Pusat Pendidikan Aman

Pusat Pendidikan Aman

Share

Institusi pendidikan seawal satu tahun sehingga tamat SPM yang dimiliki oleh Pendidikan Aman Sdn Bhd.

Dimiliki oleh: Pendidikan Aman Sdn Bhd
No Syarikat: 199801017342 (473471-U) Visi
------
Menjadi institusi pendidikan terunggul di Kelantan. Misi
------
Menyediakan sistem pendidikan islam untuk melahirkan generasi yang berilmu, beriman, beramal soleh, berakhlak mulia, berketerampilan dan menyumbang kepada pembinaan negara.

26/05/2026

Keikhlasan Bertakhta, Pengorbanan Berbunga Pahala 🤍

Keberkatan Aidiladha terletak pada ketulusan sebuah penyerahan. Di saat takbir bergema, marilah kita menghidupkan erti pengorbanan yang sebenar dengan menyuburkan kasih sesama insan dan mengukuhkan ketaatan kepada Pencipta.

Selamat Hari Raya Aidiladha 1447H, tulus ikhlas daripada Pengurusan dan seluruh warga Pusat Pendidikan Aman

25/05/2026

Hari Arafah merupakan antara hari yang penuh kemuliaan dan keberkatan, yang membuka ruang kepada setiap Muslim untuk memperbanyakkan amal ibadah, munajat dan muhasabah diri dalam mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Antara amalan yang dianjurkan:
✨ Berpuasa Arafah
✨ Memperbanyakkan doa dan munajat
✨ Berselawat ke atas Nabi SAW
✨ Memperbanyakkan zikir, tahlil dan istighfar
✨ Membaca serta mentadabbur Al-Quran

Semoga Hari Arafah menjadi titik muhasabah yang mendekatkan diri kita kepada Allah SWT serta memperkukuhkan nilai keimanan dalam kehidupan.

Photos from Pusat Pendidikan Aman's post 23/05/2026

BENGKEL PELARASAN RPT KURIKULUM KAFA-JAKIM & KURIKULUM KSIS-IKRAM MUSLEH TAHUN 3

23 Mei 2026 | Sabtu
Dewan Seminar SRI AMAN Kota Bharu

Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Bengkel Pelarasan RPT Kurikulum KAFA-JAKIM & Kurikulum KSIS-IKRAM MUSLEH bagi Tahun 3 yang menghimpunkan seramai 23 orang peserta terdiri daripada guru-guru Diniah dan Al-Quran Tahun 3 daripada:

• SRI AMAN Kota Bharu
• SRI AMAN Wakaf Bharu
• SRI AMAN Machang

Bengkel ini turut diserikan dengan kehadiran barisan pentadbir daripada ketiga-tiga sekolah iaitu:

* Ustaz Abdul Rashid bin Abdul Lateh
* Muallimah Syalihah binti Mat Nor
* Muallimah Adilah binti Abdul Rahman

serta Penolong Kanan Kurikulum daripada sekolah-sekolah terlibat.

Program yang berlangsung bermula jam 8.30 pagi hingga 2.30 petang ini bertujuan menyelaras Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) agar pelaksanaan Kurikulum KAFA-JAKIM dan SPIS-IKRAM MUSLEH dapat dijalankan dengan lebih tersusun, sistematik dan selaras antara sekolah-sekolah di bawah Institusi Pusat Pendidikan Aman.

Semoga bengkel ini menjadi medan perkongsian ilmu dan pengukuhan profesionalisme guru dalam memastikan pendidikan Islam yang holistik serta berkualiti terus dapat diberikan kepada murid-murid.

“Mendidik Generasi Rabbani, Membina Ummah Berkualiti”









Photos from Sekolah Rendah Islam Aman Machang's post 21/05/2026
20/05/2026

Labaika Allahuma Labaik 🕋💛

17/05/2026

Alhamdulillah, fasa baharu dengan pelaksanaan KAFA yang akan bermula 7 Jun 2026 sebagai pengukuhan kepada ekosistem kurikulum sedia ada.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada ibu bapa atas kepercayaan dan sokongan berterusan dalam memperkasa pendidikan anak-anak berteraskan ilmu, adab dan tarbiah.

“Membina Insan Mulia Melalui Institusi Penyayang”

16/05/2026

Selamat Hari Murabbi 2026!

Terima kasih kepada para murabbi dan murabbiah yang memimpin dengan tauladan, mendidik dengan penuh rahmah dan membina jiwa setiap insan dengan penuh kasih sayang.

Semoga setiap ilmu dan petunjuk yang diberikan oleh para murabbi dan murabbiah dikurniakan pahala yang berpanjangan seperti sabda Rasulullah saw yang bermaksud

“Barangsiapa yang mengajarkan sesuatu ilmu maka dia akan mendapat pahala orang yang mengamalkannya tanpa mengurangi pahala orang yang mengamalkannya sedikitpun. (HR Ibnu Majah)”

Dengan ingatan tulus ikhlas,
Pengurus Besar
Dan Seluruh Warga
Pusat Pendidikan Aman
16 Mei 2026

Photos from Musleh Integrated Education Berhad's post 16/05/2026
Want your school to be the top-listed School/college in Kota Bharu?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Address


Lot 216, Lorong Merican, Jalan Telipot
Kota Bharu

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Sunday 08:00 - 17:00