19/08/2026
Program Ceramah Generasi Merdeka: Pewaris Negara, Pencorak Masa Hadapan anjuran Kelab Sekretariat Rukun Negara (SRN) KPTM Kota Bharu.
Ceramah yang disampaikan oleh YBrs. Puan Zarina binti Zakaria, Pengarah JPNIN Negeri Kelantan itu telah mendapat sambutan dan dihadiri seramai 476 pelajar KPTM Kota Bharu.
Program ini dilaksanakan sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan yang ke-69 dan merupakan satu usaha untuk memupuk semangat patriotisme dalam kalangan pelajar.
Semoga setiap perkongsian yang telah disampaikan sepanjang program berlangsung menjadi asbab kebangkitan semangat kemerdekaan dalam kalangan generasi muda sebagai pewaris negara.
Ayuh semarakkan jiwa patriotisme๐ฒ๐พโจ
.kptmkbharu .kelantan