MAKLUMAN
page kami telah berpindah ke Al Hamidi Care Centre
Terima kasih
Al Hamidi Ventures Sdn. Bhd.
Menawarkan Pakej Jagaan Kanak-Kanak yang lengkap (kerja sekolah, talaqqi & tadabbur Al-quran, Bahasa Inggeris). Moto:"Nurturing Holistic Intelligence".
Terdapat juga aktiviti holistik seperti berkebun, bermain alat muzik, penyediaan makan, kraftangan.
13/03/2023
KEM TEKAD (5-7 MAC 2023)
Alhamdulillah, berakhir sudah Kem Tekad Y.E.S yang telah diadakan pada 5-7 Mac 2023 lalu.
Seramai 25 orang peserta telah mendaftar bagi kem kali ini.
Program berlangsung selama 3 hari 2 malam. Dua hari program di Al Hamidi Care Centre, Telipot dan diakhiri dengan lawatan ke Jeram Mengaji Agro Resort pada hari ketiga.
Kem kali ini adalah bertemakan motivasi dan kami berharap agar peserta mendapat manfaat dari program yang telah dijalankan.
Kami mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua yang telah bertungkus lumus bagi menjayakan kem ini.
Tidak lupa juga jutaan terima kasih kami ucapkan kepada Encik Wan Amir dari Jeram Mengaji Agro Resort yang banyak membantu untuk sesi lawatan.
Kita berjumpa lagi di kem yang akan datang. Insya-Allah.
13/02/2023
BismillahirRahmanirRahim…
Program Cuti Sekolah Anjuran Al-Hamidi Care Centre kembali lagi!
Jom sertai kami di:
KEM TEKAD Y.E.S (YOUTH - EXPERIENTIAL LEARNING - SMART PARENTING)
PENGISIAN PROGRAM:
- Ice breaking - Taaruf Diri
- Motivasi & Sahsiah Diri
- Ceramah Motivasi
- Latihan Dalam Kumpulan - Tema Motivasi
- Solat Dhuha
- Qiamullail
- Bacaan Ma’thurat
- BBQ Bersama Peserta dan Keluarga
- Lawatan ke Jeram Mengaji Agro Resort
(Menaiki Kuda, Melawat Ladang Tenusu dan Ternakan Kambing)
TARIKH: 05 hingga 07 MAC 2023 (termasuk sehari Lawatan ke Jeram Mengaji Agro Resort)
HARI : Ahad hingga Selasa
UMUR: 9-15 tahun
TEMPAT: Al Hamidi Care Centre (bersebelahan Sek Keb Zainab 2), Telipot, Kota Bharu, Kelantan.
YURAN BAGI YANG MENDAFTAR SEBELUM 28hb. FEB.2023 = RM160
YURAN SELEPAS ITU ADALAH RM180
DAFTAR SEGERA YA. TEMPAT ADALAH TERHAD.
Hubungi:
Cikgu Norma di WhatsApp:
http://wasap.my/60133221784/kemtekadyes
http://wasap.my/60179536045/kemtekadyes
Jangan lepaskan peluang ini!
Moga dengan usaha ini, kita dapat memberi semangat dan motivasi kepada anak-anak untuk cemerlang di dunia dan akhirat. Insya-Allah. Aamiin.
04/01/2023
Bismillahir Rahmanir Rahim...
Alhamdulillah. Selesai sudah Love Solat & Nature Camp yang telah berlangsung pada 13-15 Disember 2022. Program yang dirancang berlangsung dengan baik. Lawatan ke Mini Zoo Kuala Krai juga dapat diteruskan dengan izin Allah.
Terima kasih kepada semua tenaga kerja yang telah bertungkus lumus bagi menjayakan program ini, termasuk sokongan dari pihak ibu bapa.
Semoga ilmu yang diberikan memberi manfaat kepada kesemua 36 orang peserta. Ada rezeki, kita jumpa lagi di program cuti sekolah yang akan datang. InsyaAllah.
Pusat transit kami (Al Hamidi Care Centre) bertempat di Telipot, Kota Bharu, Kelantan. (Bersebelahan Sek Keb Zainab 2)
Berminat nak hantar anak ke sini? Boleh hubungi saya (Cikgu Norma), melalui panggilan telefon atau whatsapp:
http://wasap.my/60179536045/transit
http://wasap.my/60133221784/transit
28/12/2022
JAWATAN KOSONG
GURU - MENGAJAR KANAK-KANAK
Syarat Kelayakan:
- Diploma atau Ijazah dalam mana-mana bidang yang diiktiraf
- Berpengalaman mengajar adalah satu kelebihan
- Penyayang pada kanak-kanak
- Minat yang tinggi untuk menjadi guru
- Boleh membaca dan mengajar Al-Quran dengan baik
- Sekiranya berminat, boleh hantarkan CV dan resume kepada :
- Cikgu Norma - 013-322 1784
- Pengurus Al-Hamidi Care Centre, Telipot , Kota Bharu, Kelantan
- Email : [email protected]
08/11/2022
Bismillahir Rahmanir Rahim
Program Cuti Sekolah Anjuran Al-Hamidi Care Centre kembali lagi !
Bagi pendaftaran awal SEBELUM 30 NOV 2022, harga istimewa kami berikan, RM160 (termasuk Lawatan ke Mini Zoo Kuala Krai).
Harga selepas itu adalah RM180.
Jom sertai kami di:
“LOVE SOLAT AND NATURE CAMP”
(Kem Hayati Solat dan Alam Semulajadi)
PENGISIAN PROGRAM:
- Asal Usul Solat
- Teori dan Praktikal Wuduk
- Teori dan Praktikal Solat
- Menghayati Bacaan Solat
- Doa dan Zikir Selepas Solat
- Solat Dhuha
- Qiamullail
- Bacaan Mathurat
- BBQ Bersama Peserta dan Keluarga
- Motivasi & Sahsiah Diri
- Slot Pengisian Ilmu Sebelum Lawatan
- Lawatan ke Mini Zoo Kuala Krai
TARIKH: 13 hingga 15 DISEMBER 2022
HARI : Selasa hingga Khamis
UMUR: 7-15 tahun
TEMPAT: Al Hamidi Care Centre (bersebelahan Sek Keb Zainab 2), Telipot, Kota Bharu, Kelantan.
TEMPAT ADALAH TERHAD!
Hubungi:
Cikgu Norma di WhatsApp:
http://wasap.my/60133221784/lovesolat&naturecamp
http://wasap.my/60179536045/lovesolat&naturecamp
atau
Cikgu Anis
http://wasap.my/01169753704/lovesolat&naturecamp
Jangan lepaskan peluang ini!
Moga dengan usaha ini, kita dapat mengukuhkan lagi ilmu berkenaan wuduk dan solat kepada anak-anak. Insya-Allah. Aamiin🤲.
10/10/2022
Bismillah...
Jemput maghi belako tu.
Kami ado buat Garage Sale di Al Hamidi Care Centre (Bersebelahan Sek Keb Zainab 2), Telipot, Kota Bharu, Kelantan.
Setiap hari Isnin dan Selasa pukul 2.00 hingga 6.00 petang.
Semo harga limo ya jah (RM5.00). Ado baju, seluar, jubah, blouse, tudung kanak-kanak dan dewasa.
Buku-buku pun ado. Harga dari seriya hingga limo ya (RM1.00-RM5.00).
Gapo-gapo nok tanyo bulih hubungi Cikgu Norma (017-953 6045 / 013-322 1784).
Jange lepaskan peluang. Rugi kalu tok maghi.
27/09/2022
CHEF CILIK - LEMPENG PISANG
Anak-anak jagaan kami ni s**a sangat bila ada aktiviti memasak. Menu kali ini adalah lempeng pisang.
Ada yang cakap ini pengalaman pertama buat mereka, ada yang dah pernah buat lempeng cheese.
Dah siap masak, sama-sama kita nikmati untuk minum petang bersama lempeng pisang. Yummy!
Pusat transit kami (Al Hamidi Care Centre) bertempat di Telipot, Kota Bharu, Kelantan. (Bersebelahan Sek Keb Zainab 2)
Berminat nak hantar anak ke sini? Boleh hubungi saya (Cikgu Norma), melalui panggilan telefon atau whatsapp:
http://wasap.my/60179536045/transit
http://wasap.my/60133221784/transit
27/09/2022
JIKA SAYA DIBERI UPAH RM10
Antara aktiviti yang kami laksanakan bersama anak-anak jagaan adalah “Jika saya diberi upah RM10”.
Objektif kami adalah mengajar bagaimana anak-anak boleh merancang dalam menggunakan wang yang diperoleh.
Aktiviti ini menekankan konsep rezeki dan bagaimana berkongsi rezeki yang diperoleh kepada orang yang lebih memerlukan.
Jawapan anak-anak juga mencerminkan kecenderungan apa yang mereka s**ai.
Selain aktiviti sebegini, kami juga memastikan rutin harian kami di mana anak-anak membaca al-Quran dan solat berjemaah dengan baik.
Pusat transit kami (Al Hamidi Care Centre) bertempat di Telipot, Kota Bharu, Kelantan. (Bersebelahan Sek Keb Zainab 2)
Berminat nak hantar anak ke sini? Boleh hubungi saya (Cikgu Norma), melalui panggilan telefon atau whatsapp:
http://wasap.my/60179536045/transit
http://wasap.my/60133221784/transit
27/09/2022
PROGRAM CUTI SEKOLAH - KEM USAHAWAN DERMAWAN CILIK
Alhamdulillah, telah berakhir Kem Usahawan Dermawan Cilik yang telah berlangsung pada 5-6 September 2022 yang lalu.
Kem yang bertemakan usahawan dermawan ini menekankan konsep bagaimana menjadi seorang usahawan Islam yang dermawan di mana rezeki yang diperolehi bukan semata-mata untuk diri sendiri. Sebahagiannya adalah untuk dikongsi kepada orang yang lebih memerlukan menerusi sedekah, infaq dan zakat.
Terpancar kegembiraan para peserta dapat menyertai kem cuti sekolah kali ini. Bukan sahaja mereka mendapat ilmu baharu, tetapi juga dapat berkenalan dengan sahabat baharu yang sama-sama menyertai kem ini.
Pusat transit kami (Al Hamidi Care Centre) bertempat di Telipot, Kota Bharu, Kelantan. (Bersebelahan Sek Keb Zainab 2)
Berminat nak hantar anak ke sini? Boleh hubungi saya (Cikgu Norma), melalui panggilan telefon atau whatsapp:
http://wasap.my/60179536045/transit
http://wasap.my/60133221784/transit
27/09/2022
TAMPAL BENDERA MALAYSIA
Sempena dengan bulan kemerdekaan bulan Ogos lalu, maka aktiviti kami pada kali ini adalah menampal bendera Malaysia.
Selain menanam semangat kemerdekaan, aktiviti menggunting dan menampal ini dapat melatih kemahiran motor halus anak.
Ketika anak menggunakan gunting untuk memotong kertas, maka otot-otot tangan dan jari-jari tangan mereka akan bergerak dan semakin kuat.
Tidak dilupakan rutin harian kami di sini, membaca al-Quran dan solat berjemaah.
Pusat transit kami (Al Hamidi Care Centre) bertempat di Telipot, Kota Bharu, Kelantan. (Bersebelahan Sek Keb Zainab 2)
Berminat nak hantar anak ke sini? Boleh hubungi saya (Cikgu Norma), melalui panggilan telefon atau whatsapp:
http://wasap.my/60179536045/transit
http://wasap.my/60133221784/transit
27/09/2022
CHEF CILIK - ROTI SOSEJ
Ini adalah salah satu aktiviti yang sangat digemari anak-anak jagaan kami.
Resipi hari ini adalah Roti Sosej. Biasanya anak-anak beli roti sosej ni di kantin sekolah sahaja. Tetapi hari ini, mereka dapat belajar buat sendiri.
Selain dapat melatih kemahiran motor halus anak-anak, aktiviti ini juga dapat meningkatkan tahap fokus mereka. Ini kerana, semasa membuat roti sosej, mereka perlu memberi tumpuan kepada setiap langkah-langkah memasak.
Tidak dilupakan rutin harian kami di sini, membaca al-Quran dan solat berjemaah.
Pusat transit kami (Al Hamidi Care Centre) bertempat di Telipot, Kota Bharu, Kelantan. (Bersebelahan Sek Keb Zainab 2)
Berminat nak hantar anak ke sini? Boleh hubungi saya (Cikgu Norma), melalui panggilan telefon atau whatsapp:
http://wasap.my/60179536045/transit
http://wasap.my/60133221784/transit
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Telephone
Website
Address
No 1377 , Jalan Asrama Zainab
Kota Bharu
15150
Opening Hours
| Monday | 09:00 - 18:00 |
| Tuesday | 09:00 - 18:00 |
| Wednesday | 09:00 - 18:00 |
| Thursday | 09:00 - 18:00 |
| Sunday | 09:00 - 18:00 |