PIBG SK Seri Kota

PIBG SK Seri Kota

Share

FB Page ini adalah saluran rasmi bagi PIBG SK Seri Kota.

12/05/2026

Ibu ayah pakat cakna blako! Tidak rugi jadi contoh kepada anak-anak. Sayangilah nyawa mereka❤️

Jangan Abaikan Nyawa Anak Anda

Masih ramai ibu bapa membonceng anak tanpa memakai topi keledar.

Satu kecuaian kecil… boleh membawa akibat yang besar.

❌ Kepala anak terdedah kepada kecederaan serius
❌ Risiko maut meningkat jika berlaku kemalangan
❌ Melanggar peraturan jalan raya

✅ Pastikan anak memakai topi keledar yang sesuai
✅ Ikat dengan betul sebelum memulakan perjalanan
✅ Jadilah contoh yang baik kepada anak

💬 Ingat:
Topi keledar bukan pilihan, ia perlindungan wajib.






🔄 Kongsikan kepada rakan dan keluarga agar semua lebih peka di jalan raya

06/05/2026

Perlahankan kenderaan anda, lindungi masa depan generasi kita❤️

Perlahankan Kenderaan di Kawasan Sekolah
Kawasan sekolah adalah zon berisiko tinggi, terutama pada waktu masuk dan p**ang pelajar. Kanak-kanak sering melintas secara tiba-tiba tanpa menyedari bahaya di sekeliling mereka. Justeru, setiap pemandu perlu lebih berwaspada dan bertanggungjawab.

⚠️ Kurangkan kelajuan dan sentiasa bersedia untuk berhenti
👀 Perhatikan pergerakan pelajar, pejalan kaki dan kenderaan lain
🛑 Patuhi papan tanda amaran serta arahan pengawal lalu lintas

🚸 Beri laluan kepada pelajar yang melintas jalan
Tindakan kecil seperti memperlahankan kenderaan mampu menyelamatkan nyawa. Jangan jadikan kelajuan sebagai keutamaan, utamakan keselamatan semua.

Ingat:
“Perlahankan kenderaan, lindungi masa depan generasi kita.”






🔄 Kongsikan kepada rakan dan keluarga agar semua lebih peka di jalan raya

01/05/2026

Selamat Hari Pekerja 2026

20/03/2026

Mekar melati di dalam taman,
Harum mewangi di pagi hari;
Muafakat PIBG tonggak kecemerlangan,
Ampun dan maaf menyusun jari.

​Semoga sambutan Aidilfitri kali ini membawa seribu keberkatan buat kita semua warga SKSK.

Salam tulus ikhlas,
Saf Kepimpinan PIBG SK Seri Kota

12/03/2026

*🌷TABUNG INFAQ RAMADAN SK SERI KOTA 1447H / 2026M*

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Sempena 10 Malam Terakhir Ramadan al-Mubarak, PIBG SK Seri Kota melancarkan Tabung Infaq Ramadan SK Seri Kota 2026. Hasil sumbangan ini akan digunakan untuk Duit Raya kepada waris dan pelajar yatim/miskin/asnaf yang berkelayakan.

Bagaimana untuk anda sertai?

Sumbangan anda boleh disalurkan terus melalui link dibawah👇:

https://app.herepay.org/pibgskserikota/Infaq-Ramadan-2026

Marilah bersama-sama kita meraih keberkatan bulan Ramadan al-Mubarak ini dengan membuat kebajikan dan berkongsi rezeki.

[PIBG SK SERI KOTA]

01/03/2026

JUALAN AMAL SAMPUL DUIT RAYA PIBG SK SERI KOTA

Sempena kedatangan bulan Syawal yang mulia, PIBG SK Seri Kota membuat jualan amal Sampul Duit Raya Eksklusif untuk menambah dana tabung PIBG.

📌 Promosi Harga Sampul Duit Raya (1 peket 5 keping) :
1 Peket = RM3
2 Peket = RM5
3 Peket = RM8
4 Peket = RM10

📌 Ibu bapa yg berminat untuk membeli Sampul Duit Raya boleh membuat tempahan melalui guru kelas anak tuan/puan.

Terima Kasih.
PIBG SK SERI KOTA

Photos from Kementerian Pendidikan Malaysia's post 15/02/2026

PENDAFTARAN TAHUN 1 2027 TELAH DIBUKA!

Untuk tahun 2027, kemasukan murid Tahun 1 di usia 6 tahun masih lagi sukarela. Kenal pasti kemampuan anak terlebih dahulu.

06/02/2026

Semua Ibu Bapa / Penjaga / Guru Dijemput Hadir.

Terima kasih.

"Satu Hati, Demi Aspirasi Anak Kita."

05/01/2026

Mungkin ada ibu bapa yang tertanya-tanya apakah yang akan dipelajari oleh anak-anak menerusi pelaksanaan kurikulum baharu prasekolah.

Baik, saya kongsikan.

Pembelajaran anak-anak prasekolah akan tertumpu kepada enam bidang utama iaitu sosioemosi; fizikal dan kesejahteraan diri; bahasa dan literasi; kerohanian, nilai dan kewarganegaraan; kreativiti dan estetika; serta kognitif.

📌 SOSIOEMOSI
Penekanan kepada proses untuk mengembangkan keupayaan anak-anak bagi mengenal dan mengurus emosi sendiri serta keupayaan membina hubungan diri dengan orang lain dan persekitaran.

📌 FIZIKAL DAN KESEJAHTERAAN DIRI
Penekanan diberi kepada kesedaran mengenai kesihatan merangkumi pemakanan sihat, penjagaan kebersihan dan keselamatan. Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PEERS) juga diberi perhatian.

📌 BAHASA DAN LITERASI
Tumpuan diberi kepada penguasaan kemahiran komunikasi anak-anak. Mereka akan belajar asas literasi dan bahasa serta dipupuk minat untuk membaca.

📌 KEROHANIAN, NILAI DAN KEWARGANEGARAAN
Bidang pembelajaran ini terbahagi kepada tiga sub-bidang iaitu Pendidikan Islam, Pendidikan Moral dan Pendidikan Kewarganegaraan.

Dalam sub-bidang 'Pendidikan Islam', anak-anak beragama Islam akan dididik mengenai pengetahuan asas, sikap dan nilai serta amalan ajaran agama Islam dalam kehidupan. Mereka turut akan mempelajari asas tulisan Jawi.

Sub-bidang 'Pendidikan Moral' p**a memberi tumpuan kepada asas pembentukan nilai seperti kasih sayang, kejujuran, hormat dan kerajinan melalui pendekatan yang menyeronokkan. Ia bertujuan mengembangkan kesedaran moral dan tingkah laku positif dalam kehidupan seharian.

Manakala sub-bidang 'Pendidikan Kewarganegaraan' memupuk kesedaran anak-anak terhadap hak dan tanggungjawab sebagai warganegara yang memiliki semangat patriotisme serta dapat menyumbang kepada kesejahteraan keluarga dan komuniti.

📌 KREATIVITI DAN ESTETIKA
Anak-anak diberi peluang untuk meneroka dan menghargai keindahan persekitaran dan mengembangkan daya imaginasi serta kreativiti mereka. Ini dilakukan menerusi seni visual, muzik, gerakan dan drama.

📌 KOGNITIF
Bidang pembelajaran ini memberi pendedahan kepada anak-anak untuk mengembangkan sikap ingin tahu dan minat untuk meneroka dunia di sekeliling mereka. Anak-anak digalakkan untuk berfikir secara sistematik, berinteraksi dan berkongsi maklumat untuk menyelesaikan masalah.


19/12/2025

🔊 MAKLUMAN CUTI AKHIR PERSEKOLAHAN SESI 2025/2026

▶️ Cuti akhir persekolahan bermula 19 Disember 2025 hingga 10 Januari 2026

▶️ Sekolah akan dibuka semula pada 11 Januari 2026 (Ahad)

▶️ Manfaatkan cuti sekolah anda sebaiknya dengan aktiviti yang bermanfaat dan berfaedah.

▶️ Jaga diri, jaga kesihatan dan jaga keselamatan.

Selamat Bercuti Semua!!


Want your school to be the top-listed School/college in Kota Bharu?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Website

Address


Kota Bharu
15100

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Sunday 08:00 - 17:00