11/08/2026
πβ¨ MAJLIS PENUTUP MISSAK 2026 | STADIUM LARKIN JOHOR BHARU β¨ποΈ
Alhamdulillah, tirai MISSAK 2026 akhirnya melabuhkan tirainya dengan penuh kemeriahan dan kenangan yang pastinya akan terpahat dalam ingatan. β€οΈ
Majlis Penutupan MISSAK 2026 yang berlangsung penuh gilang-gemilang di Stadium Larkin, Johor Bahru telah dirasmikan oleh YAB Fadhlina Sidek, dalam suasana meriah yang menghimpunkan para peserta, guru pengiring, jurulatih dan seluruh kontijen.
Kehadiran para peserta dari pelbagai sekolah menyerlahkan semangat ukhuwah, kesukanan, disiplin dan persaingan sihat yang menjadi teras kejohanan ini. π₯πͺ
Buat Kontijen SERIAH, tahniah atas segala usaha, pengorbanan, semangat juang dan keberanian yang telah ditampilkan sepanjang MISSAK 2026. Menang atau kalah bukan ukuran utama, tetapi keberanian untuk mencuba, kesungguhan berlatih dan semangat membawa nama sekolah merupakan satu kebanggaan yang tidak ternilai. πΉπββοΈπββοΈπ
Jutaan terima kasih kepada guru-guru, jurulatih, pengurus kontijen, ibu bapa serta semua penyokong SERIAH yang sentiasa memberikan sokongan dan doa dari awal persiapan sehinggalah ke detik penutup MISSAK 2026. β€οΈ
π Setiap langkah adalah pengalaman.
Setiap cabaran adalah pembelajaran.
Setiap perjuangan adalah kebanggaan.
Tahniah kepada semua kontijen yang telah memberikan yang terbaik! Semoga semangat MISSAK terus membara dan menjadi kenangan indah buat anak-anak SERIAH.
π₯ SERIAH BOLEH!
πͺ SERIAH TERBAIK!
π Jumpa lagi di MISSAK akan datang!