19/08/2026
📚✨ LAWATAN KE PERPUSTAKAAN AWAM KELANTAN ✨📚
Alhamdulillah, murid-murid SRITI Al-Muhammadi yang terpilih telah berpeluang menyertai Lawatan ke Perpustakaan Awam Negeri Kelantan.
Lawatan ini bertujuan untuk memupuk minat membaca, memperkenalkan murid kepada suasana pembelajaran yang kondusif serta menggalakkan budaya ilmu dalam kalangan murid. 📖🌟
Semoga pengalaman ini dapat memberikan inspirasi kepada murid untuk terus mencintai ilmu dan menjadikan membaca sebagai amalan dalam kehidupan. 💙📚
Terima Kasih Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan (PPAK) kerana sudi menerima kunjungan kami.