15/05/2026
🌷 Selamat Hari Guru 🌷
Buat semua guru PASTI Al Husna,
terima kasih atas segala ilmu, kasih sayang dan pengorbanan yang dicurahkan buat anak-anak didik.
Semoga setiap penat lelah cikgu menjadi asbab keberkatan hidup dan ganjaran pahala yang berpanjangan di sisi Allah 🤍
"Guru Bitara, Nadi Negara"
Ikhlas daripada: Warga PASTI Al Husna
11/05/2026
🦷✨ Misi Pergigian bersama anak-anak PASTI ✨🪥
Alhamdulillah, hari ini anak-anak menjalani pemeriksaan gigi bersama pasukan pergigian serta belajar cara memberus gigi dengan betul 🥰
Seronok melihat anak-anak begitu teruja dan bersemangat menjaga kebersihan gigi masing-masing 😁
Semoga anak-anak terus membesar dengan sihat, ceria dan sentiasa menjaga kebersihan diri 💚
10/05/2026
Terima kasih ibu ayah yang sudi berkongsi moment di status masing-masing 🌷🥰
Semoga segala kenangan indah bersama anak-anak menjadi memori yang paling bermakna
Selamat Hari Ibu buat semua ibu yang hebat, penyayang dan penuh pengorbanan ❤️
10/05/2026
Selamat Hari Ibu 🌷
Terima kasih ibu kerana sentiasa menjadi insan yang paling penyayang, sabar dan kuat dalam membesarkan kami.
Doa kami semoga semua ibu sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, kebahagiaan dan dilimpahi rahmat Allah selalu 🤍
“Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.” ✨
Ikhlas daripada anak-anak PASTI 💐
03/05/2026
FamilyDay | 02Mei2026 | Sabtu
Part 7 : Random Picture
Simpan sini sebagai kenang Kenangan 🥰
03/05/2026
FamilyDay | 02Mei2026 | Sabtu
Part 6: Lunch 🍽️
Setelah penat bermain kolam & “soopadoopa”, kita nikmati p**a nasi sup yang sangat sedap 😋
Terima kasih buat acik-acik warga muslimat yang bertungkus-lumus memasak untuk kami semua… dari malam hingga pagi, penuh dengan kasih sayang ❤️
Semoga Allah membalas segala kebaikan kalian
03/05/2026
FamilyDay | 02Mei2026 | Sabtu
Part 6: Pakaian Keluarga Tercantik 👕
Tahniah kepada para pemenang! 🎉
Namun hakikatnya, semua keluarga tampil cantik dan bergaya 😍
Terima kasih kepada ibu ayah yang berusaha menyediakan pakaian sedondon
Memang meriah dan menceriakan suasana ❤️
03/05/2026
FamilyDay | 02Mei2026 | Sabtu
Part 5: Permainan yang ditunggu-tunggu oleh anak² semua… yeayyy 🎉
Seronok tengok anak² excited, gelak tawa memenuhi suasana 😄
Inilah moment paling best bila semua dapat bermain dan bergembira bersama!
03/05/2026
FamilyDay | 02Mei2026 | Sabtu
Part 4 ; Cabutan Bertuah
Tahniah yang bertuah dalam program Family Day 🎉
Sebenarnya semua pun bertuah kan 😁
Dapat luangkan masa bersama keluarga, eratkan silaturahim dan cipta kenangan indah bersama ❤️
03/05/2026
FamilyDay | 02Mei2026 | Sabtu
Part 3 : Tahniah semua kepada pemenang dalam pertandingan 🥳
terbaik semua 👍🏻👍🏻