مــعـــهــد ألـﺩراسـاﺕ ألاســﻼمـــيــة (MAAHAD PENGAJIAN ISLAM)

مــعـــهــد  ألـﺩراسـاﺕ  ألاســﻼمـــيــة (MAAHAD PENGAJIAN ISLAM)

Share

Maahad Pengajian Islam ditubuhkan pada 17 Januari 1959

Photos from ‎مــعـــهــد  ألـﺩراسـاﺕ  ألاســﻼمـــيــة (MAAHAD PENGAJIAN ISLAM)‎'s post 27/11/2014

Inilah Masjid Al-Ihsan Maahad Pengajian Islam.. Alhamdulillah sudah 99 peratus siap.Sama2 kita imarahkan masjid

10/07/2012

Amaran kes penculikan kepada pelajar-pelajar MAAHAD MUHAMMADI PASIR PEKAN, jiran belakang; SMKA FALAHIAH, juga jiran sebelah; SMK MAHMUD MAHYIDIN. Amaran turut dipanjangkan kepada SK & SMK KUTAN.

Mohon berwaspada terhadap sebuah van putih & seorang wanita berpurdah yang dikatakan terlibat dengan beberapa cubaan menculik.

Alhamdulillah, setakat ni semua cubaan melibatkan pelajar sekolah menengah adalah gagal.

1. Seorang pelajar berjaya melepaskan diri daripada gengaman penculik

2. Seorang pelajar berjaya melepaskan diri dengan menggigit tangan penculik

3. Penculik: adik, ayah adik suroh pok cik ambik adik arini..
Alhamdulillah, masa tu juga ayah mangsa tiba dengan motor

4. Kes seterusnya melibatkan wanita berpurdah (sekutu penculik bervan putih) yang berpura-pura bertanya arah, kemudian cuba menarik tangan mangsa. Alhamdulillah, cubaan ini juga gagal.

Harap semua ambil perhatian. Usaha+tawakal, semoga Allah melindungi kita daripada sifat-sifat munafik & kejahatan manusia..

06/07/2012

Assalamu'alaikum..Jika kita gagal pada hari ini tidak mengapa kerana benda yg lepas tu xdpt diulang kembali..xp hendaklah kita berazam slps ini dgn menggunakan masa yg ada ini dgn bersungguh2 utk mnccapai kejayaan mutlak !!!
ingtlah, doa dn solat 5 wktu jgn sesekali ditinggalkn krn doa itu perisai bg org Islam dan solat itu dpt mencegah kemungkaran dr segi dalaman dan luaran..
ana mngucapkan slmt berjuang kpd shbt2 yg nk ambil preksa thun ni trutama SPM !!

PRACTICE MAKE PERFECT

Good Luck !!

=)

06/07/2012

Jaga ibadah kena ada dua lapis pagar - bagaikan rumah yang sudah berpagar elektrik kemudian digali parit lagi.

Lepas satu ada satu lagi.

Pagar pertama namanya makruh. Perbuatan makruh ini tak berdosa. Kalau kita tinggal makruh - bagaikan tinggal pagar pertama (parit), tinggal pagar elektrik sahaja - mari kayu tumbang atas pagar - habislah cerita.

Orang yang biasa buat benda makruh, dia mudah buat benda haram.

Orang yang jaga makruh, benda haram payah nak buat. Bukan tak buat, tapi payah nak buat.

Manusia ini bila buat dosa, yang penting kita tahu itu berdosa dan bertaubat pada Allah. Tahu kembali kepada Allah.

Jangan tangguh lama-lama utk bertaubat - kerana dosa itu melalaikan dan menyeronokkan sehingga lupa diri.

Seperti yang biasa bersembahyang jamaah, jika kita mula sembahyang di rumah - mula-mula sembahyang rasa tak sedap - tapi sekali cuba, dua kali cuba, tiga hari - kita tak rasa apa-apa dah - lama-lama dikawal bisikan syaitan sehingga malu nak pergi ke masjid.

Sebulan baru pergi masjid, rasa malu, masa nak pergi hujan mendatang p**a - akhirnya batal hasrat - itulah bahayanya bila dibuai bisikan syaitan.

Adakah anda sedang lalai kerana minda seronok melayan bisikan syaitan? Berapa lama tak bersembahyang Jumaat di masjid?

Untuk renungan . Senyum.

18/05/2012

•❤• 1 hari Aku akan tinggalkanmu.

•❤• 1 hari Aku akan lari darimu.

•❤• 1 hari Kau akan menyesal kerana tidak memilikiku.

•❤• 1 hari Kau akan tahu bahawa akulah segalanya untukmu.

•❤• 1 hari Apabila kau menyedarinya, kau sudah terlambat untuk memilikiku.

>>> Kerana aku Al-Quran sebagai panduan hidupmu Maka carilah aku sebelum aku pergi ke sisi Penciptaku (✿◠‿◠)

18/05/2012

yg nih bru btul...tlg bace...

Sebenarnya itu menunjukkan gambar seseorang tahanan atau banduan rakyat Palestin. Baju berwarna coklat itu merupakan pakaian yang dikuatkuasakan ke atas rakyat Palestin yang ditahan. Logo kecil di sebelah kanan baju itu p**ak bermaksud “Shabas” dan ia adalah singkatan bagi Perkhidmatan Pnjara Israel..

Tujuan sebenar penggunaan DP gambar ini adalah untuk memberi kesedaran tentang mereka yang berada dalam tahanan yang sedang mengadakan Mogok Lapar yang terbesar dalam sejarah dunia.Gambar-gambar yang boleh digunakan tanda sokongan anda
Adakah dengan menukar DP di Facebook dapat membantu mereka? Tidak sebenarnya, tetapi kita boleh bersama-sama meningkatkan kesedaran kepada orang ramai untuk mereka mengetahui apa yang sedang berlaku di Palestin dan pastinya kita boleh berdoa untuk mereka di sana. Doa adalah senjata bagi orang mukmin.

Selain itu, 15 Mei, Hari Nakbah. Sudah 64 tahun Palestin dirampas. Ia diperingati oleh rakyat Palestin, orang Arab dan pejuang Islam seluruhnya, sejak 1948, sebagai memperingati hari rakyat Palestin dihalau dan dibantai beramai-ramai dari negara mereka sendiri. Yaumunnakbah ini kalau diterjemahkan maknanya: Day of The Catastrophe, menggambarkan betapa dasyatnya peristiwa tersebut.

--> Jangan pakai je tapi tak tahu apa yang tersurat di sebalik gambar tersebut .Sama-samalah kita berdoa buat saudara-saudara kita di sana, semoga usaha kita yang tak seberapa ni diterima oleh Allah Swt. InsyaAllah. yang penting niat KITA. insyaAllah .

~ selamat beramal ~

SILA COPY & PASTE ATAU SHARE KE GROUP2 YANG ANDA SERTAI. YANG NI BARU BETUL. HARAP TAK ADA KEKELIRUAN LAGI.

16/05/2012

Zikir Hari Rabu :

اَسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيمِ
Astarghfirullah al'azzim
(Aku memohon keampunan kepada Allah Tuhan Yang Maha Esa)

~❤~ Setiap kali dibaca zikir di atas,menghilangkan satu titik hitam dalam hati dan Allah memberi keampunan kepada hamba-Nya.~❤~

15/05/2012

{ SeLamat Hari Guru Wahai Guru}

Halalkanlah ilmu mu ...semoga guru-guruku beroleh kebahagian dunia & Akhirat...

---->Jasamu tetap ku kenang selama-lamanya dlm doaku :)

Jika anda berterima kasih pada jasa-jasa gurumu di MPI - Jom Pakat Share & Like & Komen - Nyatakan Isi Hatimu Pada Guru MU..

15/05/2012

Assalamu'alaikum kpd semua warga MPI..
ana mahu ucapkan SlmT BerTarung dgn KerTas SoalAn ..
DenGan UsaHa yg GiGiH Dan DoA kpD ALLAh..InsyA-Allah Segala sokln bleh dijwb dn Smga Allah prmudhkn smuanya yer..

KITA PERLUKAN ILMU UNTUK HIDUP DAN ILMU ITU JUGA AKN DIBAWA KE AKHIRAT..

15/05/2012

{Usrati Baiti Jannati}

Sesungguhnya Islam memandang sangat mustahak untuk membentuk ikatan-ikatan perpaduan
untuk penganut-penganutnya. Ikatan-ikatan ini dinamakan “Usrah” atau “Keluarga” Dengan terbentuknya
apa yang dinamakan “Usrah” atau “Keluarga” seperti itu akan dapatlah dipimpin penganut-penganut Islam
tadi ke arah contoh-contoh pujaan yang tinggi, dan dapatlah p**a diperkuatkan ikatan-ikatan yang ada pada
mereka, bahkan akan dapatlah dipertinggikan mutu “Ukhuwah” atau “Persaudaraan” di antara sesama
mereka sendiri; iaitu dengan jalan membawa contoh-contoh pujaan dan persaudaraan itu dan peringkat
bualan dan pandangan teori kepada peningkat perbuatan dan amalan. Oleh itu, saudara sendiri juga
hendaklah turut memandang berat serta bersedia untuk menjadi batu-bata yang sihat lagi berguna kepada
bangunan keluarga bentukan yang mulia ini; iaitu “Usrah Islamiah” atau “Keluarga Islam”.

15/05/2012

Hari ini Hari Memperingati Nakbah Palestin 15 Mei 1948..

Hari Nakbah kali ini diserikan dengan kemenangan rakyat Palestin yg ditahan dalam penjara zionis, setelah melaksanakan mogok lapar secara terancang sehingga memberi tekanan pada pihak pengurusan penjara....

Jangan bersedih wahai saudara-saudaraku di Palestin...
Kemenangan semakin hampir... Umat sedunia kini semakin dekat dan berani menyatakan solidariti untukmu...

Benar.. Kita memperingati Hari Nakbah (malapetaka), mungkin ada yang menangisi peristiwa tersebut. Tetapi memperingati Nakbah hanya dengan tangisan, tanpa tindakan yang termampu juga tidak berguna kan ?

Ayuh bantulah saudara-saudara kita di Palestin, dengan pelbagai cara :
- sebaran maklumat kesedaran tentang Palestin, Masjid Al-Aqsa
- hulurkan sumbangan pada mereka
- dan banyak lagi cara yang lain....

*** AQSA SYARIF BERHAD di: Maybank Islamic 551575004299 / Bank Islam 12092010034904.

***Aman Palestin-562263010787 (Maybank)

Majlis Perasmian&Pelancaran Tabung Pembinaan Masjid Al-Ihsan 26/04/2012
Want your school to be the top-listed School/college in Kota Bharu?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Address


Jalan Long Yunus Kota Bharu
Kota Bharu
15200