SRITI Al Fateh, Kota Bharu

SRITI Al Fateh, Kota Bharu Dana Pembangunan SRITI Al Fateh Kota Bharu
https://sritialfateh.caknaummah.com

🌙 QIAMULLAIL 2.0 KEMBALI LAGI ✨Alhamdulillah, Qiamullail 2.0 pada bulan Jun kembali lagi sebagai medan tarbiah jiwa dan ...
07/06/2026

🌙 QIAMULLAIL 2.0 KEMBALI LAGI ✨

Alhamdulillah, Qiamullail 2.0 pada bulan Jun kembali lagi sebagai medan tarbiah jiwa dan pengukuhan iman buat anak-anak SRITI Al Fateh.

Pada hujung minggu ini, Qiamullail 2.0 melibatkan Kumpulan 1 iaitu murid Tahun Tahun 1, 3 & 6.

Moga setiap doa yang dipanjatkan, setiap sujud yang dilaksanakan dan setiap air mata taubat yang mengalir menjadi asbab hati semakin dekat dengan Allah 🤲💛

===============

📌 Sumbangan amat dialu-alukan bagi menyokong penganjuran program qiamullail akan datang (makanan, minuman & keperluan murid). Moga jadi saham akhirat yang berpanjangan ✨










🎓 TAHNIAH WIRA PENDIDIK SRITI AL FATEH! 🏆Alhamdulillah, tahniah diucapkan kepada lima orang guru SRITI Al Fateh Kota Bha...
07/06/2026

🎓 TAHNIAH WIRA PENDIDIK SRITI AL FATEH! 🏆

Alhamdulillah, tahniah diucapkan kepada lima orang guru SRITI Al Fateh Kota Bharu yang berjaya menamatkan Tamrin Guru SRITI Malaysia (TAGs) Peringkat SRITI Negeri Kelantan yang berlangsung pada 2–4 Jun 2026 di Peladang Setiu Agro Resort, Terengganu.
👏 M. Azrol
👏 M. Widad
👏 M. Mariah
👏 M. Anis
👏 M. Asma

Semoga segala ilmu, pengalaman dan tarbiah yang diperoleh menjadi bekal berharga dalam mendidik anak-anak ummah serta terus menyemarakkan kecemerlangan pendidikan Islam di SRITI Al Fateh. 🤲✨










❄️🤲 SEDEQAH JUMAAT: SEJUKKAN KELAS, HANGATKAN PAHALA 🤲❄️Sempena penghulu segala hari, kami membuka peluang Sedeqah Jumaa...
04/06/2026

❄️🤲 SEDEQAH JUMAAT: SEJUKKAN KELAS, HANGATKAN PAHALA 🤲❄️

Sempena penghulu segala hari, kami membuka peluang Sedeqah Jumaat bagi membantu pembelian aircond kelas demi keselesaan pembelajaran anak-anak di SRITI Al Fateh Kota Bharu.

Moga setiap sumbangan menjadi asbab ilmu berkembang, anak-anak belajar dengan lebih selesa, dan pahala terus mengalir walau tanpa disedari. 🌙✨










🌿 DI HARI JUMAAT INI, HADIAHKAN SESUATU UNTUK AKHIRAT KITA 🤲💖Boleh jadi hari ini Allah buka pintu pahala melalui satu su...
29/05/2026

🌿 DI HARI JUMAAT INI, HADIAHKAN SESUATU UNTUK AKHIRAT KITA 🤲💖

Boleh jadi hari ini Allah buka pintu pahala melalui satu sumbangan yang ikhlas… walaupun nilainya kecil di mata manusia ✨

Pihak sekolah sedang mengumpulkan dana bagi menggantikan pendingin hawa lama dalam kelas supaya murid dapat belajar dalam suasana yang lebih selesa dan kondusif 🌱❄️

📌 Sasaran semasa:
• 8 unit pendingin hawa (2.5hp)
• RM3,300 seunit
• Jumlah keseluruhan: RM26,400

Setiap kali anak-anak belajar dengan selesa, membaca al-Quran, menghafal hadis dan menuntut ilmu… moga pahala turut mengalir kepada para penyumbang 🌙

“Sedekah tidak akan mengurangkan harta.” 🤍

Jom sama-sama ambil bahagian pada penghulu segala hari ini 💫










🐄ERTI PENGORBANAN, INDAHNYA KEIKHLASAN 🌙Selamat Hari Raya Aidiladha 1447 Hijriah daripada seluruh warga SRITI Al Fateh K...
26/05/2026

🐄ERTI PENGORBANAN, INDAHNYA KEIKHLASAN 🌙

Selamat Hari Raya Aidiladha 1447 Hijriah daripada seluruh warga SRITI Al Fateh Kota Bharu. ✨

Moga hari penuh keberkatan ini mengajar kita erti pengorbanan, keikhlasan dan ketaatan kepada Allah SWT. 💛

Semoga setiap amal diterima, hati dipenuhi syukur dan ukhuwwah terus dipereratkan. 🤲

Tulus Ikhlas,
Warga SRITI Al Fateh Kota Bharu.










🏸✨ BADMINTON SANTAI: KUAT UKHUWAH, SIHAT BERSAMA! ✨🏸Sabtu | 23 Mei 2026Alhamdulillah, Program Badminton Santai Guru & St...
24/05/2026

🏸✨ BADMINTON SANTAI: KUAT UKHUWAH, SIHAT BERSAMA! ✨🏸

Sabtu | 23 Mei 2026

Alhamdulillah, Program Badminton Santai Guru & Staf 2026 SRITI Al Fateh Kota Bharu berlangsung dalam suasana ceria dan penuh semangat di Dewan Dato' Lundang, Lundang.

Aktiviti santai ini bukan sahaja menyihatkan tubuh badan, malah menjadi ruang mengeratkan ukhuwah, kerjasama dan hubungan mesra sesama guru serta staf SRITI Al Fateh. 🤝😊

Moga kebersamaan ini terus subur dan menjadi kekuatan dalam mendidik anak-anak menuju kecemerlangan dunia dan akhirat. 🌙💛










🌙📖 USRAH BULANAN 3.0: NABI RASUL AKHIR ZAMAN ✨🤍Khamis | 21 Mei 2026Alhamdulillah, Usrah Bulanan SRITI telah berlangsung ...
24/05/2026

🌙📖 USRAH BULANAN 3.0: NABI RASUL AKHIR ZAMAN ✨🤍

Khamis | 21 Mei 2026

Alhamdulillah, Usrah Bulanan SRITI telah berlangsung dengan pengisian sirah bertajuk “Nabi Rasul Akhir Zaman” yang disampaikan oleh Ustaz Muhammad Abdul Malik bin Abdul Karim (Ketua Penerangan PAS Kawasan Kota Bharu).

Perkongsian yang penuh ibrah ini mengingatkan kita tentang perjuangan, kasih sayang dan akhlak agung Rasulullah ﷺ sebagai pedoman sepanjang zaman. Moga hati kita sentiasa dekat dengan sunnah Baginda dan terus istiqamah dalam menuntut ilmu serta beramal dengannya. 🤲📚










✨ JUMAAT MULIA, MASA UNTUK MENABUR KEBAIKAN 🌙🤲Assalamualaikum wbt. Dalam banyak-banyak hari, Allah pilih Jumaat sebagai ...
22/05/2026

✨ JUMAAT MULIA, MASA UNTUK MENABUR KEBAIKAN 🌙🤲

Assalamualaikum wbt. Dalam banyak-banyak hari, Allah pilih Jumaat sebagai penghulu segala hari. Rugi kalau kita lepaskan tanpa sedekah dan infaq 🌿

Kami sedang berusaha menggantikan pendingin hawa lama di kelas demi keselesaan murid ketika belajar. Kadang-kadang, sumbangan kecil kitalah yang memberi keselesaan besar kepada anak-anak pencinta ilmu 💧📚

📌 Keperluan:
• 8 unit pendingin hawa (2.5hp)
• RM3,300 seunit
• Jumlah anggaran: RM26,400

Moga setiap ringgit yang disumbangkan menjadi asbab dipermudahkan urusan, diluaskan rezeki dan diberkati kehidupan 🌸

Jumaat ni, jom pakat rebut peluang saham akhirat ❤️









📚🔥 PENUH FOKUS: PENILAIAN PERTENGAHAN SESI 🔥📚Alhamdulillah, murid-murid SRITI Al Fateh sedang menjalani Penilaian Perten...
20/05/2026

📚🔥 PENUH FOKUS: PENILAIAN PERTENGAHAN SESI 🔥📚

Alhamdulillah, murid-murid SRITI Al Fateh sedang menjalani Penilaian Pertengahan Sesi (PPS) yang berlangsung pada 18 Mei hingga 21 Mei. Hari-hari ini dipenuhi dengan usaha, fokus dan doa agar setiap anak dapat menjawab dengan tenang dan cemerlang.

Moga Allah permudahkan urusan anak-anak kita, diberi kefahaman yang baik serta kejayaan yang berkat dunia dan akhirat. 🤲✨

📚🌟 LANGKAH ILMU MENUJU KEJAYAAN 🌟📚Pergi ke taman memetik melati,Singgah sebentar di tepi perigi,Bulatkan hati teguhkan d...
17/05/2026

📚🌟 LANGKAH ILMU MENUJU KEJAYAAN 🌟📚

Pergi ke taman memetik melati,
Singgah sebentar di tepi perigi,
Bulatkan hati teguhkan diri,
Moga berjaya dalam PPS nanti. ✨

Selamat menduduki Penilaian Pertengahan Sesi (PPS) 2026 kepada seluruh murid SRITI Al Fateh Kota Bharu yang akan berlangsung pada 18 Mei hingga 21 Mei 2026.

Moga anak-anak diberikan ketenangan hati, dipermudahkan menjawab soalan, serta memperoleh kejayaan yang cemerlang di dunia dan akhirat. Teruskan usaha, iringi dengan doa dan tawakal kepada Allah 🤲💛










Address

Jalan Sultanah Zainab
Kota Bharu
15050

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Sunday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SRITI Al Fateh, Kota Bharu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to SRITI Al Fateh, Kota Bharu:

Shortcuts

Share

Category