziah daripada seluruh warga sekolah. Al-Fatihah.

KHAMIS | 9 JULAI 2026 | 23 MUHARAM 1448HMAJLIS MOTIVASI KEIBUBAPAAN & PENYERAHAN SLIP KEPUTUSAN PEPERIKSAAN PERTENGAHAN ...
15/07/2026

KHAMIS | 9 JULAI 2026 | 23 MUHARAM 1448H

MAJLIS MOTIVASI KEIBUBAPAAN & PENYERAHAN SLIP KEPUTUSAN PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2026

Alhamdulillah, telah berlangsung Majlis Motivasi Keibubapaan dan Penyerahan Slip Keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun 2026 yang melibatkan ibu bapa dan murid SMUA Sullamiah Bunut Payong.

Program ini bertujuan mengeratkan kerjasama antara sekolah dan ibu bapa dalam menyokong kecemerlangan akademik serta pembentukan sahsiah murid.

“Hebat Dengan Adab, Unggul Dengan Ilmu.”

RABU | 8 JULAI 2026 | 22 MUHARAM 1448HPELUNCURAN PROGRAM NUR KASIH 2026Alhamdulillah, telah berlangsung Peluncuran Progr...
15/07/2026

RABU | 8 JULAI 2026 | 22 MUHARAM 1448H

PELUNCURAN PROGRAM NUR KASIH 2026

Alhamdulillah, telah berlangsung Peluncuran Program Nur Kasih 2026 yang menyaksikan Majlis Penyerahan Anak Angkat kepada Ibu Bapa Angkat bagi pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Menengah Ugama (SMU).

Program ini bertujuan mengeratkan hubungan antara guru dan murid melalui konsep ibu bapa angkat, di samping mewujudkan suasana sekolah yang lebih penyayang, prihatin dan saling menyokong ke arah kecemerlangan akademik, sahsiah serta kebajikan murid.

“Kasih Disemai, Ilmu Dituai.”

Semoga Program Nur Kasih 2026 menjadi platform dalam memperkukuhkan ikatan antara guru dan murid serta melahirkan generasi yang cemerlang dari aspek ilmu, akhlak dan sahsiah.

KHAMIS | 25 JUN 2026 | 09 MUHARAM 1448HSAMBUTAN MINGGU HEM 2026 | HARI KEDUAAlhamdulillah, telah berlangsung Ceramah Kes...
29/06/2026

KHAMIS | 25 JUN 2026 | 09 MUHARAM 1448H

SAMBUTAN MINGGU HEM 2026 | HARI KEDUA

Alhamdulillah, telah berlangsung Ceramah Keselamatan Kebakaran yang disampaikan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) sempena Sambutan Minggu HEM 2026.

Ceramah ini bertujuan memberi pendedahan kepada murid mengenai langkah-langkah pencegahan kebakaran, tindakan yang betul ketika berlaku kecemasan serta meningkatkan kesedaran tentang aspek keselamatan.

“Disiplin Diperkasa, Sahsiah Dijana, Keselamatan Diutamakan.”

RABU | 24 JUN 2026 | 08 MUHARAM 1448HSAMBUTAN MINGGU HEM 2026Alhamdulillah telah berlangsung beberapa aktiviti sempena S...
29/06/2026

RABU | 24 JUN 2026 | 08 MUHARAM 1448H

SAMBUTAN MINGGU HEM 2026

Alhamdulillah telah berlangsung beberapa aktiviti sempena Sambutan Minggu HEM 2026, iaitu:

🚓 Ceramah Keselamatan Jalan Raya
💻 Ceramah Jenayah Siber dan Buli
🏍️ Pemeriksaan Motosikal Pelajar

Semoga program ini dapat meningkatkan kesedaran murid tentang aspek keselamatan, disiplin serta penggunaan teknologi secara berhemah dalam kehidupan seharian.

“Disiplin Diperkasa, Sahsiah Dijana, Keselamatan Diutamakan.”

SELASA | 16 JUN 2026 | 30 ZULHIJJAH 1447HMAJLIS CERAMAH MAAL HIJRAH 1448HAlhamdulillah telah berlangsung Majlis Ceramah ...
18/06/2026

SELASA | 16 JUN 2026 | 30 ZULHIJJAH 1447H

MAJLIS CERAMAH MAAL HIJRAH 1448H

Alhamdulillah telah berlangsung Majlis Ceramah Maal Hijrah yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Khairi Ismail.

Ceramah yang bertemakan semangat hijrah dan penghayatan nilai-nilai Islam ini memberi inspirasi kepada para pelajar dan semua warga Sullamiah untuk memperbaharui azam, memperkukuhkan keimanan serta meningkatkan amalan dalam kehidupan seharian.

Semoga pengisian yang disampaikan menjadi panduan dan motivasi untuk kita terus berhijrah ke arah yang lebih baik serta mendapat keberkatan Allah SWT.

KHAMIS | 11 JUN 2026Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah “Guru ibarat pelita yang menerangi jalan kehidupan.”Setinggi-ti...
14/06/2026

KHAMIS | 11 JUN 2026

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah

“Guru ibarat pelita yang menerangi jalan kehidupan.”

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua guru yang istiqamah mendidik dan membentuk generasi berilmu, berakhlak dan beriman. Semoga Allah SWT membalas segala jasa dan pengorbanan dengan ganjaran yang berlipat ganda.

Selamat Hari Guru. Terima kasih cikgu

“GURU BITARA NADI NEGARA”
“PENDIDIK RABBANI MALAYSIA SEJAHTERA”

ISNIN | 18 MEI 2026Pihak sekolah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas kunjungan Datin Seri Hariza binti Yusoff, i...
21/05/2026

ISNIN | 18 MEI 2026

Pihak sekolah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas kunjungan Datin Seri Hariza binti Yusoff, isteri kepada YB Dato’ Sri Takiyuddin Hassan, Ahli Parlimen Kota Bharu serta Puan Aida Suzana Ibrahim, isteri kepada YB Shaari Mat Yaman, ADUN Bunut Payong sempena Sambutan Hari Guru 2026.

Kunjungan ini merupakan satu penghormatan dan tanda sokongan yang amat bermakna kepada para pendidik dalam menghargai jasa serta komitmen guru-guru dalam mendidik anak bangsa.

Semoga lawatan ini dapat terus mengeratkan hubungan silaturahim serta menyuntik semangat kepada seluruh warga sekolah untuk terus melakar kecemerlangan dalam bidang pendidikan.

GURU BITARA NADI NEGARA
PENDIDIK RABBANI MALAYSIA SEJAHTERA

Address

Kota Bharu
15150

Opening Hours

Monday 07:00 - 16:30
Tuesday 07:00 - 16:30
Wednesday 07:00 - 16:30
Thursday 07:00 - 16:30
Sunday 07:00 - 16:30

Telephone

+6097413993

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SMUA Sullamiah Bunut Payong - laman rasmi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to SMUA Sullamiah Bunut Payong - laman rasmi:

Shortcuts

Share