20/10/2024
Ayuh semua kita ke Karnival TVET Madani Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan:
Tarikh: 28 & 29 Oktober 2024
Jam: 9.00 pagi hingga 5.00 petang
Tempat: Mydin Mall Tunjong
Aktiviti: Pelbagai aktiviti dan acara menarik disediakan (rujuk kpd poster di bawah)
Tema: Merekayasa TVET Madani, Melestarikan Pendidikan Manusiawi.
...
Peluang terbuka untuk semua masyarakat di Kelantan, Terengganu dan Pahang untuk mengetahui secara mendalam pelbagai peluang pendidikan dan kerjaya dlm bidang TVET
...
21/08/2024
Kami Sahut Kami Sambut
Sesi Permukiman Pengurusan Tertinggi KPM bersama² warga JPN Kelantan yg disempurnakan oleh YB Fadhlina Sidek Menteri Pendidikan dan turut disertai YB Wong Kah Woh, Timb Menteri serta Tn Hj Azman Adnan KPPM.
..
Kami pasti Sahut dan Sambut setiap cadangan penambahbaikan untuk membangunkan pendidikan negeri Kelantan ke tahap yang lebih tinggi. Harapan YB Menteri ingin melihat pendidikan manusiawi di Kelantan menjuarai (jogho) dalam sistem pendidikan negara akan disahut dengan usaha yang berlipat ganda oleh seluruh warga pendidik di Kelantan.
..
13/08/2024
Bersama² Ybhg Prof Dato' Dr Anwar Ridhuan, Sasterawan Negara yg juga merupakan penulis novel Naratif Ogonshoto, teks wajib Kesusasteraan Melayu Komunikatif Ting 4 dan 5.
..
Saya sempat menyerahkan kpd beliau 1 naskah Ulasan Novel Naratif Ogonshoto yg dihasilkan oleh beberapa orang guru sumber sastera JPN Kelantan. Beliau cukup teruja kerana ini merupakan satu²nya naskah ulasan yg berjaya dihasilkan.
15/07/2024
Jom Set Kito, Pakat Maghi Blako tu deh...
09/01/2024
Alhamdulillah, kami warga Sektor Pembelajaran JPN Kelantan telah dapat mengadakan solat hajat dan majlis doa kesyukuran sempena tahun baharu Masihi 2024 sebagai permulaan aktiviti tahun baharu. Semoga tahun baharu 2024 memberikan kekuatan dan kejayaan yang lebih baik buat warga SPB dan pendidikan negeri Kelantan.