23/05/2021
Sejarah Sekolah
Sekolah ini telah ditubuhkan pada 25 Mei 1947 melalui usaha Arwah Tn. Hj. Ab. Rahman b Din ( Imam Mukim Karang ). Nama awal sekolah ini ialah Sekolah Kebangsaan Karang kerana terletak di Kampong Karang. Bangunan awal sekolah ini bertiang nipah, berdinding buluh dan beratapkan nipah dan berlantaikan tanah.
Tujuan penubuhan sekolah ini adalah untuk memberi pendidikan dan menuntut kemerdekaan daripada pihak British. Sekolah ini adalah dibawah sekolah "Persetiaan Melayu Kelantan". Semasa pembukaannya tenaga pengajar adalah En. Saufi b Idris dan Tn. Hj. Mohd Amin b Yaakub. Setelah kedua-duanya meninggal dunia ia digantikan oleh Tn. Hj. Ab Rahman b Din. Murid-muridnya p**a berjumlah 60 orang.
Pada tahun 1950, nama sekolah ini ditukar kepada Sekolah Kebangsaan Gong Dermin oleh pengasasnya iaitu Tn. Hj. Ab Rahman b Din. Nama ini diambil sempena dengan kedudukan sekolah ini yang terletak di atas sebidang tanah milik Tn. Hj. Ab Rahman b Din. Berhampiaran sekolah ini, terdapat sebuah alur dan di dalam alur ini terdapat pokok Dermin yang hidup subur.
Guru Besar pertama sekolah ini ialah En. Ali b Mohamad dan di bantu oleh dua orang tenaga pengajar iaitu En. Yusoff b Man dan En. Adam b Yusoff. Pengajaran Bahasa Inggeris p**a dilakukan pada waktu petang oleh En. Abu Bakar, En. Othman dan En. Hassan. Pengajaran agama p**a diajar oleh Tn. Hj. Idris dan Tn. Hj. Yusof ( kedua-duanya adalah bekas Kadi Besar Kota Bharu ).
Pada tahun 1960, Tn. Hj. Ab Rahman memindahkan sekolah ini ke tapak baharu iaitu tapak sekolah sekarang. Bangunannya didirikan oleh kerajaan dan pada 1.1.1962 sekolah ini diterima sebagai sebuah sekolah bantuan penuh kerajaan. Jumlah muridnya meningkat kepada 220 orang dan tenaga pengajarnya berjumlah 9 orang.
02/12/2016
1 Hari 1 Hadis:
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS
Tahmid dan Tasbih Memenuhi Bumi dan Langit
عَنْ أَبِي مَالِكٍ الْأَشْعَرِيِّ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الطُّهُورُ شَطْرُ الْإِيمَانِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ تَمْلَأُ الْمِيزَانَ وَسُبْحَانَ اللَّهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ تَمْلَآَنِ أَوْ تَمْلَأُ مَا بَيْنَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَالصَّلَاةُ نُورٌ وَالصَّدَقَةُ بُرْهَانٌ وَالصَّبْرُ ضِيَاءٌ وَالْقُرْآنُ حُجَّةٌ لَكَ أَوْ عَلَيْكَ كُلُّ النَّاسِ يَغْدُو فَبَايِعٌ نَفْسَهُ فَمُعْتِقُهَا أَوْ مُوبِقُهَا
Dari Abu Malik al-Asy'ari dia berkata, "Rasulullah SAW bersabda: "Suci adalah sebahagian iman, Alhamdulillah memenuhi timbangan, Subhanallah dan Alhamdulillah keduanya memenuhi, atau salah satunya memenuhi apa yang ada antara langit dan bumi, solat adalah cahaya, sedekah adalah petunjuk, kesabaran adalah sinar, dan al-Qur'an adalah hujjah untuk amal kebaikanmu dan hujjah atas amal keburukanmu. Setiap manusia adalah berusaha, maka ada orang yang menjual dirinya sehingga dimerdekakannya atau dibinasakannya." (HR Muslim No: 328) Status: Sahih
Pengajaran:
1. Sebagai Muslim, perlu memastikan kebersihan hati dari sifat curang, dengki dan segala penyakit hati serta bersih tubuh badan kerana kebersihan sebahagian dari iman.
2. Kalimah Alhamdulillah dan Subhanallah jika disebut dan beramal dengannya akan mendapat ganjaran pahala sepenuh bumi dan langit.
3. Solat akan menjadi cahaya yang akan menjadi penerang hidup serta cahaya yang akan melepaskannya daripada siksaan neraka.
4. Sedekah sama ada yang wajib (zakat) mahupun yang sunat akan menjadi petunjuk dan keterangan untuknya.
5. Kesabaran adalah sinar yang menjadi penyuluh jalan atau menjadi pemudah mengharungi perjalanan hidup.
6. Al-Qur'an adalah hujjah atau bukti kuat menolong dan memberi syafaat kepada pembacanya pada hari kiamat.
7. Setiap Muslim perlu berusaha memperbaiki dirinya dan menjadi manusia paling taat.
Menuju Negara Rahmah #
Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor
2hb Dis. 2016
2 Rabiul Awal 1438H
Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram .me/hadisharian_ikram