21/08/2026
CABARAN ANUGERAH PANDU PUTERI TUNAS KETUA PESURUHJAYA CAWANGAN 2026
π
Tarikh: 28 β 30 Julai 2026
π Tempat: The Rhu Beach Resort, Tumpat, Kelantan
Tahniah dan syabas diucapkan kepada murid-murid Pandu Puteri Tunas SK Zainab 1 yang telah menyertai Cabaran Anugerah Pandu Puteri Tunas Ketua Pesuruhjaya Cawangan 2026.
Penyertaan dalam program ini memberi peluang kepada murid untuk menguji pengetahuan, kemahiran serta kecekapan yang telah dipelajari sepanjang penglibatan mereka dalam Pandu Puteri Tunas. Pelbagai cabaran yang dilalui turut membantu membina keyakinan diri, disiplin, semangat berpasukan, kepimpinan dan sikap berdikari dalam kalangan peserta.
Semoga pengalaman berharga ini menjadi kenangan manis serta menyuntik semangat untuk terus aktif, berani mencuba dan mencapai kejayaan yang lebih cemerlang pada masa hadapan.
π Tahniah, Pandu Puteri Tunas SK Zainab 1!