06/04/2026
SIDANG PENILAIAN RANCANGAN PENGAJARAN INDIVIDU (RPI) MURID PPKI SK KUBANG KERIAN 3 TAHUN 2026.
TARIKH: 5 & 6 APRIL 2026(AHAD & SELASA).
MASA: 8.15 PAGI - 12.15 TENGAHARI
TEMPAT: BILIK MKM SKKK3
SASARAN: KELAS GAMA, ZETA & EPSILON.
Terima kasih Puan Norlaila, PKP selaku Pengerusi Sidang Penilaian RPI Tahun 2026.
Terima kasih atas kerjasama ibubapa atas kehadiran dan kerjasama yang sangat baik bagi mencapai matlamat yang disasarkan kepada anak masing-masing.
07/02/2026
KEM KEPIMPINAN PEMIMPIN MUDA 2026.
TARIKH: 7 FEBRUARI 2026(SABTU)
MASA: 8 pagi - 4.30 ptg
TEMPAT: DEWAN EUREKA SQUARE
ANJURAN: UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING DAN MAJLIS KEPIMPINAN MURID (MKM) SKKK3.
Syabas & Tahniah adik Aqel Ayyash, Nur Qashrin dan Siti Solehah atas penglibatan dalam Kursus Kepimpinan Pemimpin Muda peringkat sekolah SK Kubang Kerian 3.
04/02/2026
PERJUMPAAN AKTIVITI KOKURIKULUM SESI AKADEMIK 2026.
TARIKH: 4/02/2026(RABU).
MASA: 12.30 thari - 1.45 ptg
UNIT BERUNIFORM : UNIFORM PENGAKAP.
PENGLIBATAN: Semua murid PPKI Tahun 4,5 dan 6.
AKTIVITI:
1) Menerangkan peraturan pemakaian murid
2) Lantikan AJK baru sesi 2026
3) Berkumpul mengikut Sekawan Pengakap
4) Tepuk Tepuk Pengakap
02/02/2026
TRANSISI TAHUN 1 PPKI SKKK3 BERKOLABORASI BERSAMA PERSATUAN AUTISME KELANTAN (KACC) TAHUN 2026.
TARIKH: 12-16 JAN 2026
MASA: 7.45 PAGI- 12.15 TGHR
TEMPAT: KELAS DELTA
02/02/2026
PENUTUP MINGGU TRANSISI TAHUN 1 PPKI SKKK3 BERSAMA PERSATUAN AUTISME KELANTAN (KACC) TAHUN 2026.
TARIKH: 12-16 JAN 2026
MASA: 7.45 PAGI - 12.15 TGHR
TEMPAT: PPKI SKKK3
Seluruh warga SKKK3 khususnya PPKI SKKK3 mengucapkan ribuanterima kasih kepada seluruh team KACC terutama En. Shaffry dan En. Faiz kerana sudi turun padang berkolaborasi sepanjang minggu transisi murid Tahun 1 PPKI SKKK3.
Semoga ilmu yang dikongsi bersama KACC sepanjang minggu transisi ini dapat digunakan dalam mendidik anak-anak PPKI seterusnya membentuk kemenjadian MBPK.
Terima kasih Guru Besar, PKPK dan barisan pentadbir atas sokongan n kepercayaan yang diberikan.
02/02/2026
MAJLIS SALAM BERSAMBUT UKHWAH BERTAUT.
TARIKH: 15 JAN 2026 (KHAMIS)
MASA: 12.45 TGHR
TEMPAT: SK PAUH 5
Seluruh warga SKKK3 khususnya PPKI SKKK3 mengucapkan tahniah kepada Cikgu Rahimi yang telah dilantik sebagai Penolong Kanan Pendidikan Khas (PKPK) di SK Pauh 5.
Semoga terus maju jaya dalam menjalankan amanah sebagai PKPK demi kecemerlangan dan kemenjadian MBPK.
Tahniah diucapkan.
02/02/2026
KEJOHANAN MERENTAS DESA PERINGKAT SEKOLAH SKKK3 TAHUN 2026.
TARIKH: 19-22 JAN 2026
TEMPAT: PADANG CITRA WIRA SKKK3
TAHNIAH & SYABAS diucapkan kepada anak-anak PPKI yang telah berjaya merangkul pingat dan yang berjaya menamatkan larian dalam kejohanan merentas desa peringkat sekolah 2026.
02/02/2026
MESYUARAT PENGURUSAN PROGRAM PENDIDIKAN KHAS SKKK3 BIL. 1/2026.
Tarikh: 25.1.2026
Hari: Ahad
Masa: 12.45 tghari
Tempat: Kelas Zeta
02/02/2026
PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF (PPI) PPKI SKKK3 TAHUN 2026.
Bermula 1.2.2026, seramai 6 orang murid PPKI SKKK3 akan mengikuti Program Inklusif Separa mengikut subjek tertentu.
Senarai murid adalah seperti berikut:
1. Al Fateh – Bahasa Inggeris (4 Aba)
2. Adam – Bahasa Inggeris, Matematik & Bahasa Melayu (3 Biruni)
3. Aqiel – Matematik (4 AJ)
4. Amin – Matematik (4 Abi)
5. A***n – Matematik (4 Ar)
6. Zill – Matematik (5 Ar)
Tahniah kepada Cikgu Nurul Shaheeda selaku Penyelaras PPI, semua guru PPKI selaku guru pendamping dan guru-guru aliran perdana yang terlibat secara langsung dan tidak langsung.
17/11/2025
LAWATAN DAN AMALI PEMBELAJARAN PPKI SK KUBANG KERIAN 3 KE KUALA TERENGGANU TAHUN 2025
TARIKH: 13 November 2025 (Khamis)
MASA: 7.45 PAGI
TEMPAT: KUALA TERENGGANU
Alhamdulillah,Program Lawatan dan Amali Pembelajaran ke Negeri Terengganu telah berjalan dengan lancar.
Terima kasih buat Pn Hamidah, Guru Besar SKKK3 dan En.Muhammad Ammar, PKPK SKKK3 dan barisan pentadbir diatas sokongan dalam menjayakan lawatan ini.
Terima kasih kepada guru-guru pengiring dan seluruh warga PPKI atas kerjasama dan komitmennyang diberikan.
Tahniah kepada Cikgu Syuhada selaku penyelaras program lawatan.