23/07/2026
LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN (LADAP) PAJSK SRITI MADINATUL ILMI
Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP) Pengisian Data PAJSK yang melibatkan semua guru SRITI Madinatul Ilmi.
Program ini bertujuan meningkatkan kefahaman dan kemahiran guru dalam pengurusan serta pengisian data Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) secara tepat, sistematik dan mengikut garis panduan yang ditetapkan.
Terima kasih kepada semua guru atas komitmen, kerjasama dan kesungguhan yang ditunjukkan sepanjang sesi. Semoga usaha ini dapat memperkukuhkan lagi pengurusan data sekolah demi memastikan setiap pencapaian murid direkodkan dengan lengkap dan berkualiti.
Kerjasama Diperkukuh, Data Diperkemas, Murid Terus Cemerlang.