31/12/2022
Seminar Fahami Bacaan Solat Siri II - 2012
Pada 30 dan 31 Mac 2012, Kelab Nadwatul Qurra telah menganjurkan Seminar Fahami Bacaan Dalam Solat Siri 2. Nadwatul Qurra adalah gabungan mahasiswa/siswi Diploma Qiraat Wal Tarannum dan Diploma Tahfiz serta Diploma Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat di bawah Jabatan Al-Quran Dan Hadis, Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra, (KIAS). Seminar yang berlangsung selama dua hari ini telah diadakan di Dewan Johor yang terletak di Universiti Malaya bermula pada jam 8.15 pagi hingga 4.30 petang.
Seminar Fahami Bacaan Dalam Solat Siri 2 ini adalah di bawah penasihat Ustaz Amiri Ab Ghani,iaitu pensyarah KIAS, merangkap penyelaras Pusat Kursus Pengajian Ilmu-Ilmu Islam (PKPII), KIAS. Nadwatul Qurra ini dipengerusikan oleh Al-Akh Ahmad Junaidi Bin Che Ariffin. Alhamdulillah, atas kerja keras dan kerjasama selama sebulan pengarah seminar ini, iaitu Al-Akh Mohd Sahrun Bin Ismail bersama ahli jawatankuasa yang lain yang sanggup memerah keringat, seminar ini dapat dilaksanakan dengan lancar. Seminar ini turut mengundang khas penceramah yang berpengalaman dalam membincangkan hal berkaitan solat, iaitu Al Fadhil Ustaz Haji Zulkiflee Bachik yang merupakan Pengurus At-Tartil Consultancy & Services dari Singapore.
Objektif Seminar Fahami Bacaan Solat ini diadakan adalah untuk memahami setiap patah yang diucapkan dalam solat melalui pendekatan bahasa arab yang mudah difahami. Di samping itu, melalui seminar ini, peserta akan dapat mengetengahkan kaedah-kaedah yang dirasakan berupaya menjadi kaedah kontemporari masa kini terhadap pengajaran dan pembelajaran ilmu berkaitan Bahasa Arab kepada masyarakat. Untuk makluman, seminar ini dihadiri oleh pelbagai lapisan umur masyarakat yang terdiri daripada pelajar, ibubapa dan warga tua iaitu seramai lebih kurang 170 orang peserta. Diharapakan agar seminar ini dapat menjadi medan perbincangan bagi menyegarkan minda masyarakat bahawa ibadat solat perlu dilakukan sebaik โ baiknya.
Majlis perasmian penutup telah dirasmikan oleh ketua Eksekutif Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS ) iaitu Datoโ Dr Johari Bin Mat pada jam 3.45 petang. Bagi memeriahkan majlis penutup seminar tersebut, video penutup turut ditayangkan sebagai gimik majlis penutupan.
Akhir kata, tahniah dan syabas kepada seluruh ahli jawatankuasa penganjur yang telah berusaha bagi menjayakan seminar ini. Semoga allah memberkati program sebegini dan mendapat ganjaran besar darpada Allah swt. Sesungguhnya, solat yang sempurna dan khusyuk akan menghasilkan ketenangan dalam melakukan ibadah.