I-Medik Kelantan

I-Medik Kelantan

Share

I-Medik Kelantan bermakna 'Ikatan Pengamal Perubatan Muslimin Malaysia' cawangan Kelantan. Website kami : http://imedikkelantan.wordpress.com

I-Medik bermakna ‘Ikatan Pengamal Perubatan Muslimin Malaysia’. I-Medik sejak ditubuhkan pada 2008, mula bertapak dalam komuniti pengamal perubatan di Malaysia malah di luar negara dan sejak itu terus komited dalam mencapai visi dan misinya. VISI

Menjadi organisasi teras bagi membangunkan tamadun perubatan Islam di Malaysia

MISI

Mempelopori agenda perubatan Islam berasaskan pembinaan jatidiri, pendidikan, penyelidikan dan aktiviti kemanusiaan

Photos from I-Medik's post 29/12/2021
Photos from I-Medik's post 24/12/2021

Berita Ringkas:

Pasukan I-Medik dan Istana Negara bersama Pasukan Malaysian 4WD Association (MFWDA) telah mengadakan misi bersama membantu mangsa banjir di Sg Lui, Hulu Langat.

100 pek makanan, pakaian dan keperluan lain telah diserahkan oleh Brigedier Jeneral Datuk Sharizan bin Wan Chik (Tentera Darat Malaysia) bagi pihak YDP Agong dan Istana.

I-Medik p**a menyerahkan 35 pek 'Personal & Hygiene Kits' dalam misi bersama hari ini. Pihak I-Medik yang diwakili oleh Prof. Dr. Azizi bin Ayob, merakamkan jutaan terima kasih kepada pihak Istana Negara kerana memberi peluang bagi pihak NGO perubatan & Kesihatan untuk turut serta dalam misi bantuan banjir bersama Istana Negara.

Penduduk tempatan juga turut serta dalam kerja-kerja membersihkan rumah-rumah mangsa yang terkesan dengan musibah banjir ini.

Semoga semua pihak terutamanya mangsa banjir mendapat manfaat.

I-Medik
Sg Lui, Hulu Langat, Selangor
24 Dec 2021 .

24/12/2021

terkini
kami di I-Medik sedang dalam usaha untuk mencukupkan bekalan ubat-ubatan dan kelengkapan kebersihan untuk disampaikan kepada mangsa banjir.

Untuk semua maklum, selepas kejadian banjir, banyak haiwan perosak seperti tikus, lipas akan mula keluar.

Lumpur kotor di sekitar kawasan banjir akan mengakibatkan penyakit seperti cirit-birit , penyakit kulit dan pelbagai lagi.

Selain , Malaysia masih lagi diuji virus covid-19 .

Kami di I-Medik cuba untuk menyumbangkan mangsa banjir barangan seperti ubat-ubatan sewaktu banjir , test kit covid-19, topeng penutup muka dan barangan kebersihan diri, seperti tuala wanita, pisau cukur, ubat gigi, dan sabun mandi.

I-Medik masih memerlukan dana untuk menyediakan barangan ini.

Sumbangan boleh dibuat ke akaun I-Medik ke :
⭐️MAYBANK - 562834635104
Rujukan -Tabung Banjir


🌊

24/12/2021

Penyakit bawaan air?

Mangsa banjir maut terkena renjatan elektrik?

Ini adalah antara musibah yang boleh terjadi ketika banjir.
Jadi,bagi memberi kesedaran dan panduan kepada masyarakat, I-Medik Sabah menyediakan satu wacana khusus ketika bencana banjir melanda negara kita yang bertajuk:

BANJIR,RISIKO PENYAKIT DAN KESELAMATAN DIRI.

Tarikh:24 Disember 2021
Masa :9 pm
Tempat: FB live i-Medik SABAH

Jumpa anda nanti!

21/12/2021

💥TABUNG BANTUAN BENCANA LEMBAH KLANG💥

Beberapa hari ini, Lembah Klang lumpuh akibat banjir berikutan hujan lebat berpanjangan.

Yayasan Ikhlas bersama rakan NGO akan turun menyampaikan bantuan kepada mangsa banjir dalam masa terdekat.

Antara bantuan yang akan disampaikan
✅ Makanan sedia dimakan
✅ Keperluan kebersihan diri
✅ Khidmat Cuci Rumah

Kami mengalu-alukan bantuan dan sumbangan anda.

Sampaikan sumbangan anda ke
❤️ https://misibantuan.com/
❤️ https://misibantuan.com/
❤️ https://misibantuan.com/

Atau ke akaun berikut:
❤️ Maybank - Yayasan Ikhlas
❤️ 5628 3463 6228
❤️ Nota Rujukan - Lembah Klang

Want your school to be the top-listed School/college in Kota Bharu?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Address


Kota Bharu