08/09/2018
Bismillah...
Duhai ibu dan ayah yang dirahmati Allah.
Pernah tak tuan/puan terkejut bila ambil anak dari rumah pengasuh atau taska, ada benjol, lebam, luka dimana-mana anggota badan anak?
Mestilah tuan/puan akan merasa panik dan terkejut bukan? Pantas kita terus menyalahkan pihak yang menjaga anak kita.
Sebelum kita membuat sebarang tuduhan atau terus menyalahkan pengasuh atau pendidik di taska, mari kita ketahui serba sedikit perkembangan fizikal anak usia 1 hingga 3 tahun.
Pada kebiasaannya anak usia 1 tahun sudah boleh berjalan tanpa bantuan. Biasanya kita panggil jalan jatuh. Keadaan fizikal mereka masih belum seimbang. Adakala berjalan terlalu perlahan dan ada ketika terlalu laju. Sampai terlajak pun ada ðŸ¤ðŸ¤ðŸ¤
Pada usia 2 tahun p**a mereka sudah mula yakin dengan kebolehan mereka. Berjalan laju, melompat, menendang, bergolek dan berlari.
Kebiasaannya usia 3 tahun, mereka kurang berjalan tapi lebih s**a berlari dari satu tempat ke satu tempat dan ada ketika hilang kawalan serta kerap jatuh. Ada juga kanak-kanak yang masih belum mahir melangkah, kadangkala terpijak kaki sebelah dan kerap terjatuh sendiri.
Tuan/puan, apabila kanak-kanak belajar dan menguasai satu-satu kemahiran itu, pasti akan melalui pelbagai proses. Dan dalam proses ini tidak mustahil anak kita akan terjatuh, lebam, luka, benjol dan sebagainya.
Anak yang sentiasa dipegang, dipeluk, dimasukkan dalam 'walker', dikandang, dikurung dan sentiasa didukung tidak berpeluang merasa bebas dan meneroka persekitaran mereka. Fizikal mereka tidak kuat dan sampai usia 6 tahun pun akan kerap jatuh bila berlari.
Berilah peluang anak jatuh, lebam, benjol kerana itu juga proses mereka belajar untuk lebih berhati-hati.
Cuma pastikan keselamatan mereka dan kita boleh kenal antara luka jatuh dengan luka kena derakan?