SmartQari

SmartQari

Share

kelas mengaji alquran dewasa dan kanak2

15/12/2023

Jom belajar Al-Quran bersama kami.. berminat blh pm kami

14/09/2022

🖥️💻 Kelas Mengaji Online 🖥️📱

✅ Belajar secara individu ( one to one )
✅ Terbuka kepada semua peringkat umur
✅ Masa yang fleksibel, anda tetapkan
✅ Boleh belajar dimana-mana sahaja anda berada
✅ Kos yuran yang berpatutan, boleh pilih kekerapan waktu belajar
✅ Guru perempuan yang berkelayakan

📚📚 SUBJEK
1️⃣ IQRA
2️⃣ MUQODDAM
3️⃣ AL-QURAN & TAJWID

✅✅ Untuk Pendaftaran, boleh click link dibawah
https://forms.gle/6FKdtUuZvPFx4UQv5

📚 Kami sediakan :
◼️e - sijil khatam
◼️e - iqra & quran tajwid

💢 Untuk maklumat lanjut, PM whatsapp 👇🏻👇🏻
http://www.wasap.my/60135613585/ngajionline

FB Page 👇🏻
fb.me/smartqari2019

11/02/2021


Ya Allah Jadikanlah Anak2 kami
Anak2 yang Soleh & Solehah.
Anak2 yg Membaca Al-Quran,
Anak2 yg Menghafal Al-Quran,
Anak2 yg Mengamalkan Al-Quran,
Anak2 yg Mendaulatkan Al-Quran,
& Anak2 yg Mencintai Al-Quran
Aamiin Ya Allah

20/01/2021

17/09/2020

"WAKTU Terindah ialah Ketika Kita Membaca Al-Quran Dengan Perasaan Bahawa ALLAH Sedang Berbicara Dengan Kita"

26/08/2020

Di akhirat nanti, semua dari kita akan saling tuntut menuntut. Takde seorang pun yang terlepas. Kat dunia ni kita boleh cakap kita halalkan semuanya dan takkan saling menuntut di akhirat tapi bila di Padang Mahsyar, bau neraka pun kita dah tercium walaupun jaraknya 500 perjalanan lagi, semua orang dalam ketakutan dan semua orang takkan terlepas dari tuntut menuntut.

Orang Lelaki paling banyak dituntut di akhirat. Isterinya, anaknya, mak ayah, mertuanya dan adik-beradik perempuannya (walaupun sudah berkahwin). Jika ramai isterinya, maka ramailah isterinya yang akan menuntut segala pahala darinya. Jika ramai anaknya, maka ramailah anaknya yang akan menuntut pahalanya di akhirat. Begitu juga ibubapanya, walaupun di dunia ni tak jaga ibubapa yang sakit, mak ayah kata dia redho tapi di akhirat nanti semuanya akan dituntut. Jika ada mertua tapi tidak menjaga hak mertua di akhirat, juga akan dituntut kelak. Jika punya adik beradik perempuan, mereka juga akan menuntut pahala darinya, sampai habis dan tak cukuplah pahala orang lelaki, lalu berpindahlah dosa-dosa orang yang menuntut itu pada orang lelaki itu, kata Ustazah Asma' Harun.

Di akhirat, suami pun akan saling menuntut pada isterinya. Anak-anak pun akan saling menuntut pada mak ayahnya. Adik-beradik perempuan akan saling menuntut dengan abangnya. Mertua pun akan saling tuntut menuntut pada menantunya. Kawan-kawan pun akan saling tuntut menuntut pada kawan-kawannya.

Kat dunia ni semuanya nampak simple dan ramai yang ambil mudah. Contoh suami sedang tidur walaupun dah masuk waktu solat. Isteri kena kejutkan suami bangun dan solat sebab di akhirat nanti, suami akan tuntut kenapa isteri tak kejutkan suami yang sedang tidur. Kat dunia ni kita nampak kecik je benda ni tapi di akhirat nanti sebesar-besar kuman pun suami akan tuntut kat isteri.

Kat dunia ni jika suami membiarkan isteri-isteri mereka saling umpat mengumpat, bercakap buruk tentang orang lain, tidak menutup aurat, tidak solat, tidak berpuasa dan sebagainya, di akhirat nanti para isteri akan saling tuntut menuntut pada suami sebab tidak menegur dan melarang dari melakukan dosa. Benda ni mungkin nampak mudah di dunia tapi di akhirat, sebesar-besar kuman pun isteri akan tuntut.

Itu belum lagi bab dalam berkawan. Jika kita ada ilmu agama, kita tak sampaikan pada kawan-kawan, kita biarkan kawan-kawan kita dalam kealpaan dunia, kita tak melunaskan tanggungjawab sebagai seorang kawan, di akhirat nanti kawan-kawan akan datang menuntut haknya dari kita.

Hidup kita kat dunia ni semuanya akan dihisab walaupun dalam Facebook. Jangan ingat alam maya ni Allah tak hitung amalan kita. Apa saja walau sekecil-kecil kuman amalan kita akan dihisab.

Seorang perempuan beragama Islam yang mendedah aurat jika tiada satu pun kawan-kawannya yang menegur dia untuk menutup aurat, di akhirat nanti semua kawan-kawannya akan ditanya Allah kenapa tidak menegur kawan tu supaya dia menutup aurat dan kawan yang tak tutup aurat tu akan menuntut semua pahala dari kawan-kawannya yang tak menegurnya.

Nampak?
Ini antara hak seorang kawan.
Kita ada ilmu agama tapi kita tak lunaskan haknya sebagai seorang sahabat.

Saya ambil contoh paling mudah.
Saya ada puluhan ribu followers di Facebook. Saya kena tulis dan sebarkan yang baik-baik untuk bacaan orang-orang yang mengikuti saya bukan kerana saya bajet suci atau gerenti masuk syurga tapi saya dalam usaha untuk mendidik diri saya jadi baik dan saya anggap ini adalah satu usaha kecil saya untuk agama.

18/07/2020

Nak guna Facebook, Instagram, gunakanlah sebaiknya.
Untuk berkawan, jalin silaturrahim, menyampaikan dakwah
Jangan guna untuk cari pasai, cipta musuh mahupun bergaduh

Media sosial ni ibarat rumah kita
Benda positif, benda baik yang kita post, kita komen, pasti orang s**a. Tapi kalau asyik memaki, menyindir, mengecam, apa faedahnya? Jiran yang nampak pun sakit mata
Akhirnya tak ada siapa nak berkawan dengan kita

Yang nak menyakat bergurau, berpada-pada
Sebab boleh jadi tanpa sedar ada yang terluka

Daripada Abu Hurairah r.a, bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Barang siapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah dia berkata baik atau diam...” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

11/07/2020

Setiap satu huruf membaca Al-Quran akan mendapat sepuluh ganjaran pahala.

Daripada Ibnu Mas’ud r.a. ia berkata: “Barangsiapa yang membaca satu huruf daripada Al-Quran maka baginya satu kebaikan, satu kebaikan menyamai dengan sepuluh pahala, aku tidak bermaksud: Alif, Lam, Mim ialah satu huruf, tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf.” (Hadith Ibnu Mas’ud ini direkodkan oleh Ad-Darimi Tirmizi dalam Sunan Tirmizi, Kitab Abwab Fadhail Al-Quran, No hadith 2910, status hadith ini hasan sahih)

Want your school to be the top-listed School/college in Kota Bharu?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Address


PT 764, LORONG KUBUR LANGGAR, KG TAPANG
Kota Bharu
15200