04/08/2022
*HEBAHAN - Penganjuran program Fabulous Fun Cat Show Kelantan 2022 ππ*
Fakulti Hospitaliti, Pelancongan dan Kesejahteraan dengan kerjasama UMKBV dan Pusak Pethouse akan mengadakan Program Fabulous Fun Cat Show Kelantan 2022 bertempat di Dewan Keusahawanan, UMK Pengkalan Chepa, Kelantan.
Pelbagai aktiviti menarik seperti;
π Pertandingan kucing pelbagai kategori & Anugerah istimewa;
1. Best in Show
2. Best in Category
3. Best Grooming
4. Best in Fashion Show
πΆ Pertandingan mewarna untuk kanak-kanak bawah 12 tahun
π€ Pet Talk bersama Doktor Veterinar πββ¬
π Pameran dan booth jualan
π Cabutan bertuah - hadiah-hadiah tersangat istimewa menanti anda! π
Cabutan bertuah;
βοΈ Hadiah MisteriβοΈ
βοΈ Gelang Emas 916
βοΈ Loket Emas 916
βοΈ Gold Bar 999
βοΈ Perkakas Elektrik
βοΈ Barangan kucing
Masa : 9 pagi - 6 petang
Masuk adalah percuma
*PAKAT MAGHI BLAKO TUH!*
Pelbagai hadiah menarik menanti anda. Jangan lepaskan peluang ini πππ
29/07/2022
Fakulti Hospitaliti, Pelancongan dan Kesejahteraan (FHPK), Universiti Malaysia Kelantan, rakan kerjasama Taiwan Expo 2022 dengan bangganya membawakan anda βTaiwanese Halal Food & Plant-Based Meat Cooking Contestβ. Pertandingan memasak ini menunjukkan bagaimana makanan halal boleh digabungkan dengan ramuan yang berasal dari Taiwan. FHPK akan menghantar 10 mahasiswa untuk menyertai pertandingan ini.
Mari datang beramai-ramai untuk menyaksikan dan memberi sokongan kepada mahasiswa dari FHPK serta memeriahkan lagi Taiwan Expo 2022.
Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa), Prof. Dr. Nik Maheran Binti Nik Muhammad akan turut hadir bagi memberi sokongan kepada 10 mahasiswa FHPK yang bakal berentap untuk merebut gelaran juara.
Kita Bersama
28/07/2022
ANDA BERMINAT UNTUK MEMBINA KERJAYA DI DALAM BIDANG KESEJAHTERAAN (PENJAGAAN WARGA EMAS)?
TERHAD KEPADA 20 PESERTA SAHAJA!
JOM DAFTAR SEKARANG | PERCUMAβΌοΈ
KURSUS "CERTIFICATE OF COMPLETION IN ELDERCARE TRAINING"
Pelaksanaan Program:
π 5 September β 20 September 2022
π 12 HARI
π» AGE CARE SDN. BHD. KUALA LUMPUR
Terbuka kepada:
π Graduan yang masih tidak memiliki pekerjaan
Kelebihan:
π Yuran percuma
π Meningkatkan kemahiran insaniah
π Gaji yang ditawarkan RM1800-RM2500
π Jaminan pekerjaan selepas tamat program
π Makanan dan penginapan disediakan sepanjang latihan
βπ» Daftar segera: https://great.mohe.gov.my/
27/07/2022
Future Collaboration with FHP-PSU and FHPK - UMK
26/07/2022
Assalamualaikum Wbrt & Salam Sejahtera.
YBhg. Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan,
JEMPUTAN MENYERTAI PERTANDINGAN MENCIPTA TEMA DAN SAJAK INTEGRITI SEMPENA HARI INTEGRITI NASIONAL 2022
Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Unit Integriti, Pejabat Naib Canselor akan menganjurkan Pertandingan Mencipta Tema dan Sajak Integriti Sempena Hari Integriti Nasional 2022. Objektif pertandingan ini dianjurkan ialah bagi memberi peluang kepada warga UMK, agensi luar, Institusi Pengajian Tinggi sekitar Negeri Kelantan termasuk orang ramai untuk melahirkan idea yang kreatif dalam mencipta tema dan sajak bertemakan integriti.
3. Sehubungan dengan itu, bersama-sama ini dilampirkan sesalinan surat jemputan dan poster hebahan untuk rujukan YBhg. Prof./Prof. Madya/Dr./tuan/puan. Untuk makluman juga, surat rasmi telah dihantar pada 25 Julai 2022. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, YBhg. Prof./Prof. Madya/Dr./tuan/puan boleh menghubungi Puan Mar'eiyah binti Muhammad di talian 09-779 7750 / 017-3282623 atau menerusi e-mel [email protected].
Kerjasama dan perhatian yang diberikan oleh YBhg. Prof./Prof. Madya/Dr./tuan/puan berhubung perkara ini amatlah dihargai dan kami dahulukan dengan ucapan terima kasih.
Sekian.
20/07/2022
Terima Kasih & Sekalung Penghargaan diucapkan kepada Puan Mazula Binti Sabudin atas segala jasa & khidmat Bakti sebagai Pendaftar, Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
18/07/2022
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
*UMK Graduate Employability Accelerator Training (GREAT) Programme* merupakan konsep Pensijilan Profesional bagi *Sijil Pentauliahan Eksekutif Halal dan Program Berasaskan Kemahiran untuk Sijil Asas Pengendalian Makanan*.
Terbuka kepada pelajar FHPK.
Jangan lepaskan peluang ,ayuh sama-sama sertai kami!
14/07/2022
Selamat menduduki peperiksaan akhir kepada semua pelajar FHPK
14/07/2022
Selamat Menduduki Peperiksaan Akhir kepada semua pelajar FHPK πͺπ»