16/05/2024
Kemaman 16 Mei 2024 | السلام عليكم ورحمة الله وبركاته - Kursus Kren Bergerak Beroda (CMO) yang bermula pada 12 Mei 2024 hingga 16 Mei 2024 telah berakhir dengan jayanya dengan melibatkan kerjasama pihak NIOSH Wilayah Pantai Timur dan Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Kemaman.
Kursus kompetensi yang dijalankan ini bertujuan meningkatkan pengetahuan dan ketrampilan dalam mengoperasikan kren dan bertanggungjawab, berdisiplin, serta memahami undang-undang yang dikeluarkan oleh pihak Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP). Di Akhir kursus peserta akan dinilai oleh penilai yang dilantik oleh NIOSH/JKKP.
Pengarah Urusan BRTC,Tuan Naieman bin Muhamad@A Razak mengucapkan jutaan terima kasih kepada Pengurus Niosh Wilayah Pantai Timur (Kerteh), Tuan Hisyamuddin bin Mohamad dalam menjayakan kursus ini. Terima kasih juga kepada pihak pengurusan Tertinggi ADTEC dan semua pengajar serta semua warga NIOSH/ADTEC dalam menjayakan kursus ini. Maklumat lanjut permohonan sila layari laman web NIOSH dipautan:http://www.niosh.com.my/.../CP/New/SST8/NIOSH-PDD-MCO.pdf atau hubungi NIOSH Kerteh 09-8264001
Semoga berjumpa lagi,
InshaAllah.آمين يا رب العالمين
training 4 future