AZM Training & Consultancy Sdn Bhd

AZM Training & Consultancy Sdn Bhd AZM Training & Consultancy Sdn Bhd merupakan Penyedia & Pusat Latihan bagi HRD Corp, JKKP & CIDB.

Syarikat kami berpengkalan di Kok Lanas, Kelantan dan sedia menawarkan khidmat di seluruh negeri di Malaysia.

13/08/2026

Alhamdulillah, feedback yang positif kami terima daripada peserta Kursus OSH Coordinator yang diadakan pada bulan Julai yang lalu.

Terima kasih kepada semua peserta yang terlibat kerana memberi kerjasama dan komitmen yang tinggi sepanjang kursus tersebut diadakan.


Terima kasih kepada pihak penganjur iaitu Universiti Malaysia Kelantan (UMK) di atas jemputan kepada AZM Training & Cons...
11/08/2026

Terima kasih kepada pihak penganjur iaitu Universiti Malaysia Kelantan (UMK) di atas jemputan kepada AZM Training & Consultancy sebagai pempamer.
Terima kasih juga kepada pihak JKKP / DOSH Kelantan ๐Ÿ˜ƒ

Assalamualaikum, selamat pagi๐Ÿฅฐ
08/08/2026

Assalamualaikum, selamat pagi๐Ÿฅฐ


05/08/2026

[ HEBAHAN KESEDARAN RISIKO TEGASAN HABA DI TEMPAT KERJA ]

Suhu persekitaran yang semakin meningkat dan cuaca yang tidak menentu boleh meningkatkan risiko tegasan haba, khususnya kepada pekerja yang bekerja di luar bangunan atau di kawasan yang mempunyai sumber haba.

Majikan dan pekerja disaran mengambil langkah pencegahan yang sewajarnya bagi mengurangkan risiko penyakit berkaitan haba serta memastikan persekitaran kerja yang selamat, sihat dan produktif.

Bagi meningkatkan kesedaran, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) telah menyediakan infografik, videografik serta garis panduan berkaitan pengurusan risiko tegasan haba yang boleh diakses melalui pautan berikut:

https://drive.google.com/drive/folders/1DEcwRoQHgEM8v2xw9GCvbbBZYZizLt2s

Lindungi diri daripada risiko tegasan haba. Kekal peka, kekal selamat.

01/08/2026

[SIARAN MEDIA]

UNTUK LIPUTAN MEDIA MASSA

SYARIKAT PEMBUATAN DIDAPATI BERSALAH KERANA GAGAL MELAPOR KEMALANGAN

Kulim, 29 Julai โ€“ Sebuah syarikat pembuatan telah dijatuhkan hukuman denda hari ini oleh Mahkamah Majistret Kulim selepas mengaku bersalah atas kesalahan telah gagal dalam masa tujuh (7) hari, menghantar laporan tentang kemalangan dalam borang yang diluluskan kepada Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan berkenaan kemalangan yang telah berlaku pada 27 Ogos 2025 melibatkan seorang pekerja warganegara Myanmar di mana mangsa mengalami kecederaan badan yang menghalangnya daripada mengikuti pekerjaan biasanya selama lebih daripada empat (4) hari kalendar. Majistret Nur Hamizah binti Mat Shah telah mengarahkan syarikat tersebut membayar denda sebanyak RM2,800.00 (Dua Ribu Lapan Ratus Ringgit Malaysia).

Syarikat tersebut telah dituduh melakukan kesalahan di bawah Peraturan 5(2) Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pemberitahuan Mengenai Kemalangan, Kejadian Berbahaya, Keracunan Pekerjaan dan Penyakit Pekerjaan) 2004, Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 dan boleh dihukum di bawah Peraturan 13 Peraturan yang sama di mana denda adalah tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

# # #

Dikeluarkan oleh:
Pejabat Pengarah
Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kedah
29 Julai 2026

Alhamdulillah, selesai Hearing Conservation Program yang diadakan pada 27 Julai 2026 di premis pelanggan di Machang, Kel...
28/07/2026

Alhamdulillah, selesai Hearing Conservation Program yang diadakan pada 27 Julai 2026 di premis pelanggan di Machang, Kelantan.

Terima kasih diucapkan kepada semua peserta yang telah hadir dan memberi komitmen yang tinggi sepanjang kursus diadakan.
Semoga segala ilmu yang diperoleh dapat dimanfaatkan dan dikongsikan bersama rakan sekerja.

"๐—ฆ๐—ฎ๐—ณ๐—ฒ ๐—ช๐—ผ๐—ฟ๐—ธ๐—ฝ๐—น๐—ฎ๐—ฐ๐—ฒ, ๐—ฃ๐—ฟ๐—ผ๐—ฑ๐˜‚๐—ฐ๐˜๐—ถ๐˜ƒ๐—ฒ ๐—ช๐—ผ๐—ฟ๐—ธ๐—ณ๐—ผ๐—ฟ๐—ฐ๐—ฒ".

26/07/2026
22/07/2026

AZM GROUP MENYOKONG ESG ๐ŸŒฑ

Di AZM Group, kami sedang berusaha untuk mengamalkan prinsip Environmental, Social & Governance (ESG) sebagai asas dalam setiap operasi kami.

Usaha ini diterjemahkan melalui amalan tadbir urus yang berintegriti, pembangunan kompetensi pekerja, keprihatinan terhadap komuniti serta pelaksanaan operasi yang lebih bertanggungjawab.

Kami percaya bahawa kecemerlangan bukan sahaja diukur melalui kejayaan perniagaan, malah melalui nilai positif yang kami berikan kepada pelanggan, pekerja, komuniti dan negara.

__________________

Dari Impian ke Empayar, Insya-Allah ๐Ÿ’œ๐Ÿ’œ

Ingin mengenali AZM Group dengan lebih dekat?

Layari www.azmgroup.com.my untuk maklumat syarikat, projek, perkhidmatan dan aktiviti komuniti kami.

Alhamdulillah selesai Kursus OSH Coordinator yang berlangsung selama tiga hari iaitu pada 19 hingga 21 Julai 2026 di AZM...
22/07/2026

Alhamdulillah selesai Kursus OSH Coordinator yang berlangsung selama tiga hari iaitu pada 19 hingga 21 Julai 2026 di AZM Training Centre.

Terima kasih diucapkan kepada semua peserta yang telah hadir dan memberi komitmen yang tinggi sepanjang kursus diadakan.

Semoga segala ilmu yang diperoleh dapat dimanfaatkan dan dikongsikan bersama rakan sekerja di tempat kerja masing-masing.

"๐—ฆ๐—ฎ๐—ณ๐—ฒ ๐—ช๐—ผ๐—ฟ๐—ธ๐—ฝ๐—น๐—ฎ๐—ฐ๐—ฒ, ๐—ฃ๐—ฟ๐—ผ๐—ฑ๐˜‚๐—ฐ๐˜๐—ถ๐˜ƒ๐—ฒ ๐—ช๐—ผ๐—ฟ๐—ธ๐—ณ๐—ผ๐—ฟ๐—ฐ๐—ฒ".


๐Ÿ“ข๐Ÿ“ข๐Ÿ“ขMakluman kepada semua pelanggan AZM Training & Consultancy Sdn Bhd.Adalah dimaklumkan bahawa syarikat kami akan ditut...
22/07/2026

๐Ÿ“ข๐Ÿ“ข๐Ÿ“ขMakluman kepada semua pelanggan AZM Training & Consultancy Sdn Bhd.

Adalah dimaklumkan bahawa syarikat kami akan ditutup pada 23 Julai 2026 untuk memberi laluan kepada aktiviti syarikat dan akan beroperasi semula pada 25 Julai 2026.


Address

AZM Training Centre, PT2501-1, Simpang 3 Kok Lanas, Ketereh
Kota Bharu
16450

Opening Hours

Monday 08:30 - 17:00
Tuesday 08:30 - 17:00
Wednesday 08:30 - 17:00
Thursday 08:30 - 17:00
Saturday 08:30 - 14:30
Sunday 08:30 - 17:00

Telephone

+60167672239

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when AZM Training & Consultancy Sdn Bhd posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to AZM Training & Consultancy Sdn Bhd:

Shortcuts

Share