21/08/2016
Pada 02 Ogos 2016 bertempat di PKG Banggol Mesyuarat Penyelarasan Aktiviti Guru Perpustakaan dan Media (GPM) dan Guru Penyelaras Bestari / ICT sekolah kelompok PKG Banggol Tahun 2016 telah diadakan yang dihadiri oleh seramai 35 orang Guru Perpustakaan dan Media dan 35 orang Guru Penyelaras Bestari / ICT sekolah kelompok PKG Banggol. Mesyuarat ini diadakan untuk membentangkan aktiviti-aktiviti Pusat Sumber Sekolah dan Makmal Komputer yang telah diadakan seperti Pengisian data i-Nilam, SSQS, MBMMBI serta aktiviti yang dianjurkan oleh pkg seperti Program Khidmat Bantu Pembestarian Sekolah, Khidmat Bantu VLE dan Pertandingan Idola Nilam PPD Kota Bharu 2017. Aktiviti pemantauan PSS / Makmal Komputer berpandukan Instrumen Pembestarian Sekolah juga diterangkan secara ringkas. Program Kampus Astro p**a akan kembali ke sekolah pada tahun ini di mana GPM bertindak selaku guru penyelaras. Penyelenggaraan ICT sekolah secara penggantian peralatan p**a melibatkan 4 buah sekolah iaitu SK Che Latiff, SK Pulau Kundor, SK Semut Api dan SMK Penambang.
Satu majlis Ramah Mesra Aidilfitri telah diadakan bersekali dengan mesyuarat. Kehadiran GPM, GPB/ICT, guru-guru SK Abdul Hadi serta jemputan khas dari BTPN Kelanan dan staf dan pegawai PKG Negeri Kelantan telah menyerikan suasana majlis. Pelbagai juadah hari raya disediakan di samping dendangan suara oleh pegawai PKG serta guru-guru GPM dan GPB yang menyanyikan lagu hari raya. Program sebegini diharap dapat menguatkan lagi silaturrahim dan pemuafakatan antara GPM/GPB dengan PKG Banggol.
21/08/2016
Pada hari ini 01 Ogos 2016 bertempat di Dewan Seminar Amanah, BTPN Kelantan, berlangsungnya Taklimat Penarafan Pembestarian Menggunakan Smart School Qualification Standard SSQS Tahun 2016 kepada Guru Penyelaras ICT / Bestari. Taklimat bermula pada jam 9.00 pagi hingga jam 1 tengah hari yang disampaikan oleh saudara Kamal Azrul bin Muhammad – Pegawai Teknologi Pendidikan dari Unit Perkhidmatan ICT, BTPN Kelantan yang dibantu oleh Zaki Yamani – Pegawai Teknologi Pendidikan, PKG Ketereh. Melalui penggunaan SSQS versi terkini, ternyata memudahkan pihak sekolah di mana pengisian dilakukan oleh responden melalui penggunaan “token” yang diberikan oleh admin kepada setiap Responden. Responden yang terlibat juga tidak tertakluk kepada matapelajaran tertentu. Pengisian SSQS bermula bulan Ogos yang berakhir pada 31 Ogos 2016.
21/08/2016
PKG Daerah Kota Bharu dengan kerjasama PPD Kota Bharu telah mengadakan Program Tokoh Nilam PPD Kota Bharu 2017 bagi mencari wakil ke pertandingan Tokoh Nilam Peringkat negeri untuk tahun 2017. Seramai 50 orang pelajar yang terdiri dari 22 orang pelajar sekolah rendah dan 28 orang pelajar sekolah menengah telah menyertai program ini dalam 4 kategori iaitu Bahasa Melayu Sekolah Rendah, Bahasa Inggeris Sekolah Rendah, Bahasa Melayu Sekolah Menengah dan Bahasa Inggeris Sekolah Menengah. Seramai 10 orang guru GPM dari sekolah kelompok PKG Kota Bharu telah dilantik sebagai hakim pertandingan. Akitiviti-aktiviti yang dijalankan adalah seperti:-
• Ujian Penulisan Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris
• Ujian Individu – Kemahiran Membaca
• Ujian Individu – Pengesanan Pengetahuan
• Ujian Individu – Penghayatan & Aspirasi Pembacaan
• Ujian Berkump**an
PKG Banggol mengucapkan tahniah kepada semua pemenang dan berharap dapat melonjakkan kecemerlangan di peringkat serta negeri dan kebangsaan.
14/07/2016
Taklimat Pra Penyelarasan Skor Kerja Kursus Matapelajaran ICT SPM 2016
Tarikh:14/7/2016
Jam:8.30pg - 2.00 ptg
Tempat:PKG Banggol
Anjuran:Sektor Penilaian & Peperiksaan, JPN Kelantan
25/02/2016
Pertandingan Idola Nilam Peringkat PKG Banggol Tahun 2016
23/02/2016
Mesyuarat Penyelarasan Guru Penyelaras Bestari / ICT Bil 1 Tahun 2016
22/02/2016
Mesyuarat Penyelarasan Guru Perpustakaan dan Media (GPM) Bil 1 Tahun 2016
07/02/2016
Majlis Penyerahan Buku Pusat Sumber Sekolah Negeri Kelantan 2016
31/01/2016
Bengkel Penyelarasan BTPN-PKG Bil 1 dan Pemurnian Sasarn Kerja Tahunan Pusat Kegiatan Guru Negeri Kelantan 2016
12/01/2016
1 Januari 2016 PKG Banggol telah kehilangan seorang pegawai yang amat disanjungi dan penuh dedikasi yang bertukar ke Pusat Kegiatan Guru Pasir Pekan. Sepanjang beliau bersama PKG Banggol telah menempa pelbagai kejayaan terutama Anugerah Kecemerlangan Teknologi Pendidikan Tahun 2015 selain mengangkat pkg dalam bidang pengurusan PSS dan ICT di sekolah kelompok. Walaubagaimanapun kehilangan beliau telah diisi oleh seorang lagi pegawai yang berpengalaman dan berkaliber iaitu saudara Farizul Karimi Ibrahim yang bertukar setara dari Pusat Kegiatan Guru Tumpat. Semoga dengan pertukaran ini dapat meneruskan lagi legasi kecemerlangan yang dicapai serta dapat melonjakkan kelestarian sekolah kelompok PKG Banggol. Tahniah diucapkan.
04/01/2016
Pemantauan awal tahun 2016 BTPN Kelantan ke PKG Banggol