21/05/2026
PROGRAM JELAJAH ILMU
19 Mei โ Perpustakaan Tengku Anis (PTAKKB), UiTM Cawangan Kelantan Kampus Kota Bharu telah menganjurkan Program Jelajah Ilmu sempena Program Kembara Gardenia X UiTM Apprenticeship dengan penglibatan aktif pelajar dan staf UiTM.
Program yang berlangsung dari jam 10.00 pagi hingga 3.00 petang itu bertujuan memupuk budaya membaca serta memperkenalkan pelbagai kemudahan dan perkhidmatan perpustakaan kepada warga kampus seiring perkembangan era digital masa kini.
Sepanjang program berlangsung, para pengunjung didedahkan dengan pelbagai perkhidmatan yang disediakan oleh pihak perpustakaan antaranya tunjuk ajar penggunaan Portal PERMATA, pendaftaran MyReading, perkhidmatan pinjaman dan pemulangan buku serta akses kepada eBook dan eLib Portal.
Suasana program yang meriah dan mendapat sambutan menggalakkan daripada warga UiTM mencerminkan komitmen PTAKKB dalam memperkasakan perpustakaan sebagai pusat ilmu yang inklusif, mesra pengguna dan relevan dengan keperluan pembelajaran semasa.
Penganjuran program seperti ini diharapkan dapat meningkatkan literasi maklumat dalam kalangan warga kampus di samping menggalakkan penggunaan sumber digital secara lebih meluas.
PTA Digital Library : https://kelantan.library.uitm.edu.my/...
Chat With Librarian : https://ptar.uitm.edu.my/libchat/
WhatsApp : https://wa.me/+6097417717
Follow & Like Us:
PTA Kampus Kota Bharu
Facebook | Twitter | Instagram See less