20/08/2026
💢MEMORI II : LAWATAN KE MASJID AR RAHMAN PULAU GAJAH
Usai solat Dhuha di Masjid Ar Rahman Pulau Gajah, nampak anak-anak PASTI sedikit keletihan.
Kami terus buat persiapan untuk makan pagi. Disajikan dengan bihun goreng (ada parent sponsor), buah pisang & pelbagai kuih muih (ada sebahagian disponsor). Alhamdulillah..semua makan dengan berselera sekali.
Sebelum pulang, kami singgah di Laman Pendaratan Jepun. Lorong jalan adalah sebelum traffic light masuk ke airport. Laluannya agak masuk ke dalam Kampung, namun disudut terpencil terdapat satu tugu peringatan berkaitan tahun pendaratan tentera Jepun di pantai Sabak.
Alhamdulillah..semua seronok sekali beraktiviti hari ini. InsyaAllah ada rezeki kita bawa jalan-jalan lagi.. 🥰🥰