Maahad Sains Tok Guru

Maahad Sains Tok Guru

Share

Laman web rasmi Maahad Sains Tok Guru dibawah kendalian Yayasan Islam Kelantan

Maahad Sains Tok Guru adalah sekolah perintis Yayasan Islam Kelantan(YIK) yang menggabungkan elemen tahfiz (5 juzuk), sains tulen, penguasaan bahasa Arab/Inggeris dan pengajian kitab turath (pondok) secara bersepadu. MSTG mengekalkan mata pelajaran teras berasaskan kurikulum arus perdana dan Maahad Bu'uth sebagaimana sekolah-sekolah YIK yang lain. Pendekatan program-program pembinaan jati diri, penguasaan bahasa dan pemahaman kitab turath adalah antara yang berbeza dengan sekolah YIK sedia ada

06/06/2026

Back To School..

سيروا على بركة الله

Photos from Maahad Sains Tok Guru's post 05/06/2026

|| MALAYSIA TECHNOLOGY EXPO ||

22 Syawal | 11 April | Sabtu

Alhamdulillah, MSTG telah berjaya mencipta kejayaan membanggakan apabila merangkul Anugerah Perak (Silver Award) bagi kategori Asian Youth Innovation Awards (Junior Category) sempena 25th Malaysia Technology Expo 2026 yang berlangsung di World Trade Center, Kuala Lumpur.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada guru penasihat serta semua pelajar wakil STEM MSTG yang telah berusaha gigih, mencurah idea dan tenaga dalam menghasilkan inovasi AI-IRIS: Smart Glasses for the Visually Impaired, sebuah projek berteraskan kecerdasan buatan (AI) untuk mengesan objek bagi membantu komuniti istimewa.

Terima kasih atas sokongan semua pihak yang tidak pernah putus. Semoga MSTG terus melangkah jauh dalam bidang sahsiah, akademik dan inovasi teknologi serta terus mengharumkan nama di persada dunia.

الحمدلله الذي بنعمته تتمّ الصّالحات 🤍

MSTG @ International Stage ⭐️



Photos from Maahad Sains Tok Guru's post 03/06/2026

|| PERKAMPUNGAN, MENUJU KEJAYAAN ||

1 - 6 Jun

📸 Lensa Perkampungan (Kem Kecemerlangan) VOL. I buat anak-anak pelajar calon SMU & SPM 2026 dan Kelas Intensif al Quran Siri II yang diadakan bersempena Cuti Penggal ke-2.

Terima Kasih kepada Ibu Bapa dan para Guru atas komitmen yang diberikan, bersama mendoakan anak-anak pelajar menuju Kecemerlangan.


01/06/2026

|| KEM KECEMERLANGAN SIRI 1 ||

15 Zulhijjah | 1 Jun | Isnin

Selamat kembali buat anak-anak pelajar Calon SMU SPM 2026 dan sebahagian pelajar Kem Intensif al Quran.

Bersama kita menggapai kejayaan, dengan mengorbankan masa demi masa hadapan.


28/05/2026

|| EID ADHA MUBARAK 1447 ||

الله أكبر الله أكبر
الله أكبر، الله أكبر ولله الحمد

Warga MSTG mengucapkan Selamat Hari Raya Eidul Adha kepada semua Muslimin yang meraikannya.

تقبّل الله منّا ومنكم صالح الأعمال

Eid Mubarak To All 🌙


Photos from Maahad Sains Tok Guru's post 26/05/2026

Hari Terbaik Dunia, Moga Dirahmati Semuanya

Photos from Maahad Sains Tok Guru's post 22/05/2026

|| RIMAAYAH, TAHNIAH ||

4 Zulhijjah | 21 Mei | Khamis

📸 Lensa al Akh Assa Suhail pelajar Tingkatan 2 dalam Kejohanan Memanah Majlis Sukan Sekolah Kelantan (MSSK).

Alhamdulillah, beliau berjaya merangkul Johan (Gold) dalam kategori ;

- Individu bawah 15 tahun
- Berpasukan campuran bawah 15 tahun
- Berpasukan bawah 15 tahun

Beliau akan ke MSSM pada 5 Jun nanti di Shah Alam. Tahniah buat Atlet MSTG dan guru penasihat.

الله أكبر، ولله الحمد

Knowledgable & Taqwa


Photos from Maahad Sains Tok Guru's post 21/05/2026

|| MID-TERM EXAM, TOGETHER EXCELLENT ||

📸 Lensa anak-anak pelajar MSTG menduduki Peperiksaan Pertengahan Tahun Sesi Akademik 2026 yang bermula pada awal Mei dan melabuhkan tirai pada hari ini.

Selamat bercuti penggal ke-2 buat semua pelajar, moga bermanfaat bersama keluarga.

نفع بكم الإسلام والأمّة

Knowledgeable & Taqwa


Photos from Maahad Sains Tok Guru's post 20/05/2026

|| USRAH, JILSAH MUBARAKAH ||

📸 Lensa Usrah Guru Siri II yang telah disampaikan oleh YBrs. Ustaz Zulqarnain Hassan (Pengarah Yayasan Amanah Tok Kenali).

Turut diadakan Usrah Pelajar bersama para Murabbi.

اجلس بنا نؤمن ساعة

Knowledgable & Taqwa


Photos from Maahad Sains Tok Guru's post 20/05/2026

|| HARI GURU 2026, TERIMA KASIH BUAT SEMUA ||

2 Zulqa’dah | 19 Mei | Selasa

📸 Lensa Ziarah Mahabbah dari Majlis Perundingan Wanita Pengkalan Chepa ke MSTG bersempena Hari Guru.

Terima Kasih diucapkan kepada YB Dato’ Exco Kebajikan, Pembangunan Wanita & Keluarga atas hadiah ingatan.


Want your school to be the top-listed School/college in Kota Bharu?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Address


Jalan Maktab, Pengkalan Chepa
Kota Bharu
16100

Opening Hours

Monday 08:00 - 16:00
Tuesday 08:00 - 16:00
Wednesday 08:00 - 16:00
Thursday 08:00 - 14:30
Sunday 08:00 - 16:00