Maahad Muhammadi Lelaki (MML)

Maahad Muhammadi Lelaki (MML) Page Rasmi Maahad Muhammadi Lelaki,Kota Bharu,Kelantan. Maahad Kawalan dibawah Yayasan Islam Kelantan. Ditubuhkan pada 1 April 1937M.

Menggunakan Silibus Buuth Al Azhar dan Kementerian Pendidikan Malaysia. Page ini diselia oleh Unit IT & Badan Redaksi. Maahad Muhammadi Lelaki [MML] merupakan sebuah sekolah menengah agama arab terkemuka di Kelantan yang kini terletak di jalan Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan. Sekolah ini kini berada di bawah kelolaan Yayasan Islam Kelantan yang berpusat di Nilam Puri. Selama sekolah ini ditu

buhkan, banyak kejayaan dan kecemerlangan yang dicapai oleh warganya. Hasil dari kejayaan dan kecemerlangan tersebut telah menjadikan Maahad Muhammadi Lelaki menjadi semakin gah dan terkenal di setiap peringkat terutamanya dari segi kurikulum dan kokurikulum. Pendidikan multisistem atau lebih senang dikenali dengan istilah serampang dua mata yang dijalankan mempunyai misi penting dalam menghasilkan intektual berilmu agama di samping ilmu akademik yang membolehkan para pelajar berjaya di dunia dan akhirat.

𝑰𝑵𝑭𝑨𝑸 𝑱𝑼𝑴𝑨𝑨𝑻Ilmu mereka, pahala kita.Ayuh bersama menyumbang untuk pembangunan sekolah dan pendidikan anak-anak."Sedikit...
04/09/2026

𝑰𝑵𝑭𝑨𝑸 𝑱𝑼𝑴𝑨𝑨𝑻

Ilmu mereka, pahala kita.Ayuh bersama menyumbang untuk pembangunan sekolah dan pendidikan anak-anak.

"Sedikit Sumbangan, Besar Harapan, Sekolah Terbina, Ummah Terpelihara"

"MAAHAD MUHAMMADI LELAKI GEMILANG"

27.8.2026 | Dewan Dato’ Nik Abdul Kadir, MML:- SAMBUTAN HUBBUNNABI 1448H | حُبُّ النَّبِي ﷺ Alhamdulillah, warga Maahad ...
31/08/2026

27.8.2026 | Dewan Dato’ Nik Abdul Kadir, MML

:- SAMBUTAN HUBBUNNABI 1448H | حُبُّ النَّبِي ﷺ

Alhamdulillah, warga Maahad Muhammadi Lelaki (MML) telah bersama-sama menyemarakkan Sambutan Hubbunnabi 1448H dengan penuh penghayatan melalui perarakan, Ceramah Perdana Hubbunnabi yang telah disampaikan oleh Dr. Us Nik Bakri Bin Nik Mat (Pengetua Maahad Dakwah dan Tarbiah Hasaniah) persembahan nasyid, lakonan, deklamasi sajak, qasidah dan selawat.

Semoga program ini menyemai rasa cinta kepada Rasulullah ﷺ serta mendorong kita untuk terus meneladani akhlak dan sunnah Baginda.

اللهم صل وسلم على نبينا محمد ﷺ

“MAAHAD MUHAMMADI LELAKI GEMILANG”

31 Ogos 2026Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke-69“MAAHAD MUHAMMADI LELAKI GEMILANG”
31/08/2026

31 Ogos 2026

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke-69

“MAAHAD MUHAMMADI LELAKI GEMILANG”

🌙 SALAM MAULIDUR RASUL ﷺ“Selawat dan salam buat junjungan tercinta, Nabi Muhammad ﷺ.” 🤍“MAAHAD MUHAMMADI LELAKI GEMILANG...
25/08/2026

🌙 SALAM MAULIDUR RASUL ﷺ

“Selawat dan salam buat junjungan tercinta, Nabi Muhammad ﷺ.” 🤍

“MAAHAD MUHAMMADI LELAKI GEMILANG”

18.8.2026 | Dewan Konvensyen, Kelantan Trade Centre (KTC), Kota Bharu:- SEMINAR PEMERKASAAN 5G DI KELANTAN & PAMERAN 5G,...
20/08/2026

18.8.2026 | Dewan Konvensyen, Kelantan Trade Centre (KTC), Kota Bharu

:- SEMINAR PEMERKASAAN 5G DI KELANTAN & PAMERAN 5G, DIGITAL, SAINS DAN TEKNOLOGI KELANTAN 2026

Seramai 40 orang pelajar Maahad Muhammadi Lelaki telah mengahadiri program ini yang telah dirasmikan oleh Dato’ Wan Roslan Bin Wan Hamat selaku Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi Teknologi Hijau, Digital dan Inovasi Negeri Kelantan.

Program ini merupakan satu platform perkongsian ilmu dan pendedahan kepada perkembangan terkini dalam teknologi 5G, digital, sains dan teknologi.

Peserta juga berpeluang melawat pameran 5G, digital, sains dan teknologi, mengikuti Pocket Talk/Industry Talk serta menyaksikan demonstrasi teknologi. Program turut diselitkan dengan cabutan bertuah.

Semoga program ini terus menyemarakkan minat serta membuka ruang kepada generasi muda untuk meneroka dunia teknologi dan inovasi. 🚀

“MAAHAD MUHAMMADI LELAKI GEMILANG”

13.8.2026 | Dewan Al-Muhammadi, MML:- SESI TAKLIMAT PROGRAM DIPLOMA TAHFIZ AL-QURAN DAN AL-QIRAAT & PROGRAM PRA TAHFIZ D...
20/08/2026

13.8.2026 | Dewan Al-Muhammadi, MML

:- SESI TAKLIMAT PROGRAM DIPLOMA TAHFIZ AL-QURAN DAN AL-QIRAAT & PROGRAM PRA TAHFIZ DAN BAHASA ARAB

Satu sesi perkongsian dan penerangan khusus buat semua pelajar SPM bagi memperkenalkan peluang pendidikan dalam bidang Tahfiz Al-Quran, Al-Qiraat dan Bahasa Arab yang telah disampaikan oleh alumni Maahad Muhammadi Lelaki.

Semoga sesi ini memberi pencerahan dan membantu para pelajar membuat pilihan terbaik untuk membina masa depan bersama Al-Quran.

“MAAHAD MUHAMMADI LELAKI GEMILANG”

🏆 SELAMAT BERJUANG, WIRA MML! 🏆Tahniah dan syabas diucapkan kepada 3 orang pelajar Maahad Muhammadi Lelaki (MML) yang te...
17/08/2026

🏆 SELAMAT BERJUANG, WIRA MML! 🏆

Tahniah dan syabas diucapkan kepada 3 orang pelajar Maahad Muhammadi Lelaki (MML) yang terpilih mewakili Negeri Kelantan ke SUKMA 2026 dalam acara Bola Tampar dan Catur! 🏐♟️

Seluruh warga MML mendoakan agar kalian diberikan kekuatan, ketenangan, fokus dan semangat juang yang tinggi sepanjang kejohanan.

Bawa nama Kelantan dan MML dengan penuh kebanggaan. Berjuanglah dengan sebaiknya dan berikan yang terbaik! 💪🔥

Selamat berjuang, wira MML!

“MAAHAD MUHAMMADI LELAKI GEMILANG”

Address

Jalan Tok Guru
Kota Bharu
15400

Opening Hours

Monday 07:45 - 14:30
Tuesday 07:45 - 14:30
Wednesday 07:45 - 14:30
Thursday 07:45 - 14:30
Sunday 07:45 - 14:30

Telephone

+6097444003

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Maahad Muhammadi Lelaki (MML) posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Maahad Muhammadi Lelaki (MML):

Shortcuts

Share