Tadika Nur Kubang Kerian

Tadika Nur Kubang Kerian Pendidkan Awal Melahirkan Generasi Berilmu Dan Berakhlak.

21/08/2026

🦷✨ Learning how to brush our teeth the right way!

Seronok tengok anak-anak belajar bersama doktor dan staff HUSM sambil sama-sama praktis cara memberus gigi dengan betul. 🪥🤍

Belajar, cuba sendiri dan paling penting… tahu kenapa kita kena jaga gigi sejak kecil. 🥰

Terima kasih doktor dan team HUSM atas perkongsian ilmu yang sangat bermakna untuk anak-anak Tadika Nur. 🤍

21/08/2026

“Baru mama nak habiskan satu ayat… adik dah masuk cerita dia dulu.” 😅

Pernah jadi?

Kadang kita terus fikir, “Kenapa susah sangat nak tunggu orang habis bercakap?”

Untuk anak 4–6 tahun, tunggu giliran bercakap sebenarnya masih satu social skill yang sedang berkembang.

Bila adik terlalu excited nak cerita sesuatu, dia mungkin rasa kena cakap sekarang juga sebelum terlupa.

Kita masih boleh guide dengan lembut:

“Sekejap ya adik, mama habiskan dulu. Lepas tu mama dengar cerita adik.”

Nampak simple, tapi anak sedang belajar dua benda sekali gus:

Bila kita bercakap, orang dengar kita.

Dan bila orang lain bercakap, kita belajar beri ruang dan dengar juga.

Skill macam ni biasanya datang dengan banyak practice, bukan sekali remind terus perfect.

18/08/2026

Kita selalu kata anak “tak dengar cakap”.

Tapi kadang-kadang kita sendiri yang melatih dia supaya jangan dengar arahan pertama.

“Adik kemas mainan.”
Diam.

“Adik… Mama kata kemas.”
Diam.

“ADIK! KEMAS SEKARANG!”

Barulah dia bergerak.

Otak dia sedang belajar satu pattern:

Arahan pertama = belum penting.
Arahan kedua = masih boleh tunggu.
Mama menjerit = sekarang kena buat.

Cuba pergi dekat, dapatkan perhatian, beri satu arahan pendek, kemudian follow-through dengan tenang.

Anak bukan semestinya tak dengar.

Kadang-kadang dia cuma sudah belajar bila kita betul-betul bermaksudkannya.

16/08/2026

🦷✨ Senyuman Sihat, Anak Hebat!

Antara aktiviti anak-anak sepanjang Program Kesihatan Pergigian bersama pasukan HUSM. 🤍

Bukan sekadar mendengar penerangan, anak-anak juga berpeluang belajar tentang penjagaan gigi melalui aktiviti yang menyeronokkan.

Seronok tengok mereka belajar sambil bermain, mencuba dan berani berkongsi pengalaman masing-masing. 🥰

Terima kasih HUSM atas ilmu dan pengalaman yang sangat bermakna buat anak-anak Tadika Nur. 🤍

12/08/2026

“Anak aku okay ke?”

Ini antara soalan yang ramai ibu ayah simpan dalam hati.

Bukan kerana anak melakukan sesuatu yang salah.

Tetapi kerana kita mula melihat sekeliling.

Anak orang lain sudah boleh membaca.

Anak orang lain sudah petah bercakap.

Anak orang lain nampak lebih yakin.

Kemudian perlahan-lahan muncul satu rasa dalam diri:

“Kenapa anak aku belum macam itu?”

“Aku terlepas sesuatu ke?”

“Aku dah buat cukup untuk anak aku?”

Itulah rasa risau.

Dan rasa ini sangat biasa bagi ibu ayah yang benar-benar mengambil berat.

Kita bukan risau kerana mahu anak menjadi sempurna.

Kita risau kerana kita takut anak menghadapi kesukaran nanti.

Tetapi kadang-kadang apabila terlalu melihat apa yang anak belum boleh buat, kita terlupa melihat apa yang anak sedang bina.

Mungkin dia belum cepat membaca.

Tetapi dia sedang belajar fokus.

Mungkin dia belum berani bercakap dengan ramai orang.

Tetapi dia sedang membina keyakinan.

Mungkin dia belum seperti anak lain.

Tetapi dia sedang menjadi dirinya sendiri.

Setiap anak mempunyai perjalanan yang berbeza.

Peranan kita bukan memastikan anak sampai paling awal.

Peranan kita ialah memastikan mereka tidak berjalan sendirian.

Hari ini cuba berhenti sekejap dan tanya:

“Apa satu perkara kecil yang anak saya sudah berkembang hari ini?”

Kadang-kadang jawapan kecil itu cukup untuk menenangkan hati yang sedang risau.

12/08/2026

“Kalau tak siap sekarang, ibu tinggal!”

Pernah terkeluar ayat macam ni bila dah lambat? 😅

Bukan sebab kita nak takutkan anak.

Kita cuma dah mula panik. Jam dah berjalan, anak p**a masih nak pakai kasut sendiri, masih nak buat itu ini.

Tapi bagi anak kecil, perkataan “tinggal” tu mungkin terasa sangat nyata.

Dia mungkin terus cepat hari tu.

Tapi dalam hati, mungkin timbul satu persoalan:

“Betul ke ibu akan tinggalkan saya?”

Kalau nak anak bergerak, kita boleh cuba beri pilihan kecil:

*Adik nak pakai kasut sendiri atau ibu tolong sebelah?”
Masih tegas.
Masih ada batas.

Cuma kita tak perlu menggunakan rasa takut untuk membuat anak bergerak.

Sebab kita nak anak belajar ikut arahan dalam rasa selamat, bukan kerana takut kehilangan orang yang dia sayang. ❤️

Kadang-kadang, cara kita cakap pada anak hari ini menjadi suara yang dia bawa dalam dirinya esok.

Pernah perasan tak…Kadang-kadang anak baru sampai tadika, memang susah nak terus duduk diam dan fokus. Sebab tu sebelum ...
11/08/2026

Pernah perasan tak…

Kadang-kadang anak baru sampai tadika, memang susah nak terus duduk diam dan fokus.

Sebab tu sebelum masuk ke sesi pembelajaran, anak-anak diberi ruang untuk bermain dan bergerak di luar.

Berlari.
Berjalan.
Meneroka.
Berbual dengan kawan.

Nampak macam mereka cuma “main”.

Tapi dalam masa yang sama, mereka sedang menggunakan tubuh, berinteraksi dengan persekitaran dan belajar menyesuaikan diri sebelum memulakan rutin seterusnya.

Bagi anak kecil, belajar bukan bermula bila pensel sudah di tangan.

Kadang-kadang ia bermula dengan memberi mereka ruang untuk bergerak terlebih dahulu.

Dan bila tiba masa untuk masuk kelas, cikgu perlahan-lahan bantu mereka beralih daripada play time kepada learning time.

Ibu ayah perasan tak, anak lebih mudah fokus selepas mereka dapat bergerak dan bermain sekejap?

Mereka ni tak sempat nak rasa Monday blues. 🤭Sebab Isnin memang hari yang dinanti-nantikan untuk bermain dengan kawan-ka...
10/08/2026

Mereka ni tak sempat nak rasa Monday blues. 🤭

Sebab Isnin memang hari yang dinanti-nantikan untuk bermain dengan kawan-kawan. 🥰

Pagi-pagi lagi dah sibuk dengan dunia mereka, gelak, bermain dan macam-macam cerita. 🤍✨

Ada yang senyum, ada yang ketawa, ada yang terkejut. 🤭Setiap helaian buku menyimpan cerita dan usaha si kecil sepanjang ...
03/08/2026

Ada yang senyum, ada yang ketawa, ada yang terkejut. 🤭Setiap helaian buku menyimpan cerita dan usaha si kecil sepanjang di tadika.

Saat yang paling kami hargai… bila ibu ayah meluangkan masa untuk mendengar setiap perkembangan si kecil. Terima kasih a...
03/08/2026

Saat yang paling kami hargai… bila ibu ayah meluangkan masa untuk mendengar setiap perkembangan si kecil. Terima kasih atas kepercayaan. 🤍

Address

No 598-A, KAMPUNG CHICHA, Jalan PASIR PUTEH
Kota Bharu
16150

Opening Hours

Monday 08:00 - 18:00
Tuesday 08:00 - 17:45
Wednesday 08:00 - 17:45
Thursday 08:00 - 17:45
Sunday 08:00 - 17:45

Telephone

+601165641935

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Tadika Nur Kubang Kerian posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Tadika Nur Kubang Kerian:

Shortcuts

Share

Category