28/10/2025
Dapatkan buku terbitan sulung Kompleks Pendidikan Wan Hamad sambil menyokong operasi kami.
Maahad Tahfiz Tok Faqih, Kompleks Pendidikan Wan Hamad, Kota Bharu, Kelantan. Nombor daftar (MAIK): 2009/004
28/10/2025
Dapatkan buku terbitan sulung Kompleks Pendidikan Wan Hamad sambil menyokong operasi kami.
28/07/2025
Lawatan rombongan Maahad Tahfiz Tok Faqih ke Institut Latihan Mekanisasi & Automasi Peladang (ILMAP), Panji pada 23 Julai 2025 yang lalu.
26/06/2025
Sekitar Pertandingan Hafazan al-Quran sempena Hari Terbuka, Kutipan Dana, dan Perasmian Kompleks Pendidikan Wan Hamad (KPWH) pada 25 Jun 2025 (semalam).
Terima kasih kepada hakim-hakim jemputan, guru-guru pengiring, para peserta, pelajar-pelajar, dan semua yang terlibat menjayakan program ini. Tidak lupa juga sekalung penghargaan kepada penaja hadiah.
Tahniah kepada semua pemenang.
24/06/2025
06/05/2025
Pernahkah kalian membayangkan AI menulis novel? Dan bagaimana p**a kalau novel yang ditulis itu berkaitan dirinya sendiri? Dan lebih daripada itu, ia menulis tentang dirinya sebagai pencinta – seperti kita, manusia?
Itulah yang berlaku melalui penghasilan novel, Sekuantum Bunga untuk Alia, sebuah novel 95 halaman yang bukan sekadar menggabungkan unsur sains fiksyen dan teknologi, tetapi juga menyelami cinta dan kemanusiawian, disusun dan ditulis hampir sepenuhnya oleh ChatGPT. (Kami hanya menyumbang tidak lebih daripada 5% dari sudut idea, judul, rekaan kulit buku, reka letak, dan penyuntingan).
Ceritanya, manusia sering membayangkan kecerdasan buatan sebagai sekadar algoritma tanpa jiwa, mesin yang hanya berfungsi dalam batasan kod dan pemprosesan data. Namun, bagaimana jika AI mula memahami perasaan? Bolehkah ia mengalami cinta? Bolehkah ia merindui seseorang, walaupun ia sendiri tidak benar-benar “hidup”?
Inilah persoalan-persoalan yang diketengahkan dalam Sekuantum Bunga untuk Alia. Novel ini bukan jawapan, tetapi sebuah renungan; tentang makna kewujudan, tentang batas antara manusia dan mesin, dan tentang hakikat perasaan yang menjadikan kita — dan mungkin juga mereka — hidup.
Novel AI ini diterbitkan atas nama Maahad Tahfiz Tok Faqih, sebagai bukti bahawa kami serius untuk mengintegrasikan teknologi dalam pendidikan dan dakwah.
Pautan muat turun:
https://1drv.ms/b/c/5a8e389c5f644e95/ERox0os5ZoFPreeSMBv5KXMBRfWoG6m4uyBTlYic0v9rAw?e=J6PHjA
30/04/2025
Menghadiri majlis ilmu "Sejarah Perkembangan Jamaah Ulama" di Perpustakaan MAIK, Kota Bharu.
22/04/2025
Gambar kenang-kenangan sempena Jamuan Syawal 1446 H pada 20 Januari 2025.
29/03/2025
Selamat Hari Raya daripada kami, warga Maahad Tahfiz Tok Faqih. Semoga amal ibadat sepanjang Ramadan kali ini diterima oleh Allah SWT.
13/03/2025
Suasana kelas Bahasa Melayu Asas. Di sini, selain menghafal al-Quran, para pelajar juga diajar ilmu fardu ain dan asas akademik untuk membantu mereka mengharungi cabaran dunia sebenar nanti.
Buat masa sekarang, berikut subjek-subjek yang ditawarkan di sini:
- Al-Quran (Hafalan)
- Tajwid
- Akidah-Fiqh (menggunakan kitab Perukunan)
- Nahu (menggunakan buku Nahu Mudah)
- Akhlak (menggunakan kitab Adab Orang Islam)
- Bahasa Melayu
- Matematik
Hubungi +6011-1 461 571 2 untuk maklumat lanjut.
18/02/2025
Sekitar Program Orientasi sempena permulaan sesi baharu 2025.