30/01/2026
Alhamdulillah, telah selesai Kuliah Subuh bersama Ustaz Azil bin Yaacob sempena Karnival Sihat bertempat di Masjid Jamek Muhammadi, Kota Bharu.
Seawal jam 4 pagi, program bermula dengan Subuh Run 2.0, diteruskan dengan qiamullail, kemudian solat Subuh berjemaah dan seterusnya kuliah Subuh bersama Ustaz Azil Yaacob.
Alhamdulillah, suasana penuh tenang dan bertenaga. Mudah-mudahan setiap langkah, peluh dan doa yang dicurahkan jadi asbab kebaikan serta kekuatan iman untuk kita semua.
Terima kasih kepada semua yang hadir dan menjayakan program ini.
Semoga istiqamah, bukan setakat hari ini. ๐คฒ