23/11/2019
AKADEMI USAHAWAN MUDA !! JOM PAKAT BELAJAR NEGO
Kami mengajak Anak muda berusia 18thn hingga 25thn Yang mana minat berniaga,Kami akan latih secara PERCUMA !!
Kami hanya perlukan komitmen anda selama 6 bulan bersama Akademi Usahawan Muda,JAMINAN KAMI APABILA TAMAT 6 BULAN ANDA KELUAR DENGAN MEMILIKI SYARIKAT SENDIRI SERTA BISNES SENDIRI.
Kami hanya ingin melatih mereka yg betul betul berminat.Latihan ini dipecahkan kepada 2 fasa iaitu perniagaan offline dan juga online.
Anak muda yang berwawasan pandang ke depan kami jemput anda untuk join kami..
TINGGALKAN NO TEL DIRUANGAN KOMEN KAMI AKAN HUBUNGI ANDA.
Latihan berpusat di Kota Bharu Kelantan.
Kelayakan akademik tidak kisah asal pandai membaca serta menulis..KEJAYAAN TIDAK DIUKUR PADA KELAYAKAN AKADEMIK...SIAPA BERUSAHA MEREKA INI YANG PATUT BERJAYA.
SERTAI KAMI SEKARANG..TINGGALKAN NO TEL DIRUANGAN KOMEN KAMI AKAN HUBUNGI ANDA SEKARANG !!
Atau
Register sekarang klik link wasap bawah ni :
wasap.my/601125760422/NakDaftarAkademi
20/11/2019
Gagal itu perkara " NORMAL ". Abam Peah sendiri banyak kali gagal dalam Perniagaan. Gagal dalam macam-macam jenis perniagaan.
Apa yang Abam peah lakukan untuk bangkit kembali?
Ini beberapa tips yang mungkin korang boleh cuba untuk membangkitkan semangat korang yang Abam peah Sendiri pernah lalui.
1. MENANGIS
Menangis bukan bererti awk lemah,jangan pernah rasa takut untuk meluah perasaan sendiri.
Menangis untuk seketika membantu kita dari menjadi tenang,setuju? Tapi jangan berpanjangan.Cukup untuk seketika.
2. MENERIMA KENYATAAN
Yes,,gagal ttp gagal..Benda dah jadi..Terima kenyataan walau pon berat.Hidup ini tidak ada kesempurnaaan.Tidak ada manusia yang tahu segala galanya.Pasti ada kelemahan,kegagalan,kesedihan,kesakitan yang dtg tanpa kita sedari.
Apabila kita dapat menerima hidup ini bkn mudah..jadi apa yg berlaku kita berserah ada Allah..Ada hikmah disebalik semua yg berlaku yang Allah sembunyikan
Yakinlah bahawa Allah Maha Penyayang. Kita patut bersyukur dan terima kenyataan tentang kegagalan tersebut dengan sepenuh hati.
Sabar itu indah.Tenang itu bagus . Dalam kegelapan serta kehujanan, pasti akan ada pelangi yang sedang menanti. Maka di samping menerima hakikat, bersabarlah sepanjang menjalani proses mengalami kegagalan.
3. CERITA KEPADA ALLAH S.W.T
Mengadulah kepada Allah S.W.T.
Terkadang mungkin apabila kita bercerita tentang kegagalan kita kepada orang lain, kita akan berasa lega.
Namun, ia tidak memberikan apa yang kita mahu. Allah S.W.T yang lebih mengetahui tentang segala-galanya. Maka, ceritakanlah kepada-Nya terlebih dahulu.
Maka cari la Allah,Pada saat itulah, Allah S.W.T benar-benar rindu untuk kita mengadu, menangis mahupun bersujud kepada-Nya.
Walaupun kita tidak dapat melihat-Nya, kita tetap akan merasakan ketenangan yang dikurniakan setelah kita mengadu kepada Allah S.W.T.
4. MINTA BANTUAN
Sekiranya saat kita mengalami kegagalan dalam perniagaan,Luahkan pada mereka yg paling dekat dengan kita..mohon bantuan mereka.InshaAllah mereka akan membantu.
Jangan pernah segan untuk meminta pertolongan sekiranya anda ingin kembali bangkit.
Dalam proses meminta pertolongan orang lain, kita boleh bertanya tentang pendapat mereka.
Sebagai contoh, idea mengenai apa-apa yang perlu kita perbaiki untuk memperoleh sesuatu kejayaan kerana tidak semua perkara yang kita sedari tetapi orang lain nampak dan sedar.
Selain itu, dalam agama Islam juga telah disyariatkan untuk saling membantu. Maka tidak perlu berasa gundah mahupun malu untuk meminta tolong.
5. BELAJAR DARI KESILAPAN
Kesempurnaan hanya milik Allah S.W.T. Kita sebagai seorang hamba, pasti melakukan kesilapan dengan sifat manusia yang serba kekurangan. Dan lebih baik juga untuk kita memikirkan bagaimana untuk belajar daripada kesilapan.
Setiap kegagalan pasti hadir dengan pengajaran. Jangan p**a meremehkan kesilapan kerana mungkin kita akan mengulang kesilapan yang sama.
Oleh itu, jika kita belajar dari kesilapan dengan teknik yang betul, pasti kita dapat meningkatkan kemajuan diri.
Kita sepatutnya memahami sebab kegagalan itu berlaku di samping cuba untuk mengelakkan diri daripada kesilapan yang sama
6. BACA KATA KATA HIKMAH
Diri kita semestinya memerlukan kata-kata hikmah sebagai pembakar semangat. Di samping itu, motivasi diri amat penting dalam kehidupan kita. Di sebabkan itu kata-kata hikmah sangat diperlukan untuk memajukan diri.
Banyakkan membaca buku buku ilmu,bukannya banyakkan membawang..hehehe
Jadi, salah satu cara untuk meningkatkan semangat agar terus berusaha adalah dengan membaca.
Percayalah dengan kebaikan dan kuasa apabila membaca kata-kata hikmah. Kuasa itu dapat dirasai ketika kita membaca kata-kata itu beberapa kali dan berfikir setelah membacanya.
Pergi majlis majlis ilmu yang diadakan..berkenalan bersama orang orang yg hebat..Sentiasa positifkan diri.
7. LUANGKAN MASA UNTUK DIRI SENDIRI.
Setiap orang tentu mahukan masa untuk diri sendiri. Bagi mempercepat untuk bangun daripada kejatuhan ialah luangkan masa untuk diri anda.
Kita boleh mengambil masa untuk melakukan apa-apa yang kita s**a. Sebagai contoh, cari bahan bacaan untuk dibaca ataupun berkebun.
Sekiranya kita ada wang lebih dalam simpanan, kita boleh menggunakannya untuk hidup lebih sihat atau pun pergi melancong.
Selain dapat menenangkan fikiran dan membahagiakan, kita mungkin dapat meneroka bakat yang terpendam.
Jika s**a membuat kek contohnya, kemudian ramai p**a yang memuji. Dari situ, kita boleh membuka bisnes kek secara kecil-kecilan. Maka lihatlah dengan kaca mata dari langit bahawa masih ada banyak peluang untuk mencipta kejayaan.
8. TERUSKAN BERUSAHA
Tiada jalan pintas untuk menaiki tangga kejayaan dengan mudah. Usaha yang berkekalan amat diperlukan bagi menjamin kejayaan.
Tuhan itu Maha Adil maka jangan sesekali kita berputus asa. Kita sebagai insan yang sentiasa memburu kejayaan mestilah yakin dengan apa-apa yang telah kita lakukan.
Meskipun kita telah gagal berkali-kali, kita akan bangkit berpuluh-puluh kali.
Pepatah ada mengatakan :
“Mengharapkan kejayaan tanpa adanya usaha ibarat mengharapkan kapal berlayar di daratan”
Namun ketika usaha dan doa kita tidak dikabulkan Allah S.W.T, itu bermaksud Allah mempunyai rancangan lain yang jauh lebih indah daripada perancangan kita.
Selamat berusaha dan sentiasa bersangka baik dengan Allah S.W.T. Dia sayangkan hambanya maka pasti ada sesuatu di sebalik kegagalan yang kita alami.
Abam peah sentiasa doakan KEJAYAAN SAHABAT SYURGA SEMUA.
19/11/2019
Latihan peserta online marketing
19/11/2019
Reward serta surat penghargaan