13/04/2026
Alhamdulillah, hari ini Taska Ena menerima lawatan pemeriksaan berkala daripada Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Pihak kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pegawai JKM, Puan Rismauly diatas kesudian hadir, memberikan panduan, teguran serta nasihat yang sangat berguna dalam memastikan pengurusan Taska E Na sentiasa berada pada tahap terbaik.
Segala teguran dan penambahbaikan yang disarankan telah kami ambil maklum dan akan dilaksanakan dari semasa ke semasa demi memastikan keselamatan, kebajikan dan keselesaan anak-anak di taska sentiasa terjamin.
Terima kasih atas sokongan dan kerjasama yang diberikan. Kami komited untuk terus memberikan perkhidmatan yang terbaik buat ibu bapa dan anak-anak. ๐ค