SK Pak Badol

SK Pak Badol Primary School Sejarah SK Pak Badol :
Penduduk-penduduk Kampung Pak Badol, Daerah Gunung Barat (Mahligai) Bachok, Kelantan, memerlukan sebuah sekolah.

Kebetulan ada sebuah bangsal lembu peninggalan pemerintahan Jepun pada tahun 1945. Maka orang-orang kampung secara bergotong-royong mengubahsuai bangsal tersebut pada tahun 1946 dan dijadikan sekolah. Bilangan murid pada peringkat permulaan ditubuhkan seramai 30 orang dan seorang guru. Sekolah yang telah ditubuhkan ini diberi nama Sekolah Rakyat Pak Badol. Setelah diterima oleh kerajan namanya tel

ah berubah kepada Sekolah Melayu Pak Badol, seterusnya Sekolah Umum Pak Badol dan sekarang Sekolah Kebangsaan Pak Badol, Bachok,Kelantan. Bangunan awal SKPB

Bagi menampung kekurangan tempat duduk, jawatankuasa sekolah dengan bantuan orang kampung secara bergotong-royong mendirikan bengunan tambahan. Bahan-bahan daripada kayu bulat, beratap sagu dan berdinding buluh adalah sumbangan dari jawatankuasa sekolah dan orang-orang kampung. Ada juga sumbangan berupa wang, tenaga dan padi zakat serta ada di antara mereka bermuafakat membuat bangku panjang untuk murid-murid belajar. Pada tahun 1947 bangunan tambahan telah siap dibina dan bilangan murid telah bertambah kepada 120 orang dengan 5 orang guru. Perkara yang menjadi masalah adalah tentang gaji guru. Jawatankuasa dan ibubapa / penjaga murid mengeluarkan padi zakat dan wang yang sekadar termampu kepada guru-guru yang mengajar. Sekolah ini mula didaftarkan sebagai Sekolah Rakyat Pak Badol, dalam tahun 1948. Pada 1hb Mac 1950, Sekolah Rakyat Pak Badol telah diambil alih oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (Malaya) dengan keramaian murid berjumlah 218 orang. Peningkatan telah bertambah dari tahun setahun ke setahun dan sekarang bilangan murid berjumlah 675 orang dengan guru seramai 28 orang dan kakitangan seramai 7 orang.

Jemput Semua Ibubapa Penjaga Hadir Ke MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 47πŸ’πŸ’πŸ’πŸ’πŸ’πŸ’πŸ’πŸ’4 MEI 2024( SABTU )πŸ’πŸ’πŸ’πŸ’
03/05/2024

Jemput Semua Ibubapa Penjaga Hadir Ke MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 47
πŸ’πŸ’πŸ’πŸ’πŸ’πŸ’πŸ’πŸ’
4 MEI 2024( SABTU )
πŸ’πŸ’πŸ’πŸ’

18/05/2015

Primary School

31/07/2011
10/07/2011
10/07/2011
10/07/2011
10/07/2011

Assalamualaikum

Address

Kampung Pak Badol, Melor
Kota Bharu
16400

Opening Hours

Monday 07:30 - 17:00
Tuesday 07:30 - 17:00
Wednesday 07:30 - 17:00
Thursday 07:30 - 17:00
Sunday 07:30 - 17:00

Telephone

09-7835313

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SK Pak Badol posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to SK Pak Badol:

Shortcuts

Share