Sekolah Menengah Ugama (Arab) Al-Istiqamah Badang

Sekolah Menengah Ugama (Arab) Al-Istiqamah Badang

Share

Laman Facebook Rasmi SMU (A) Istiqamah Badang. "ISTIQAMAH MEMACU KEUNGGULAN UMMAH" Admin page ini adalah dikalangan kakitangan sekolah. Sekian,Wallahu a'lam

Sebarang Kemusykilan atau cadangan untuk sekolah, Bolehlah diutarakan di dinding page ini.

14/05/2026
14/04/2026

𝐓𝐀𝐖𝐀𝐑𝐀𝐍 π’π„π‘π“π€πˆ ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ πŒπ”π‘π€π‰π€π€π‡ 𝐇𝐀𝐅𝐀𝐙𝐀𝐍 𝐀𝐋-𝐐𝐔𝐑𝐀𝐍 πŒπ€πˆπŠ 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 πŸπŸŽπŸπŸ” / πŸπŸŽπŸπŸ•

Bagi yang layak anda boleh menyertai Program Murajaah Hafazan Al-Quran Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan Tahun 2026 / 2027.

Permohonan kini dibuka dan tarikh tutup adalah pada 19 April 2026. Syarat kami kongsikan pada poster yang disediakan ini.

Untuk pendaftaran, sila klik link yang disediakan di ruangan komen posting ini.

13/04/2026

KARNIVAL PENDIDIKAN ISLAM KELANTAN 2026

Kolej Universiti Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) dengan anjuran bersama Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Teknologi Hijau, Digital Dan Inovasi Negeri Kelantan, Yayasan Islam Kelantan (YIK) dan Yayasan Kelantan Darulnaim (YAKIN) akan mengadakan Karnival Pendidikan Islam Kelantan yang akan diadakan sepertimana berikut :

πŸ—“οΈ 26 & 27 April 2026 | Ahad & Isnin
⏰ 8.30 pagi hingga 5.00 petang
🏒 Kolej Universiti Islam Antrabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS)

πŸ”°Aktiviti-Aktiviti:
* Booth Pameran Pendidikan Fakulti dan Agensi
* Gerai-gerai Jualan
* ⁠Taklimat Hala Tuju Pendidikan
* ⁠Taklimat Sambung Belajar ke Mesir
* Bengkel Untuk Guru Kaunseling
* Forum Bersama Alumni
* Cabutan Bertuah
* Persembahan Nasyid
* Persembahan Kalam Jamaie

Semua pelajar sekolah yang hadir akan diberikan E-Sijil untuk pengisian markah PAJSK melalu QR code yang disediakan ditapak pameran.

Marilah sama-sama kita memeriahkan lagi Karnival Pendidikan Islam Kelantan 2026 yang diadakan nanti 🀩

JUMPA ANDA DI SANA πŸ“Œ

πŸŽ“πŸŽ“πŸŽ“
Membina Hala Tuju Pendidikan Generasi Anak Kelantan

Photos from Sekolah Menengah Ugama (Arab) Al-Istiqamah Badang's post 07/04/2026

Majlis Pengumuman & Penyerahan
Slip Keputusan
Peperiksaan SPM 2025
SMU (A) Istiqamah Badang

31 Mac 2026 | Selasa

Tahniah dan syabas kepada semua murid lepasan SPM tahun 2025.

Keputusan cemerlang yang dicapai oleh pelajar lepasan SPM SMU(A) Istiqamah Badang 2025 adalah seperti berikut:

9A – 1 orang
8A – 1 orang
6A – 1 orang
1A – 2 orang

Kepada yang berjaya, teruskan melangkah dengan penuh yakin, ini hanyalah permulaan kepada perjalanan yang lebih besar. Dunia menanti kejayaan seterusnya daripada anda ✨

Kepada yang kurang berjaya, jangan berputus asa. Keputusan hari ini bukan penamat, tetapi peluang untuk bangkit lebih kuat. Setiap orang punya jalan dan masa masing-masing, yang penting, terus berusaha dan percaya pada diri sendiri.

Teruskan kejar impian anda. Masa depan itu milik anda ❀️

30/03/2026

πˆππ…πŽπ†π‘π€π…πˆπŠ : π‹π€ππ†πŠπ€π‡-π‹π€ππ†πŠπ€π‡ πŒπ„ππ†π‡π€πƒπ€ππˆ 𝐂𝐔𝐀𝐂𝐀 𝐏𝐀𝐍𝐀𝐒

Semua pihak diminta mengambil perhatian dan melaksanakan langkah berjaga-jaga bagi menghadapi cuaca panas di sekolah.

Keselamatan dan kebajikan pelajar adalah keutamaan.

Want your school to be the top-listed School/college in Kota Bharu?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Website

Address


Jalan Pantai Cahaya Bulan
Kota Bharu
15350

Opening Hours

Monday 08:00 - 15:00
Tuesday 08:00 - 15:00
Wednesday 08:00 - 15:00
Thursday 08:00 - 15:00
Sunday 08:00 - 15:00