PASTI Negeri Kelantan

PASTI Negeri Kelantan

Share

Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) merupakan organisasi pendidikan prasekolah yang dikendalikan oleh Dewan Pemuda Parti Islam Se-Malaysia (PAS).

Pendidikan PASTI merupakan satu usaha bersepadu dan berterusan ke arah melahirkan generasi tunas Islam yang unggul daripada aspek sahsiah, keilmuan dan amalan-amalan yang bertunjangkan kepada Islam, Iman dan Ihsan. Berdasarkan potensi dan bakat yang sedia ada, pendidikan PASTI berusaha mengembangkan kemahiran kognitif, psikomotor, bahasa, sosio-emosi dan sosial selain kepelbagaian bakat serta kece

Photos from PASTI Negeri Kelantan's post 23/05/2026

Sedang berlansung, Peperiksaan akhir DPAK Semester 1, 3, 5 & 6 yang melibatkan 287 orang Guru Pelatih DPAK PASTI Kelantan.

Sebanyak 5 kertas bagi setiap semester akan diduduki oleh setiap GP sepanjang hari ini dan esok.

Semoga pada GP diberikan kemudahan dan dilapangkan fikiran dalam menjawab soalan.






Photos from PASTI Negeri Kelantan's post 23/05/2026

Semalam telah berlansung Mesyuarat Agung Kawasan Koperasi PASTI (KOPASTI) Berhad peringkat negeri Kelantan.

Alhamdulillah, hampir seratus ahli berdaftar menghadiri mesyuarat semalam dengan beberapa agenda yang telah ditetapkan.

Untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2025, pendapatan KOPASTI telah mencatatkan peningkatan berbanding tahun sebelumnya, sejajar dengan peningkatan dari hasil jualan merchandise PASTI di seluruh negara.

Pada tahun lalu, dividen yang diberikan kepada anggota adalah sebanyak 8%, manakala untuk tahun ini akan diisytiharkan nanti pada Mesyuarat Agung Perwakilan yang akan diadakan pada 20 Jun nanti.

Dibentangkan juga semalam projek ekonomi baharu yang sedang diusahakan oleh pihak KOPASTI. Semoga KOPASTI terus maju dan memerikan manfaat yang lebih banyak kepada anggota serta masyarakat umum.

09/05/2026

Pada ucapan penutup Kursus DPAK Semester 6 Kohort 2023 hari ini, Setiausaha Dewan Pemuda PAS Kelantan, Saudara Khalid Din menekankan betapa pentingnya para pendidik PASTI mengikuti sistem latihan yang disusun bagi menjamin kelansungan perkhidmatan PASTI.

Katanya lagi, sistem Pendidikan PASTI yang telah diperkenalkan sejak lebih 40 tahun dahulu telah terbukti mampu melahirkan generasi alumni yang hebat, cemerlang di pelbagai bidang, dan yang lebih utama membesar dengan jatidiri seorang Muslim yang soleh.

Tegasnya, semua ini mampu dicapai antara lainnya kerana peranan yang telah dilaksanakan oleh warga pendidik PASTI, melaksanakan amanah mendidik dengan sebaik mungkin dan sentiasa bersedia untuk meningkatkan kualiti diri.
..........

Alhamdulillah, hari ini seramai 88 orang Guru Pelatih telah berjaya menyempurnakan Kursus DPAK Semester 6. InsyaAllah, selepas ini kumpulan guru ini akan dinilai secara individu melalui Latihan Mengajar PASTI (LMP) dan juga mengikuti program latihan fizikal Kem Sahsiah Guru (KSG), sebelum melayakkan mereka menerima sijil pada Majlis Konvokesyen Perguruan PASTI yang akan diadakan pada akhir tahun nanti.







Photos from PASTI Negeri Kelantan's post 07/05/2026

DPAK Semester 6 Kohort 2023.

Modul pertama semester ini adalah Pendidikan Politik. Kuliah disampaikan oleh Timbalan Ketua Pemuda PAS Kelantan, Ustaz Hanifulfuad Hussin.

07/05/2026
Photos from PASTI Negeri Kelantan's post 19/04/2026

"Para guru hendaklah sentiasa mempersiapkan diri dan meningkatkan lagi kualti perkhidmatan masing-masing. Kursus DPAK adalah sebabagian daripada proses latihan berterusan yang disusun oleh PASTI Malaysia bagi memastikan para guru semua dapat melaksanakan tugas dan amanah mengajar dengan cemerlang.

Bagi mendepani cabaran semasa bidang pendidikan awal yang semakin hebat, guru-guru juga digalakkan untuk mengikuti pelbagai program latihan dan peningkatan diri yang dianjurkan oleh pelbagai pihak. Dapatkan sebanyak mungkin ilmu pengetahuan dan pengalaman."

Inilah antara intipati ucapan penutup Kursus DPAK Semester 3 Kohort 2025 yang telah disempurnakan oleh En Wan Ahmad Syarifuddin bin Shafie, Setiausaha Dewan Pemuda PAS Kelantan.

Alhamdulillah, seramai 73 orang GP telah berjaya menamatkan kursus pada kali ini.

Link video rangkuman kursus
https://vt.tiktok.com/ZSHwuwJVA/






Photos from PASTI Negeri Kelantan's post 18/04/2026

Kursus DPAK Semester 3 Kohort 2025
Slot Malam & Tazkirah Subuh

Semalam para guru mengikuti slot perkongsian ilmu dengan tajuk Pengajaran Peribadi Muslim. Kuliah disampaikan oleh Pn Rohani Awang Lah, Jurulatih Utama PASTI Kelantan yang juga merupakan SU MGPNK.

Manakala perkongsian ilmu slot Kuliah Subuh telah dikendalikan oleh Setiausaha PASTI Negeri Kelantan dengan tajuk "Mendidik Ikhlas Dari Hati".





Photos from PASTI Negeri Kelantan's post 17/04/2026

[ILPM Cawangan Kelantan: DPAK Semester 3 Kohort 2025]

Hari Kedua, Sesi Petang
WIL 300: Pengurusan & Komunikasi dalam organisasi
Pensyarah : Coach Rosmadi Bin Mat Isa






17/10/2025

๐—ฆ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—บ ๐—ง๐—ฎ๐—ธ๐˜‡๐—ถ๐—ฎ๐—ต ๐—ฑ๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ๐—ฝ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ ๐˜€๐—ฒ๐—น๐˜‚๐—ฟ๐˜‚๐—ต ๐˜„๐—ฎ๐—ฟ๐—ด๐—ฎ ๐—ฃ๐—”๐—ฆ๐—ง๐—œ ๐— ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐˜†๐˜€๐—ถ๐—ฎ

ุฅูู†ูŽู‘ุง ู„ูู„ู‘ู‡ู ูˆูŽุฅูู†ูŽู‘ู€ุง ุฅูู„ูŽูŠู’ู‡ู ุฑูŽุงุฌูุนูˆู†ูŽ

Saya dan keluarga besar PASTI Malaysia merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Ustaz Khairul bin Che Khalid atas pemergianya pada jam 10.30 malam tadi di Hospital Machang. Semoga keluarga terus kuat dan tabah dalam menghadapi ketentuan dan ujian ini.

Beliau merupakan Timbalan Pengarah 1 PASTI Negeri Kelantan dan juga Pengurus ILPM PASTI Negeri Kelantan.Pemergian beliau amat memberikan kesan kepada kami warga PASTI Malaysia. Semoga roh Allahyarham Ustaz Khairul Che Khalid di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

ุงู„ู„ู‡ู… ุงุบู’ููุฑู’ ู„ู‡ุง ูˆูŽุงุฑู’ุญูŽู…ู’ู‡ุง ูˆูŽุนูŽุงููู‡ุง ูˆูŽุงุนู’ูู ุนูŽู†ู’ู‡ุง ูˆูŽุฃูŽูƒู’ุฑูู…ู’ ู†ูุฒูู„ูŽู‡ุง ูˆูŽูˆูŽุณู‘ูุนู’ ู…ูุฏู’ุฎูŽู„ูŽู‡ุง ูˆูŽุงุบู’ุณูู„ู’ู‡ุง ุจูุงู„ู’ู…ูŽุงุกู ูˆูŽุงู„ุซู‘ูŽู„ู’ุฌู ูˆูŽุงู„ู’ุจูŽุฑูŽุฏู ูˆูŽู†ูŽู‚ู‘ูู‡ุง ู…ูู†ู’ ุงู„ู’ุฎูŽุทูŽุงูŠูŽุง ูƒูŽู…ูŽุง ู†ูŽู‚ู‘ูŽูŠู’ุชูŽ ุงู„ุซู‘ูŽูˆู’ุจูŽ ุงู„ู’ุฃูŽุจู’ูŠูŽุถูŽ ู…ูู†ู’ ุงู„ุฏู‘ูŽู†ูŽุณู ูˆูŽุฃูŽุจู’ุฏูู„ู’ู‡ุง ุฏูŽุงุฑู‹ุง ุฎูŽูŠู’ุฑู‹ุง ู…ูู†ู’ ุฏูŽุงุฑูู‡ุง ูˆูŽุฃูŽู‡ู’ู„ู‹ุง ุฎูŽูŠู’ุฑู‹ุง ู…ูู†ู’ ุฃูŽู‡ู’ู„ูู‡ุง ูˆูŽุฒูŽูˆู’ุฌู‹ุง ุฎูŽูŠู’ุฑู‹ุง ู…ูู†ู’ ุฒูŽูˆู’ุฌูู‡ุง ูˆูŽุฃูŽุฏู’ุฎูู„ู’ู‡ุง ุงู„ู’ุฌูŽู†ู‘ูŽุฉูŽ ูˆูŽุฃูŽุนูุฐู’ู‡ุง ู…ูู†ู’ ุนูŽุฐูŽุงุจู ุงู„ู’ู‚ูŽุจู’ุฑู ุฃูŽูˆู’ ู…ูู†ู’ ุนูŽุฐูŽุงุจู

Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya..

ุขู…ูŠู† ูŠุง ุฑุจ ุงู„ุนุงู„ู…ูŠู†

Damanhuri bin Dol
Ketua pengarah PASTI Malaysia
17 Okt 2025 | 25 Rabiul Akhir 1447H

17/10/2025

Salam takziah

Pemuda PAS Kelantan merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Ustaz Muhammad Khairul Che Khalid, Setiausaha PAS Kawasan Machang, mantan AJK Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan dan mantan Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Machang.

Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan para anbiyaโ€™, syuhadaโ€™, solihin serta hamba-hamba Allah yang beriman.

Kemaskini : Solat jenazah Allahyarham akan dilaksanakan selepas Solat Jumaat di Masjid Mukim Pangkal Meleret, Machang.

Want your school to be the top-listed School/college in Kota Bharu?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Website

Address


Lot 261, Bangunan Syabab Point, Jalan Sultanah Zainab, Seksyen 15
Kota Bharu
15050

Opening Hours

Monday 09:30 - 16:30
Tuesday 09:30 - 16:30
Wednesday 09:30 - 16:30
Thursday 09:30 - 16:30
Sunday 09:30 - 16:30