28/04/2021
UPSR dimansuhkan sepenuhnya mulai 2021. Apa reaksi ibubapa dan guru?
1. Gempar hari ini bila Menteri Kanan Pendidikan mengumumkan UPSR dimansuhkan sepenuhnya. Bukan untuk tahun ini sahaja, bahkan selama masa.
2. Pengumuman ini memberi reaksi berbeza-beza dikalangan ibubapa dan guru. Ada yang menyokong, ada p**a yang membantah.
3. Berdasarkan poll atau undian yang dibuat di Telegram t.me/MohdFadliSalleh, 65% tidak bersetuju dengan pengumuman ini manakala 35% p**a bersetuju. Seramai 4797 responden membuat undian saat artikel ini ditulis.
4. Saya merupakan salah seorang yang tidak bersetuju dengan pemansuhan UPSR ini kerana beberapa sebab berdasarkan pandangan peribadi berikut :
a) Perlu ada satu peperiksaan setara untuk menilai secara umum kemampuan murid seluruh negara. Perbandingan result antara negeri, daerah, kawasan dapat menunjukkan data jelas kawasan mana perlu lebih tumpuan dan kenapa peratusan murid di sana merudum. Ada data jelas, mudah ambil tindakan.
b) Pentaksiran Berasas Sekolah (PBD) lebih sesuai dilaksanakan untuk Tahun 1-5. Untuk tahun 6 lebih baik ada penilaian setara seluruh negara.
c) Dikhuatiri, murid dan guru tiada fokus dan target bila peperiksaan tidak lagi dilaksanakan. UPSR memberi satu fokus dan target jelas dan mereka akan berusaha ke arah itu.
d) Ramai murid 'pulun' belajar semasa di tahun 6. Mereka lebih fokus, mereka lebih bersungguh-sungguh kerana perlu hadapi peperiksaan paling besar dalam hidup mereka di sekolah rendah.
e) Guru-guru Tahun 6 juga 'all out' untuk memastikan murid-murid mereka berjaya. Kelas intensif, kelas tambahan, kelas malam, kelas online, segala macam usaha mereka laksanakan. Bahkan ada sekolah mulakan kelas tambahan setiap hari untuk Tahun 6 seawal bulan Februari lagi bagi memastikan murid-murid berjaya mengharungi UPSR dengan baik.
f) Sejarah yang lalu banyak membuktikan kesungguhan murid dan guru untuk menghadapi UPSR ini membuatkan murid yang awalnya gagal dan tak pernah lulus, namun dalam peperiksaan sebenar mereka berjaya mendapat A dan B. Padahal sebelum ini E dan F. Berkesan sungguh usaha sejak awal tahun.
g) Tanpa UPSR, kemungkinan kelas-kelas intensif dan tambahan tidak lagi segalak sebelum ini. Yang ada mungkin sekadar untuk melepaskan murid bagi mereka menguasai tahap penguasaan minima PBD sahaja.
h) Efek dari sini akan membawa ke sekolah menengah. Dikhuatiri tahap pengetahuan dan kemahiran murid Tingkatan 1 cuma pada aras pengetahuan dan kemahiran murid Tahun 4 dan 5 sahaja. Ia pasti membebankan guru-guru sekolah menengah jika ini berlaku.
i) Silibus (Matematik khususnya) kita sangat tinggi dan padat sejak sekolah rendah lagi. Ramai murid masih tidak dapat kuasai sepenuhnya silibus sekolah dan bila mereka melangkah ke sekolah menengah pasti akan ada kejutan silibus memandangkan banyak topik baru diperkenalkan.
j) Contohnya murid Form 1 mula diperkenalkan dengan Bab FSTB, GSTK, kuasa dua, punca kuasa, linear algebra, theorem pythoagoras. Jika asas pecahan, peratus, penyelesaian masalah pun mereka tidak kuasai, memang memberi impak untuk mereka faham silibus sekolah menengah.
k) Persediaan menghadapi UPSR sebenarnya persediaan besar murid melangkah ke sekolah menengah. Jika persediaan ini diambil mudah, dikhuatiri memberi impak bila mereka melangkah ke sekolah menengah.
5. Ada yang mengatakan kita perlu keluar dari terikat dengan exam oriented. Exam itu untuk menilai tahap penguasaan murid. Maka exam sentiasa relevan.
6. Ada yang mengatakan murid-murid perlu berseronok dan belajar asas sahaja di sekolah rendah. Banyakkan ilmi tentang penjagaan diri, muzik, berani ke depan, memupuk jati diri, sahsiah dan seumpamanya. Saya setuju. Namun adakah silibus kita selari dengan hasrat itu? Tidak. Silibus tetap padat dan tinggi, perlu dihabiskan untuk mereka melangkah ke alam seterusnya. Perlu mengejar silibus yang padat dan tinggi juga walau tanpa UPSR.
7. Jadi rendahkan silibus, kata mereka. Soalnya silibus yang dibina selama ini adalah selaras dengan kehendak dan kemajuan dunia semasa mengikut kata pakar. Agak mustahil nak undur silibus menjadi lebih ringan dan mudah kerana ia melibatkan sangat banyak kos, kajian dan penelitian.
8. Banyak lagi point nak sebut sebenarnya. Namun cukuplah dulu setakat itu. Panjang berjela dah ni. Entah ada yang baca entah tidak. 😅
9. Jadi pada pendapat saya, UPSR sentiasa relevan dilaksanakan sebagai garis penanda yang setara diseluruh negara tentang kemampuan dan penguasaan anak-anak kita di sekolah rendah. Ia juga sebagai persiapan mereka untuk ke sekolah menengah.
10. Namun, kerajaan telah memulakan langkah. Kita akur dan ikut saja. Dan saya sangat berharap agar silibus sedia ada ini dikaji semula kerana bila UPSR dimansuhkan, hilang satu target utama para guru dan murid seliruh negara. Pastinya semangat guru dan murid tahun 6 tidak lagi seperti dulu kala.
11. Mungkin juga titik tolak perubahan ini memberi manfaat dan impak positif untuk dunia pendidikan masa akan datang, siapa tahu ye tak?
12. Setiap orang berbeza pendapat. Masing-masing betul mengikut sudut pandangan masing-masing. Tak perlu berdebat soal ini, cuma suarakan pandangan dengan berhemah dan matang. Gituh.
Apa p**a kata kalian? Kongsilah di ruangan komen.
C&P