UBK Teratak Kasih Kaunseling SKSI2

UBK Teratak Kasih Kaunseling SKSI2 Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from UBK Teratak Kasih Kaunseling SKSI2, Education, SEKOLAH KEBANGSAAN SULTAN ISMAIL 2, Kota Bharu.

Semoga anak-anak kita dijauhkan dengan budaya ini.
06/08/2025

Semoga anak-anak kita dijauhkan dengan budaya ini.


“Di rumah, pijak semut pun tak mati.”
Anak kita nampak lembut, sopan… tapi cikgu kata dia pembuli?

S**ar diterima, tapi hakikatnya buli bukan hanya tumbuk dan sepak. Ia boleh berlaku dalam bentuk arahan kasar, ejekan halus, atau sindiran berulang.

Kadang-kadang, yang nampak ‘baik’ di rumah… sebenarnya melepaskan kuasa di luar, terutamanya jika dia:
• Panas baran bila ditegur
• S**a mengarah dan kawal rakan sebaya
• Label orang dengan gelaran mengejek

Kajian psikologi oleh Olweus (Norway) menunjukkan bahawa pembuli selalunya datang dari rumah yang kurang empati atau terlalu keras, atau mereka sendiri pernah jadi mangsa.
Buli ini bukan perangai, tapi corak tingkah laku yang dipelajari dan ia bergerak dalam satu kitaran.

Jika tidak dihentikan, anak yang membuli hari ini, akan membesar menjadi pasangan yang mengawal, ketua yang menindas, atau ibu bapa yang mewariskan gaya yang sama.

Apa Tindakan Ibu Bapa?

✅ Tengok semula cara kita bergurau atau marah anak di rumah
✅ Dengarkan laporan cikgu atau rakan tanpa cepat menafikan
✅ Jangan halalkan ejekan sebagai ‘gurauan’
✅ Bantu anak kenal emosi dan kesannya pada orang lain

Buli adalah kitaran. Dan rumah adalah tempat pertama ia bermula atau dihentikan.

PERMOHONAN KEMASUKAN KE SEKOLAH KHUSUS DAN MRSM TAHUN 2026..
03/08/2025

PERMOHONAN KEMASUKAN KE SEKOLAH KHUSUS DAN MRSM TAHUN 2026..

INFO KPM: Permohonan Kemasukan ke Sekolah Khusus dan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tahun 2026 kini dibuka bagi murid Tingkatan 1, Tingkatan 4 dan Tahun 1 Sijil Vokasional Malaysia (SVM).

Permohonan boleh dibuat mulai 1 Ogos hingga 7 September 2025 melalui pautan berikut:

1. Murid dari sekolah Kementerian Pendidikan (KPM):
Tingkatan 1: https://spskt1.moe.gov.my
Tingkatan 4: https://spskt4.moe.gov.my

2. Murid dari sekolah swasta yang tidak berdaftar dengan KPM: https://mrsm.mara.gov.my/mymrsm

Tarikh Penting:
📌 Semakan pusat PKSK: 12 September – 17 Oktober 2025
📌 PKSK Tingkatan 4: 22 September – 3 Oktober 2025
📌 PKSK Tingkatan 1: 6 – 17 Oktober 2025




27-7-2025 (Ahad) - PROGRAM MENTOR MENTEE BIL 4/2025Terima kasih GB dan barisan Penolong Kanan. Tahniah kepada semua guru...
27/07/2025

27-7-2025 (Ahad) - PROGRAM MENTOR MENTEE BIL 4/2025
Terima kasih GB dan barisan Penolong Kanan. Tahniah kepada semua guru dan murid yang terlibat dalam menjayakan Mentor-Mentee kali ini.
Tahniah kepada murid aktif dalam setiap kelas.
Semoga info dan maklumat yang dibincangkan bersama dalam program ini dapat membantu pengurusan diri murid.




20 Julai 2025 - Majlis Pelancaran Minggu Anti Dadah, Rokok dan V**e. Unit PPDa berkolaborasi dengan Unit Bimbingan dan K...
22/07/2025

20 Julai 2025 - Majlis Pelancaran Minggu Anti Dadah, Rokok dan V**e. Unit PPDa berkolaborasi dengan Unit Bimbingan dan Kaunseling bagi menjayakan program ini. Pelbagai aktiviti dijalankan antaranya sebarluas video Anti Dadah, Padlet Kami Benci Dadah dan Satu Cap Satu Janji.

Terima kasih Guru Besar, PK2, guru-guru dan anak-anak SKSI2 yang memberikan komitmen bagi menjayakan program ini. Tahniah semua..




20/07/2025

Address

SEKOLAH KEBANGSAAN SULTAN ISMAIL 2
Kota Bharu
15200

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when UBK Teratak Kasih Kaunseling SKSI2 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category