26/04/2026
PROGRAM PPKI FUNVENTURE@KIDZOONA
📅 Tarikh : 22 April 2025(Rabu)
📍 Tempat : AEON Mall, Kota Bharu
Alhamdulillah, Program PPKI Funventure@Kidzoona telah berjaya dijalankan seperti yang dirancang. Terima kasih diucapkan kepada ibu bapa yang turut serta sekaligus melancarkan lagi perjalanan program ini.
Ribuan terima kasih kepada barisan pentadbir, jawatankuasa kerja yang komited menjalankan tugas dan ibu bapa yang sentiasa memberi sokongan dalam setiap program yang dianjurkan oleh PPKI. Semoga murid-murid mendapat manfaat dan diharapkan lebih ramai ibu bapa yang terlibat untuk program akan datang.
13/02/2026
KEJOHANAN MERENTAS DESA MESRA PENDIDIKAN KHAS MSSD KOTA BHARU TAHUN 2026
📆 Tarikh : 12 Februari 2026
📍 Tempat : SMK Melor
Syabas dan tahniah kepada;
BAWAH 12 LELAKI TERBUKA
🥇Johan
Muhammad Aiman Haikal bin Mohd Sabri Faizal
🏅Tempat Ke-4
Muhammad Harif Ashraff bin Zakaria
BAWAH 15 LELAKI TERBUKA
🥈Naib Johan
Muhammad Adam bin Mohd Zaki
Tahniah juga kepada atlet yang telah berjaya mendapat TOP 30 dalam kategori masing-masing.
🎖️Afif Firdaus bin Mohammad
🎖️Muhammad Hafiz Iskandar bin Abdul Aziz
🎖️Ammar Zayyad bin Zakaria
🎖️Muhammad Annas Mikail bin Mohd Nazri
🎖️Nik Firdaus Zakwan bin Nik Fairus
🎖️Nur Wardina Balqis binti Abdul Rahman
Setinggi-tinggi penghargaan kepada barisan pentadbir SK Pauh Lima, barisan jurulatih, guru pengiring, guru-guru, PPM dan ibu bapa yang sentiasa memberi sokongan demi kemenjadian murid-murid PPKI. Terima kasih juga di atas iringan doa buat atlet-atlet yang terlibat.
SEKALI LAGI TAHNIAH PPKI SK PAUH LIMA 👏🏻
29/01/2026
KEJOHANAN MERENTAS DESA PERINGKAT SK PAUH LIMA TAHUN 2026
📆 Tarikh: 27 Januari 2026
📍Tempat: SK Pauh Lima
Syabas dan tahniah diucapkan kepada para pemenang di atas kejayaan yang cemerlang dan membanggakan. Tahniah juga kepada semua murid yang berjaya menamatkan larian.
Sekalung penghargaan kepada barisan pentadbir, guru-guru dan PPM di atas kerjasama dan komitmen yang ditunjukkan sepanjang kejohanan berlangsung.
07/01/2026
Seluruh warga PPKI SK Pauh Lima merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah dan selamat datang kepada En. Muhammad Rahimi bin Maiidin atas pelantikan sebagai Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas yang baharu berkuat kuasa 24 Disember 2025.
15/12/2025
JAMUAN AKHIR TAHUN & SAMBUTAN HARI LAHIR PPKI TAHUN 2025
"Unicorn Magic Celebration"
Tahniah diucapkan kepada barisan jawatankuasa yang terlibat dalam menjayakan majlis yang begitu bermakna buat anak-anak PPKI. Jutaan terima kasih kepada barisan pentadbir dan warga SK Pauh Lima yang hadir meraikan majlis pada hari ini. Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada ibu bapa dan penjaga yang memberikan sumbangan dan sokongan buat KAMI WARGA PPKI SK PAUH LIMA.
Semoga majlis hari ini akan menjadi kenangan yang indah buat anak-anak yang akan melangkah ke sekolah menengah tidak lama lagi.
04/12/2025
SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK PERINGKAT SEKOLAH
Tarikh: 04 Disember 2025 (Khamis)
Tempat: Dewan Ibnu Sina SK Pauh Lima
Tema: Orang Kampung
Sekalung penghargaan kepada jawatankuasa kerja yang terlibat dalam menjayakan Sambutan Hari Kanak-Kanak Peringkat Sekolah. Terima kasih juga kepada ibu bapa yang memberi sokongan dengan mempersiapkan anak-anak mengikut tema yang ditetapkan. Tahniah semua 👏🏻
24/11/2025
Warga PPKI SK Pauh Lima mengucapkan selamat datang dan selamat bertugas kepada Puan Safwati binti Mohd Zahid.
Sayang kumbang mencari makan,
Terbang seiring ditepi kali,
Selamat datang kami ucapkan,
Moga diiringi restu Illahi.
22/11/2025
Selamat maju jaya kepada En. Khairul Anuar bin Dollah, Pembantu Pengurusan Murid yang berpindah ke SMK Melor. Terima kasih di atas segala jasa bakti yang dicurahkan sepanjang berkhidmat bersama PPKI SK Pauh Lima. Semoga lebih cemerlang di tempat baharu.
21/11/2025
SPECIAL TALENT IDENTIFICATION DEVELOPMENT PROGRAMME PERINGKAT NEGERI KELANTAN TAHUN 2025
📆 Tarikh : 17 & 18 November 2025
📍Tempat : Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Kelantan, Pasir Mas
Tahniah dan syabas diucapkan kepada 4 orang murid dan seorang guru yang terlibat dalam program yang julung kali diadakan.
🏅Pencapaian : Tempat ke-7 kategori murid
Muhammad Adam bin Mohd Zaki
Afif Firdaus bin Mohamad
Nur Wardina Balqis binti Abdul Rahman
Nur Zara Damia binti Abdul Rahman
🥈Naib Johan Kategori Guru
Cikgu Mohd Ariff bin Ismail
Sekalung penghargaan kepada barisan pentadbir, guru pengiring, guru-guru, PPM dan ibu bapa yang sentiasa memberi sokongan dalam aktiviti yang dianjurkan. Semoga murid-murid PPKI SK Pauh Lima akan lebih cemerlang pada masa akan datang.
16/11/2025
MAJLIS LAMBAIAN KASIH, BUDI DIKENANG, BAKTI DIJULANG
Sempena Perpisahan dan Kenaikan Pangkat
Encik Khairul Izzuarddi bin Ramli
Penolong PPD Unit Pendidikan Khas, PPD Kota Bharu
Dengan sukacitanya, warga PPKI SK Pauh Lima merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada mantan Penolong Kanan Pendidikan Khas, Encik Khairul Izzuarddi bin Ramli di atas pelantikan beliau sebagai Penolong PPD Unit Pendidikan Khas, PPD Kota Bharu. Semoga tuan lebih cemerlang menjalankan tugas baharu.
Padi menguning di bendang sawah,
Di petik orang di hujung jari,
Meskipun jauh membawa arah,
Kenangan indah tetap dihati.