Fakulti Pengurusan dan Teknologi Maklumat - FPTM KIAS

Fakulti Pengurusan dan Teknologi Maklumat - FPTM KIAS FPTM merupakan salah satu fakulti yang terdapat di KIAS. FPTM menawarkan program pengajian di peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda. Jom Masuk FPTM

Kesemua program pengajian ditawarkan telah mendapat akreditasi daripada MQA.

Terima kasih diucapkan kepada Tuan Pendaftar KIAS, En. Khairil Hazmie Bin Yusof di atas sumbangan dan jasa sepanjang ber...
31/12/2024

Terima kasih diucapkan kepada Tuan Pendaftar KIAS, En. Khairil Hazmie Bin Yusof di atas sumbangan dan jasa sepanjang berkidmat di KIAS.

Sekalung Penghargaan & Terima Kasih

YBrs. Tuan Haji Mohd Khairil Hazmie bin Yusof

atas perkhidmatan & khidmat bakti sebagai

PENDAFTAR
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS)
bermula 16 Februari 2023 hingga 31 Disember 2024.

daripada
REKTOR & PENGURUSAN
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS)

18/12/2024

1st Global Waqf International Conference 2024 (GWIC’24)

Fakulti Pengurusan dan Teknologi Maklumat (FPTM) KIAS telah berjaya menganjurkan GWIC’24 yang bertempat di H-Elite Hotel, Tunjong, Kota Bharu pada 11 Disember yang lepas.

Majlis dimulakan dengan ucapan aluan oleh YBrs. Prof. Dr. Hj. Wan Sulaiman Bin Wan Yusof, Dekan FPTM KIAS merangkap Pengerusi bagi GWIC’24. Majlis disusuli dengan ucapan daripada YBrs. Prof. Dr. Mazlan Bin Ibrahim, Rektor KIAS.

GWIC’24 dirasmikan oleh Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Kelantan, YB. Dato’ Sri Amar D’Raja Ustaz Dato’ (Dr.) Hj. Mohd Amar Bin Hj. Abdullah.

Ucaptama bagi GWIC’24 kali ini disampaikan oleh Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) International Centre for Education in Islamic Finance (INCEIF) University, YBhg. Prof. Emiritus Dato’ Dr. Mohd Azmi Omar.

GWIC’24 dimeriahkan dengan kehadiran lebih daripada 200 orang peserta dan 60 orang pembentang (fizikal dan atas talian). Edisi GWIC’24 juga turut mengumumkan ‘Best Paper Award’ kepada 10 orang pembentang.

Majlis penutup diserikan dengan Ucapan Resolusi oleh YBrs. Dr. Tuan Siti Mastazameatun Binti Long Tuan Kechik, Pengarah Program GWIC’24. Ucapan penutup kemudiannya disusuli oleh YBrs. Dr. Nurul Akma Binti Mohamed, Timbalan Rektor Hal Ehwal Akademik dan Penyelidikan KIAS.

Penganjuran kali ini dengan kerjasama Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK), INCEIF University, Asian Islamic Universities Association dan Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) diharap akan mampu diteruskan di masa akan datang dengan lebih ramai penyertaan.

Akhir sekali, sekalung tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung di dalam menjayakan 1st Global Waqf International Conference 2024 (GWIC’24) ini.

Video oleh: En. Syahiran Bin Ahmad Roziha




01/12/2024


🌟 *KIAS-KHIDMAT BANTUAN SUMBANGAN* 🌟

Mari bersama-sama kita membantu meringankan beban mangsa banjir warga KIAS, Nilam Puri dan masyarakat sekitar Kelantan!

📅 *Tarikh Kutipan Sumbangan:* 1 - 31 Disember 2024
💸 *Sumbangan Diperlukan:* Barangan/Keperluan Dapur, Wang Tunai

*Bank Islam Malaysia Berhad*
*Nama Akaun:* PKPII KIAS
*No Akaun:* 03036010036772
*Rujukan:* Bantuan Banjir

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
📞 *Dr. Azhar:* 011-1903 0888
📞 *Dr. Lokmal:* 017-909 1327
📞 *Ust Amiri:* 013-605 5160
📞 *Pn Juliani:* 013-987 6408

*Bersama Kita Bantu, Bersama Kita Prihatin!*

[KIAS EDUFAIR 2024]Alhamdulillah telah berlangsung dengan jayanya KIAS EDUFAIR 2024 yang diadakan di Dewan Johor, Kampus...
23/11/2024

[KIAS EDUFAIR 2024]

Alhamdulillah telah berlangsung dengan jayanya KIAS EDUFAIR 2024 yang diadakan di Dewan Johor, Kampus Nilam Puri.

Terima kasih diucapkan kepada pihak penganjur iaitu Unit Pemasaran KIAS yang memberi peluang kepada warga FPTM untuk turut serta mengambil bahagian di dalam mempromosikan program pengajian yang ditawarkan di bawah FPTM.

Buat adik-adik yang masih tercari-cari tempat untuk menyambung pengajian, JOM MASUK KIAS.

Program Pengajian di bawah FPTM merangkumi program seperti berikut;

📚 Diploma Kewangan Islam
📚 Diploma Pengurusan Logistik dan Rantaian Bekalan
📚Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak

📚Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Muamalat(Kewangan Islam)(Kepujian)
📚 Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Awal Kanak-Kanak(Kepujian)





YBrs. Prof. Dr. Hj. Wan Sulaiman Bin Wan Yusoff, Dekan Fakulti Pengurusan dan Teknologi Maklumat (FPTM) KIAS berkesempat...
23/11/2024

YBrs. Prof. Dr. Hj. Wan Sulaiman Bin Wan Yusoff, Dekan Fakulti Pengurusan dan Teknologi Maklumat (FPTM) KIAS berkesempatan menghadiri ke Istiadat Konvokesyen Kali Ke-7 Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) di Dewan Wawasan 2020, Kangar, Perlis.

Di kesempatan ini juga, warga FPTM KIAS mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada warga KUIPs di atas pengumuman pengiktirafan sebagai Universiti penuh yang kini dikenali dengan nama Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin (UniSIRAJ).

06/11/2024
Bengkel Intensif: Penulisan Artikel Menggunakan Artificial Intelligence (AI)🗓️ 26 Oktober 2024📍 Dewan Kuliah 7🕰️ 9:00 Pa...
26/10/2024

Bengkel Intensif: Penulisan Artikel Menggunakan Artificial Intelligence (AI)

🗓️ 26 Oktober 2024
📍 Dewan Kuliah 7
🕰️ 9:00 Pagi - 5:00 Petang

Alhamdulillah telah berlangsung dengan jayanya Bengkel Penulisan Artikel Menggunakan Artificial Intelligence (AI) yang disampaikan oleh penceramah jemputan, Dr. Ahmad Shidki Mat Yusoff, Pensyarah Institut Pendidikan Guru Kota Bharu (IPGKKB).

Bengkel anjuran Research Management Centre (RMC) KIAS dengan kerjasama Ahli Jawatankuasa Induk, 1st Global Waqf International Conference 2024 (GWIC’2024) bertujuan untuk menyuntik semangat peserta-peserta bagi menyiapkan artikel bersempena GWIC'24 yang akan berlangsung pada 11 Disember 2024 nanti.

Penyertaan untuk GWIC'24 masih dibuka sehingga 31 Oktober. Klik link di bawah untuk pendaftaran⤵️

https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSeMtZISB8y60ZyqhWXenq7vP0lOi8xutyktyofqboKaj3IM9g/viewform?pli=1





[Majlis Anugerah Dekan Fakulti Pengurusan dan Teknologi Maklumat (FPTM)]Alhamdulillah telah berlangsung dengan jayanya M...
22/10/2024

[Majlis Anugerah Dekan Fakulti Pengurusan dan Teknologi Maklumat (FPTM)]

Alhamdulillah telah berlangsung dengan jayanya Majlis Anugerah Dekan FPTM pada 21 Oktober 2024 bertempat di Dewan Johor, KIAS.

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada hampir 100 mahasiswa & mahasiswi yang meliputi program pengajian Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Diploma Kewangan Islam, Diploma Pengurusan Logistik dan Rantaian Bekalan, Diploma Teknologi Maklumat, Sarjana Muda Pentadbiran Muamalat (Kewangan Islam) dan Sarjana Muda Pendidikan Awal Kanak-Kanak telah mendapat Anugerah Dekan bagi Semester 1 dan 2 Sesi 2023/2024.

Bersempena majlis ini juga, sesi penyerahan 2 unit Komputer Riba Percuma oleh Dekan FPTM, YBrs. Prof. Dr. Hj. Wan Sulaiman Bin Wan Yusoff kepada mahasiswi Program Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer dengan Multimedia.

Ucapan terima kasih juga diucapkan kepada ibu bapa yang turut hadir bersama-sama memeriahkan Majlis Anugerah Dekan ini.

Sekalung tahniah diucapkan kepada Ahli Jawatankuasa Pelaksana yang membantu melancarkan majlis yang penuh gilang gemilang ini.

Semoga kejayaan yang diperolehi oleh mahasiswa/wi FPTM ini menjadi contoh dan inspirasi kepada mahasiswa/wi lain di dalam menggapai kecemerlangan akademik.

Gambar oleh: En Syahiran Bin Ahmad Roziha

https://www.youtube.com/watch?v=DhH4YuvaucQ
07/10/2024

https://www.youtube.com/watch?v=DhH4YuvaucQ

📢 *LIVE ISTIADAT KONVOKESYEN KIAS KALI KE-24*.*BERTEMPAT DI DEWAN JOHOR KIAS, KOTA BHARU*.👪 *DISEMPURNAKAN OLEH**YAB DATO' PANGLIMA PERANG USTAZ DATO’ HJ M...

05/10/2024

Address

Peti Surat 68, Nilam Puri, Jalan Kuala Krai
Kota Bharu
15730

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Fakulti Pengurusan dan Teknologi Maklumat - FPTM KIAS posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share