06/05/2026
HARI PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU DARUL QURAN MAIK SESI PENGAJIAN 2026/2029
Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Hari Pendaftaran Pelajar Baharu Darul Quran MAIK bagi sesi pengajian 2026/2029 dalam suasana yang penuh ceria, teratur dan penuh semangat ukhuwah.
Seramai 30 siswa dan 20 siswi telah berjaya mendaftar sebagai pelajar baharu bagi sesi kali ini. Kehadiran para pelajar bersama ibu bapa dan penjaga sejak awal pagi lagi telah menyerikan suasana kampus.
Proses pendaftaran berjalan lancar dengan kerjasama semua pihak termasuk barisan pengurusan, pensyarah, kakitangan serta para fasilitator yang bertungkus-lumus memastikan segala urusan dipermudahkan.
Tahniah dan selamat datang diucapkan kepada semua pelajar baharu yang terpilih menyambung pengajian di Darul Quran MAIK. Semoga kehadiran kalian menjadi permulaan kepada perjalanan ilmu yang diberkati serta melahirkan generasi huffaz yang cemerlang dari sudut akademik, sahsiah dan kepimpinan Islam.
Pihak Darul Quran MAIK juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada ibu bapa dan penjaga atas kepercayaan yang diberikan kepada institusi ini dalam mendidik dan membimbing anak-anak menjadi insan berilmu dan berakhlak mulia.
Semoga sesi pengajian 2026/2029 ini membawa kejayaan, keberkatan dan kecemerlangan buat seluruh warga Darul Quran MAIK.
โMelahirkan Huffaz Profesional Pewaris Ummahโ
12/04/2026
Alhamdulillah.. tahniah kepada semua
12/04/2026
Iklan Jawatan Kosong Pensyarah Tasmi'. Boleh layari di laman web maik..
https://www.e-maik.my/v2/index.php/arkib/jawatan-kosong/jawatan-dq-2026
08/04/2026
Pada 7 April 2026, seramai 22 peserta telah berlepas ke Universiti Darussalam (UNIDA) Gontor, Indonesia bagi mengikuti Kursus Intensif Bahasa Arab yang akan berlangsung sehingga 4 Mei 2026. Program ini dianjurkan oleh Seksyen Hal Ehwal Akademik, Darul Quran MAIK sebagai salah satu inisiatif strategik dalam usaha memperkukuh penguasaan bahasa Arab dalam kalangan pensyarah dan pelajar institusi.
Program ini melibatkan penyertaan dua orang pensyarah iaitu Ustazah Wan Asma binti Wan Ibrahim dan Ustazah Nor Ain Najihah binti Abdul Hakam, serta seramai 20 orang pelajar. Daripada jumlah tersebut, 10 orang merupakan pelajar Semester 2 manakala 10 orang lagi adalah pelajar Semester 4.
Sepanjang tempoh kursus bermula 7 April hingga 4 Mei, para peserta akan mengikuti pelbagai aktiviti pembelajaran yang telah disusun oleh pihak UNIDA Gontor. Penyertaan dalam program ini diharapkan dapat meningkatkan kemahiran komunikasi bahasa Arab dalam kalangan peserta, di samping memberi pendedahan kepada suasana pembelajaran bahasa Arab yang lebih intensif dan berkesan.
Secara keseluruhannya, proses perlepasan peserta pada hari ini berjalan dengan lancar. Diharapkan agar semua peserta dapat memanfaatkan peluang ini dengan sebaiknya serta memperoleh manfaat yang maksimum sepanjang mengikuti Kursus Intensif Bahasa Arab di UNIDA Gontor.
07/04/2026
๐ฃ๐๐ฅ๐๐๐ง๐๐๐ก ๐๐๐ฃ๐๐๐ ๐ฃ๐๐ ๐ข๐๐ข๐ก ๐๐๐ฃ๐๐ข๐ ๐ ๐ง๐๐๐๐๐ญ ๐๐๐ฅ๐จ๐ ๐ค๐จ๐ฅ๐๐ก ๐๐๐๐๐ / ๐๐ข๐๐๐ฆ๐ ๐ง๐๐ ๐๐๐๐๐ก ๐๐๐ฅ๐จ๐ ๐ค๐จ๐ฅ๐๐ก!
Keputusan ๐๐๐ฌ๐๐ ๐ง๐๐ ๐จ ๐๐จ๐๐ boleh dibuat dari ๐๐ฆ๐ข๐
Sila layari pautan berikut untuk menyemak status:
https://mydq.islam.gov.my/login_pemohon
LOGIN โก๏ธ SEMAKAN โก๏ธ CETAK
๐ ๐๐๐๐จ๐ ๐๐ก ๐ฃ๐๐ก๐ง๐๐ก๐ !!!
Calon yang berjaya ๐๐๐ช๐๐๐๐๐๐๐ก untuk:
1. Membawa Dokumen-Dokumen seperti yang diminta di dalam ๐ฆ๐๐ฟ๐ฎ๐ ๐ฃ๐ฎ๐ป๐ด๐ด๐ถ๐น๐ฎ๐ป ๐ง๐ฒ๐บ๐๐ฑ๐๐ด๐ฎ.
2. Bersedia untuk menduduki ujian hafazan & ujian bertulis (Bahasa Arab & Tajwid).
Calon dikehendaki membaca butiran di dalam surat panggilan temu duga. Calon Walk-In tanpa surat tawaran temuduga adalah ๐๐ถ๐ฑ๐ฎ๐ธ ๐ฑ๐ถ๐ฏ๐ฒ๐ป๐ฎ๐ฟ๐ธ๐ฎ๐ป sama sekali.
Sekian, harap maklum.
01/04/2026
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Dimaklumkan kepada semua calon agar SEGERA mengemaskini keputusan SPM dalam sistem bermula 31 Mac hingga 5 April 2026.
โ ๏ธ Kegagalan mengemaskini dalam tempoh yang ditetapkan boleh menjejaskan proses permohonan dan panggilan temu duga.
๐ Sila pastikan maklumat yang dimasukkan adalah tepat dan lengkap.
Sekian, harap maklum dan terima kasih.
24/03/2026
Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Liga Futsal Mahabbah 2026 Semester 6 bersama Alumni Darul Quran MAIK pada 23 Mac 2026 bersamaan 3 Syawal 1447H bertempat di Massa Sport Planet Panji.
Semoga program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang sebagai medium mengukuhkan hubungan antara generasi pelajar dan alumni Darul Quran MAIK.
Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.
10/03/2026
Perhatian kepada semua calon pelajar Diploma Darul Quran MAIK..
10/03/2026
๐ฃ๐๐ก๐๐๐๐๐๐ก ๐๐๐๐๐ฅ
Tarikh tutup permohonan: 13 Mac 2026 (Jumaat)
Pemohon WAJIB klik โhantarโ selepas lengkap mengisi kesemua seksyen A hingga E.
Cara menyemak Permohonan samaada telah diterima oleh pihak DQ atau belum:
1. Buka sistem https://mydq.islam.gov.my/login_pemohon
2. โ Klik menu SEMAKAN
3. โ Lihat status permohonan mestilah tertulis BERJAYA DIHANTAR
Sebarang permasalahan, emel SEGERA gambar screenshot masalah permohonan ke [email protected]
25/02/2026
โฝ๐ฅ ALUMNI DQ MAIK, TURUN GELANGGANG! ๐ฅโฝ
Liga Futsal Mahabbah 2026 kembali menyatukan Batch 1993/1996 hingga 2023/2026!
๐
23 Mac 2026
๐ 9.00 malam โ 12.00 malam
๐ Massa Sport Planet, Panji
โณ Penyertaan TERHAD 16 pasukan sahaja!
๐ Daftar segera: Ust Syahrir (019-9989793)
Bukan sekadar futsal.
Ini medan ukhuwwah, ini gelanggang mahabbah. ๐
02/02/2026
Permohonan telah dibuka..