14/05/2026
Tahniah & Selamat Maju Jaya buat graduan Konvokesyen-104 iCEPS UiTM Kampus Kota Bharu pagi ini๐ฅณ
Jom bekerja sambil belajar di ICEPS UiTM Kampus Kota Bharu๐
14/05/2026
Tahniah & Selamat Maju Jaya buat graduan Konvokesyen-104 iCEPS UiTM Kampus Kota Bharu pagi ini๐ฅณ
04/05/2026
TAKLIMAT PELAJAR BAHARU 20262
Kota Bharu, 3 April โ Satu sesi jemputan taklimat khas bagi pelajar baharu iCEPS 20262 telah disampaikan oleh koordinator iCEPS, Dr. Nor Zuriati Amani Ab Rani pada Jumaat, 3 April 2026 dan berlangsung pada jam 3.00 petang.
Sesi taklimat ini bertujuan memberi penerangan awal kepada pelajar baharu mengenai perjalanan pengajian, kemudahan yang disediakan serta maklumat penting berkaitan program iCEPS.
Semua pelajar baharu telah dijemput hadir bagi memastikan mereka mendapat maklumat yang lengkap dan dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran pembelajaran dengan lebih baik.
04/05/2026
Kolaborasi iCEPS UiTM Kampus Kota Bharu dan KEMAS Anjur Program โBotani Pintarโ
KOTA BHARU, 5 Januari 2026 โ Pelajar Institut Pendidikan Berterusan & Pengajian Profesional (iCEPS), Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Kelantan, Kampus Kota Bharu telah menganjurkan satu program komuniti iaitu dengan kerjasama pihak KEMAS.
Program ini merupakan inisiatif pelajar iCEPS bagi bertujuan menyemai kesedaran serta minat terhadap bidang asas botani dan pertanian bandar secara pintar dalam kalangan pelajar prasekolah KEMAS. Usaha ini dilihat sebagai langkah awal dalam mendidik generasi muda mengenai kepentingan alam sekitar dan pertanian moden.
Program telah berlangsung pada jam 9.00 pagi hingga 11.00 pagi bertempat di Tabika KEMAS Amanah, Kampung Kayu Rendang Melor, Kelantan dengan penyertaan seramai 15 orang peserta.
Penganjuran program ini diharap dapat memberi pendedahan awal kepada kanak-kanak mengenai dunia botani secara interaktif di samping mengukuhkan hubungan kerjasama antara institusi pendidikan dan komuniti setempat.
Pihak penganjur turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat atas sokongan dan kerjasama dalam menjayakan program ini.
04/05/2026
LAWATAN AUDIT PEMATUHAN BA111
KOTA BHARU, 12 & 13 Januari 2026 โ Mesyuarat Penutup Lawatan Audit Pematuhan bagi program Diploma Pengajian Perniagaan (BA111) telah berjaya dilaksanakan pada 12 dan 13 Januari 2026 melibatkan pihak pengurusan dan wakil program di iCEPS, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Kelantan, Kampus Kota Bharu.
Mesyuarat ini diadakan sebagai sebahagian daripada proses audit pematuhan bagi memastikan program yang ditawarkan memenuhi standard kualiti yang ditetapkan oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA). Sepanjang sesi tersebut, pihak auditor telah menilai pelbagai aspek termasuk pengurusan akademik, kurikulum, penyampaian pengajaran serta sokongan kepada pelajar.
Majlis penutup yang berlangsung secara dalam talian turut menyaksikan pembentangan dapatan audit oleh panel penilai, diikuti dengan sesi maklum balas dan cadangan penambahbaikan. Pihak iCEPS UiTM Kelantan menyambut baik segala saranan yang diberikan sebagai langkah memperkukuhkan kualiti program serta memastikan pematuhan berterusan terhadap piawaian yang ditetapkan.
Diharapkan hasil daripada audit ini dapat meningkatkan lagi mutu penyampaian pendidikan serta memperkukuh reputasi iCEPS UiTM sebagai penyedia pendidikan fleksibel yang berkualiti dan berdaya saing.
04/05/2026
MESYUARAT VALIDASI PEPERIKSAAN iCEPS 20254
Machang, 1 Mac 2026 โ Mesyuarat Validasi Peperiksaan iCEPS bagi sesi 20254 telah diadakan bertempat di Bilik Mesyuarat Perdana, Blok D, UiTM Machang bermula jam 9.00 pagi.
Mesyuarat tersebut telah menghimpunkan semua warga pendidik iCEPS 20254 bagi membincangkan dan mengesahkan keputusan peperiksaan sebelum ia dimuktamadkan.
Antara agenda utama yang dibentangkan ialah keputusan peperiksaan pelajar, dapatan audit serta perkara-perkara lain yang berkaitan.
Tujuan mesyuarat ini diadakan adalah bagi memastikan ketelusan, ketepatan dan kesahan keputusan peperiksaan selaras dengan standard akademik yang ditetapkan oleh pihak universiti.
Mesyuarat berlangsung dengan lancar dan dijangka dapat memperkukuhkan lagi kualiti pengurusan akademik iCEPS.
Ribuan terima kasih kepada semua yang hadir dan telah menjayakan mesyuarat pada kali ini.
14/04/2026
HARI PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU iCEPS UiTM KAMPUS KOTA BHARU 20262
10 & 11 April 2026 โ Telah berlangsung dengan jayanya Hari Pendaftaran Pelajar iCEPS UiTM Kampus Kota Bharu, Kelantan. Program ini menyaksikan kehadiran pelajar-pelajar baharu yang akan memulakan perjalanan akademik mereka.
Sepanjang dua hari pendaftaran, suasana kampus dipenuhi dengan keterujaan para pelajar yang hadir. Pihak pengurusan kampus turut menyediakan pelbagai kemudahan bagi memastikan proses Pendaftaran dan pembelajaran berjalan lancar dan teratur.
Selain urusan pendaftaran, pelajar juga telah diberi pendedahan awal mengenai persekitaran kampus, kemudahan pembelajaran serta taklimat berkaitan program pengajian yang bakal diikuti. Inisiatif ini bertujuan membantu pelajar menyesuaikan diri dengan kehidupan kampus dengan lebih mudah.
Pihak iCEPS UiTM Kampus Kota Bharu merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program ini.
Tahniah dan selamat datang diucapkan kepada semua pelajar baharu. Semoga perjalanan akademik anda di iCEPS dipenuhi dengan kejayaan dan kecemerlangan.
11/03/2026
๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐ข๐๐๐๐! ๐
PERMOHONAN PROGRAM SEPARUH MASA DIPLOMA & SARJANA MUDA AMBILAN MAC 2026 ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐!
๐
๐๐๐ซ๐ข๐ค๐ก ๐๐ค๐ก๐ข๐ซ ๐ฉ๐๐ซ๐ฆ๐จ๐ก๐จ๐ง๐๐ง: ๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐
Maklumat Permohonan:
โ
Mohon secara dalam talian:
https://iis-iceps.uitm.edu.my/register
๐ Imbas kod QR pada poster untuk maklumat lanjut berkaitan syarat kemasukan dan yuran pengajian
๐ณ Bayaran proses permohonan: RM15 (tidak dikembalikan)
๐ Pastikan semua maklumat diisi dengan lengkap dan tepat
Sebarang pertanyaan, hubungi kami
โจ Jangan lepaskan peluang untuk melanjutkan pengajian secara fleksibel bersama iCEPS!
30/12/2025
Booth Promosi iCEPS UiTM Kampus Kota Bharu
(15 & 16 Disember 2025 | AEON Mall Kota Bharu)
Booth Promosi iCEPS UiTM Kampus Kota Bharu telah berjaya dianjurkan pada 15 dan 16 Disember 2025 bertempat di AEON Mall Kota Bharu dengan sambutan yang amat memberangsangkan daripada orang awam. Program ini bertujuan untuk mempromosikan program pengajian yang ditawarkan oleh iCEPS serta meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap peluang melanjutkan pengajian di UiTM. Sepanjang program berlangsung, pengunjung diberikan penerangan terperinci berkaitan program akademik, syarat kemasukan serta laluan kerjaya yang ditawarkan. Selain itu, sesi perundingan secara langsung turut diadakan bagi memberi peluang kepada pengunjung mendapatkan maklumat secara lebih dekat dan interaktif. Suasana program yang meriah dengan kehadiran pengunjung daripada pelbagai lapisan umur telah mencerminkan keberkesanan pendekatan promosi yang dilaksanakan. Secara keseluruhan, penganjuran booth ini berjaya meningkatkan keterlihatan iCEPS UiTM di peringkat komuniti serta memperkukuhkan hubungan institusi dengan masyarakat setempat.
17/12/2025
[HEBAHAN]
๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐
๐๐๐ [BERITA BAIK]
๐ ๐๐๐ซ๐๐ฎ๐ค๐ ๐ค๐๐ฉ๐๐๐ ๐ฌ๐๐ฆ๐ฎ๐ ๐ฉ๐๐ฅ๐๐ฃ๐๐ซ ๐๐ข๐๐ ๐ฒ๐๐ง๐ ๐๐๐ซ๐ฌ๐ญ๐๐ญ๐ฎ๐ฌ ๐๐ค๐ญ๐ข๐ ๐ฎ๐ง๐ญ๐ฎ๐ค ๐ฆ๐๐ง๐ฃ๐๐๐ข "๐๐๐ค๐๐ง ๐๐ซ๐จ๐ฆ๐จ๐ฌ๐ข ๐ข๐๐๐๐ (๐๐๐)"
๐๐๐ซ๐๐๐ฒ๐ ๐๐ญ๐๐ฎ ๐ญ๐ข๐๐๐ค, ๐๐ง๐๐ ๐๐๐ซ๐ฉ๐๐ฅ๐ฎ๐๐ง๐ ๐ฆ๐๐ง๐๐ซ๐ข๐ฆ๐ ๐ ๐๐ง๐ฃ๐๐ซ๐๐ง ๐ฌ๐๐๐๐ง๐ฒ๐๐ค ๐๐๐๐๐ ๐ฆ๐๐ฅ๐๐ฅ๐ฎ๐ข ๐ฉ๐ซ๐จ๐ ๐ซ๐๐ฆ ๐๐ญ๐ฎ๐๐๐ง๐ญ ๐๐๐ญ๐ฌ ๐๐ญ๐ฎ๐๐๐ง๐ญ (๐๐๐). ๐๐จ๐ฐ๐ฐ! ๐ฑ๐ฑ๐ฑ
Semak terma dan syarat melalui pautan berikut:
https://iceps.uitm.edu.my/index.php/admission2/student-get-students
Klik e-permohonan:
โก๏ธโก๏ธ https://iis-iceps.uitm.edu.my/ โฌ
๏ธโฌ
๏ธ
๐ฒ๐ฒ๐ฒUntuk maklumat lanjut, hubungi 03-5544 4934/ 4976/ 4998
๐O๐ฆ ๐ฌE๐ซT๐I S๐S S๐K๐R๐N๐ !
p/s: Tertakluk terma dan syarat
14/12/2025
*SEDANG BEKERJA?* โ
*NAK SAMBUNG BELAJAR?* โ
*AYUH SERTAI KAMIโ* ๐คฉ
๐ *JEMPUT HADIR KE BOOTH iCEPS!* ๐
๐15 โ 16 Disember 2025 (Isnin - Selasa)
โฐ 10:00 Pagi โ 10:00 Malam
๐ AEON Mall, Kota Bharu (Booth Depan Padini)
Bawa kawan-kawan, ajak saudara-mara, dan meriahkan suasana bersama-sama kami!๐ฅณ