Persatuan Taekwondo Negeri Kelantan TM

Persatuan Taekwondo Negeri Kelantan TM Recognized as Taekwondo Malaysia (TM/WT) associated body for Kelantan state One Force Taekwondo Club
2. Extreme Spirit Taekwondo Club
3. G7 Taekwondo Club
6.

Persatuan Taekwondo Negeri Kelantan (PTNK) adalah Persatuan naungan kelab-kelab Taekwondo di Negeri Kelantan di bawah lencana World Taekwondo (WT) dan merupakan badan penaung sukan Taekwondo yang sah dibawah keahlian Taekwondo Malaysia. Kelab-kelab Taekwondo di Negeri Kelantan yang bernaung di bawah PTNK adalah seperti berikut:

1. Black and White Taekwondo Club
4. Independent Taekwondo Club
5. Ke

lab Taekwondo Kelantan Darul Naim
7. Glorious Warrior Taekwondo Club

Ahli Kelab Bersekutu:

1. Kelab Taekwondo Teguh Terengganu.
2. Kelab Taekwondo Sara Kelantan. PTNK bertanggungjawab dalam pembinaan atlet Taekwondo Negeri Kelantan ke kejohanan-kejohanan bertaraf kebangsaan seperti Sukan Malaysia, Kejohanan Kebangsaan Taekwondo Malaysia, dan Kejohanan Remaja Kebangsaan Taekwondo Malaysia. PTNK juga bertanggungjawab dalam pembangunan jurulatih dan pegawai kelab-kelab di bawah naungan PTNK dan menyelaraskan aktiviti-aktiviti Taekwondo di Negeri Kelantan seperti penganjuran Ujian Kenaikan Tali Pinggang, Kursus Kejurulatihan, Kursus Kepengadilan, dan Kejohanan-kejohanan Tertutup dan Terbuka peringkat Negeri. PTNK juga mempunyai cawangan kelas di IPT-IPT di negeri Kelantan seperti:

1. UMK (Kampus Utama, Bachok dan Jeli)
2. USM (Cawangan Kubang Kerian)
3. UiTM Machang
4. Politeknik Kok Lanas

Maklumat-maklumat berkenaan kelas-kelas Taekwondo berhampiran anda boleh didapati di sini: shorturl.at/NPQU5

17/08/2026
Pasukan SUKMA Taekwondo (WT) negeri Kelantan mengakhiri cabaran hari terakhir acara Taekwondo (Kyorugi) dengan satu ping...
16/08/2026

Pasukan SUKMA Taekwondo (WT) negeri Kelantan mengakhiri cabaran hari terakhir acara Taekwondo (Kyorugi) dengan satu pingat gangsa dari atlet Nur Nadriesha Syarwina binti Adnan dalam kategori berat 67 kg.

Terdahulu, pasukan Taekwondo Kelantan telah menyumbang satu pingat emas, dan satu pingat perak dari atlet Wan Alim Husam bin Wan Lukman, dan atlet Alya Umairah binti Muhammad Fauzan masing-masing.

Pingat gangsa ini menutup tirai pencapaian skuad Taekwondo bagi edisi SUKMA kali ini dengan pungutan pingat 1 emas, 1 perak, dan 1 gangsa, meletakkan pasukan Taekwondo Kelantan di tangga ketujuh dalam tangga pungutan pingat antara semua negeri.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada barisan atlet yang menggalas cabaran pasukan Kelantan bagi edisi SUKMA 2026, serta barisan jurulatih, pengurus pasukan, dan pegawai-pegawai MSN yang terlibat.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diberikan kepada para ibu bapa dan keluarga atlet yang telah memberikan pelbagai pengorbanan dan sumbangan bagi memastikan anak-anak atlet diberikan persediaan secukupnya sebelum kejohanan dan ketika kejohanan.

Semoga pencapaian ini memberikan inspirasi dan iltizam untuk kejayaan skuad seterusnya pada SUKMA 2028 di Kelantan kelak, insha Allah.

Pasukan Taekwondo SUKMA Negeri Kelantan melakar sejarah apabila muncul penyumbang pingat emas pertama bagi Kontinjen SUK...
14/08/2026

Pasukan Taekwondo SUKMA Negeri Kelantan melakar sejarah apabila muncul penyumbang pingat emas pertama bagi Kontinjen SUKMA Kelantan bagi edisi 2026.

Kemenangan ini hasil dari persembahan bertenaga dari Kapten Pasukan, Wan Alim Husam bin Wan Lukman, dalam satu perlawanan yang digelar Perentapan Pantai Timur, dengan beliau menewaskan lawan dari pasukan negeri jiran, Terengganu.

Pingat emas ini juga menjadi rekod buat Pasukan Taekwondo (WT) Negeri Kelantan apabila muncul hat-trick pingat emas dari gelanggang Taekwondo dalam tiga edisi SUKMA berturut-turut*, iaitu SUKMA 2018, SUKMA 2024, dan terkini, SUKMA 2026.

Tahniah diucapkan kepada pemenang, jurulatih, pegawai, dan pasukan Kelantan keseluruhannya.

*Nota: SUKMA 2020 dibatalkan akibat Perintah Kawalan Pergerakan, dan SUKMA 2022 tidak mempertandingkan acara Taekwondo.

Terkini Emas Pertama Kontinjen Kelantan dari Sukan Taekwondo acara Kyorogi Lelaki 58Kg.

Tahniah buat atlet Taekwondo Wan Alim Husam






14/08/2026
12/08/2026
Congratulations to Kelantan's Technical Chairman, Grandmaster Chong Chee Chyn for the appointment as the member of the Y...
20/06/2026

Congratulations to Kelantan's Technical Chairman, Grandmaster Chong Chee Chyn for the appointment as the member of the Youth Committee of Asian Taekwondo Union (ATU)

13/06/2026

46th TM Instructor Course Kyorugi evaluation session

Barisan atlet Taekwondo SUKMA menjalani ujian kecergasan fizikal bersama-sama pegawai MSN hari ini.
14/05/2026

Barisan atlet Taekwondo SUKMA menjalani ujian kecergasan fizikal bersama-sama pegawai MSN hari ini.

Address

PERSATUAN TAEKWONDO NEGERI KELANTAN TINGKAT 2, BANGUNAN HAZEL BOUTIQUE, Jalan SERI CEMERLANG, 15300 KOTA BHARU
Kota Bharu
15400

Opening Hours

Tuesday 20:00 - 23:00
Thursday 20:00 - 23:00
Friday 20:30 - 22:45
Sunday 20:00 - 23:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Persatuan Taekwondo Negeri Kelantan TM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Persatuan Taekwondo Negeri Kelantan TM:

Shortcuts

Share