06/06/2016
**MUKADDIMAH**
Seminar IConTAR 2016 ini merupakan rentetan daripada penganjuran seminar terdahulu (2010). Seminar antarabangsa yang terdahulu telah berjaya mencapai objektif dan matlamat yang telah digariskan, malah melangkaui jangkaan awal terutamanya dari segi penyertaan pembentang dari dalam negeri dan luar Negara.
Seminar IConTAR 2016 yang bertemakan “Pengajaran Bahasa Arab kepada Penutur Bukan Arab: Pengalaman & Cabaran” mempunyai objektif dan matlamatnya yang tersendiri berdasarkan perkembangan yang telah berlaku dalam alam pendidikan masa kini, khususnya dalam bidang pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab kepada penutur bukan Arab.
Kejayaan proses pengajaran & pembelajaran bahasa Arab kepada penutur bukan Arab bergantung kepada beberapa perkara yang utama seperti kurikulum, kaedah, pendekatan, persekitaran dan berbagai faktor luar. Pengalaman dan pencapaian pelbagai pihak seharusnya dikongsi dalam seminar seperti ini.
Keperluan inilah yang mendorong seminar pada kali ini diadakan dengan mengambil kira perjalanan serta pengalaman institusi pendidikan terutamanya universiti yang sudah lama. Semoga penganjuran seminar ini akan memberikan tasawwur dan suntikan semangat serta inspirasi dan bekalan yang bermanfaat kepada setiap individu atau institusi yang mengambil berat tentang pengajaran & pembelajaran bahasa Arab.
**TEMA**
“Pengajaran Bahasa Arab kepada Penutur Bukan Arab: Pengalaman & Cabaran”
"تعليم اللغة العربية للناطقين بغيرها: خبرات وتحديات"
“Teaching Arabic to Non-Arabic Speakers: Experiences & Challenges”
**OBJEKTIF**
1. Mengumpulkan pengalaman para ahli akademik yang terlibat secara langsung dalam bidang pengajaran bahasa Arab.
2. Mempraktikkan kaedah dan pendekatan yang sesuai dan efektif dalam pengajaran bahasa Arab kepada penutur bukan Arab dalam situasi cabaran semasa.
3. Meningkatkan pencapaian pelajar dalam pembelajaran bahasa Arab khususnya penguasaan kemahiran berbahasa Arab.
4. Menambahbaik penguasaan bahasa Arab para pelajar terutamanya yang belajar bahasa Arab sebagai alat mendalami ilmu-ilmu Islam.
**SKOP TEMA**
Aspek pengalaman dan cabaran dalam:
1. Pengajaran Bahasa Arab di IPT dan sekolah menengah.
2. Pengajaran Bahasa Arab untuk Tujuan Khas.
3. Pengajaran Bahasa Arab Berbantukan Teknologi Moden.
4. Pengajaran Kemahiran Bahasa Arab.
5. Strategi Pengajaran & Pembelajaran Bahasa Arab
6. Kaedah dan Pendekatan Pengajaran Bahasa Arab.
7. Penilaian dalam Pengajaran Bahasa Arab.
8. Penggunaan Bahasa Arab sebagai Pengantar di IPT dan sekolah menengah.
9. Bahasa Arab Sebagai Asas kepada Pengajian Ilmu-ilmu Islam.
10. Pengajaran & Pembelajaran Bahasa Arab Dewasa.
11. Kurikulum Bahasa Arab.
**PEMBENTANG KERTAS KERJA**
1. Ahli-ahli akademik di Universiti Malaya dan daripada IPT tempatan dan luar negara
2. Wakil jabatan-jabatan kerajaan dalam dan luar negeri;
3. Individu berminat.
**TARIKH, MASA DAN TEMPAT**
Tarikh : 1 Oktober 2016 ( Sabtu )
Masa : 8.30 pagi hingga 4.30 petang
Tempat : APIUM Nilam Puri, Kota Bharu, Kelantan.
**BAHASA SEMINAR**
Seminar ini akan menggunakan tiga Bahasa iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris.
**PESERTA SEMINAR**
Peserta seminar dijangka terdiri daripada:
1. Ahli-ahli akademik luar dan dalam Negara
2. Wakil-wakil Institusi Kerajaan dan Swasta
3. Mahasiswa/i UM, UKM dan PNU
4. Mahasiswa/i luar negara
5. Penuntut-penuntut sekolah menengah dan sekolah Arab
6. Individu yang berminat
**YURAN PENYERTAAN**
*KATEGORI : PEMBENTANG
*Luar Negeri
- Tenaga Akademik : USD 100
- Non-Akademik : USD 200
- Pasca Ijazah : USD 50
*Tempatan
- Tenaga Akademik : RM 200
- Non-Akademik : RM 200
- Pasca Ijazah : RM 50
*KATEGORI : PESERTA
*Luar Negeri
- Wakil Jabatan / Institusi Kerajaan / Sektor Swasta : USD 100
- Individu/Persendirian : USD 200
- Pelajar : USD 50
*Tempatan
- Wakil Jabatan / Institusi Kerajaan / Sektor Swasta : RM 200
- Individu/Persendirian : RM 200
- Pelajar : RM 50
**TARIKH-TARIKH PENTING**
Tarikh akhir penyerahan abstrak : 30 Jun 2016
Tarikh akhir penyerahan kertas kerja : 11 Ogos 2016
Tarikh akhir pembayaran pendaftaran : 8 September 2016