16/02/2023
Peluang utk pelajar Dip in Nursing pun ada...asal nak jer.
but bekerja di luar negara is definite for all nursing graduates...yang penting your effort and aims!!!
DUA PELAJAR KPTM KOTA BHARU BERJAYA LANJUT PENGAJIAN KE AUSTRALIA
Tahniah & syabas diucapkan kepada Nur Elieyana Syafiqah binti Mohd Effendy kerana berjaya melanjutkan pelajaran dalam program Bachelor Of Arts International Relations di University Of Queensland, Australia.
Tahniah & syabas juga kepada Wan Nur Alisya binti Wan Mohd Zamzurry yang berjaya melanjutkan pelajaran dalam program Bachelor Of Tourism, Hospitality And Event Management di University Of Queensland, Australia.
Kedua-dua pelajar cemerlang ini merupakan graduan dari Program Diploma Pelancongan KPTM Kota Bharu.
Kepada pelajar-pelajar hebat yang menduduki SPM 2022 serta STPM 2022, jangan lupa melihat dan mempertimbangkan program-program yang ditawarkan di Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) di seluruh negara khususnya KPTM Kota Bharu.
Selain KPTM di bawah Institusi Pendidikan MARA, terdapat juga Universiti Poly-Tech Malaysia (UPTM), Kolej Profesional MARA (KPM) dan Kolej MARA (KM) yang menawarkan pengajian dalam bidang pengurusan, perniagaan dan profesional.
Sumber: FB Pengarah KPTM Kota Bharu