02/04/2026
JEMPUTAN KE
MAJLIS TEMU MATA AIDILFITRI PASRIQ 2026
Assalamualaikum w.b.t.
Dengan segala hormatnya, kami ingin menjemput tuan/puan ke Majlis Temu Mata Aidilfitri PASRIQ 2026 yang akan diadakan seperti ketetapan berikut:
📅 Hari: Sabtu (4 April 2026)
📍 Tempat: Dewan SRIQ
⏰ Masa: 9.30 pagi – 11.30 pagi
👕 Tema pakaian: Biru 💙 (Menutup Aurat)
📜Tentatif Ringkas:
9.30 Pendaftaran
9.45 Majlis bermula
10.30 Bergambar & Jamuan
11.30 Bersurai
Majlis ini dianjurkan sebagai platform untuk mengeratkan silaturahim serta meraikan Aidilfitri dalam suasana penuh kemesraan dan ukhuwah.
🔹 Yuran komitmen:
Hanya RM5 sahaja
(Bayaran boleh dibuat pada hari pendaftaran. Jika ingin hadir bersama suami/isteri/anak, boleh maklum kepada urusetia. Tambahan bayaran hanya kepada dewasa sahaja).
🍮Potluck kuih-muih adalah dialu-alukan.
Sehubungan itu, kehadiran tuan/puan amatlah dialu-alukan bagi memeriahkan lagi majlis ini.
📌 Sila sahkan kehadiran anda melalui pautan berikut:
https://forms.gle/9w2xWf9SoYUBCves7
Semoga dengan kehadiran anda, majlis ini akan berlangsung dengan penuh keberkatan dan kegembiraan.
Sekian, terima kasih.
“Taqabbalallahu minna wa minkum”