21/07/2026
π
Khamis | 9 Julai 2026
CERAMAH KESEDARAN KESELAMATAN BERSAMA PDRM
Alhamdulillah, pada Khamis, 9 Julai 2026, Maahad Tahfiz dan Pengajian Al-Quran Nikmatillah telah berjaya menganjurkan Ceramah Kesedaran Keselamatan bertempat di Masjid Tok Guru Pulau Melaka dengan kerjasama Balai Polis Binjai.
Ceramah ini bertujuan memberi pendedahan kepada para pelajar mengenai aspek keselamatan diri, pencegahan jenayah, bahaya buli serta kepentingan membentuk sahsiah dan disiplin yang cemerlang selaras dengan nilai-nilai Islam.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM), Balai Polis Binjai atas kesudian hadir menyampaikan ceramah yang penuh manfaat kepada para pelajar.
Semoga segala ilmu dan nasihat yang dikongsikan menjadi panduan dalam membentuk generasi yang berakhlak mulia, berdisiplin serta sentiasa mengutamakan keselamatan diri dan masyarakat.
Terima kasih PDRM atas komitmen dan kerjasama yang diberikan.